Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Jangan Abaikan Sejarah Sukan Malaysia

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2021 8:01PM

Pasukan Selangor bergambar bersama Piala Burnley pada 1970. - Gambar dari Twentytwo13

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejarah. Ia merupakan antara mata pelajaran kegemaran saya di bangku sekolah. Walaupun telah lama meninggalkan alam persekolahan, sejarah tetap dekat di hati.

Namun di saat ini, saya kecewa kerana sejarah sukan Malaysia tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. 

Apa yang lebih merisaukan ialah apabila pihak yang bertanggungjawab memberikan maklumat yang tidak tepat atau pun tidak mengendahkan sejarah sukan Malaysia.

Bulan lalu, portal berita Twentytwo13 melaporkan bahawa Piala Burnley iaitu piala pertandingan bawah 9 tahun yang dipertandingkan dari tahun 1962 sehingga 1972 telah "hilang". 

Jabatan Muzium Malaysia telah memaklumkan bahawa mereka hanya mempunyai Piala HMS Malaya. Jadi di mana Piala Burnley? Barangkali piala tersebut kini menjadi pemberat kertas atau barang perhiasan di kediaman bekas pemain atau pegawai bola sepak.

Sehingga kini, tiada siapa yang boleh memberikan maklumat tepat mengenai Piala Burney, termasuk senarai penjaring dan pemenang. 

Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari dan bekas kapten pasukan Selangor, Datuk Yap Nyim Keong antara pemain-pemain yang pernah beraksi dalam Piala Burnley.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pula bagaikan tidak peduli dengan kehilangan Piala Burnley. Mungkin mereka terlalu sibuk dengan persiapan skuad negara untuk ke kelayakan Piala Dunia/ Piala Asia atau dibebani dengan peta hala tuju F:30.

Mungkin juga skuad Wisma FAM sedang bekerja keras untuk memastikan Presiden mereka, Datuk Hamidin Amin, yang juga Chef De Mission Sukan SEA Vietnam 2021, bersedia untuk temasya dwi tahunan tersebut.

Tetapi, janganlah kita terlalu cepat menyalahkan pegawai-pegawai yang kini bertugas di FAM. Sepatutnya pegawai-pegawai FAM terdahulu yang patut dipersalahkan kerana mereka tidak menyimpan rekod Piala Burnley sehingga boleh "hilang" dengan begitu sahaja. 

Pada Ahad lalu, saya telah menulis di blog saya, Foul! mengenai kesalahan fakta oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Ciapan Twitter kementerian menyatakan bahawa Tan Sri Dr M. Jegathesan merupakan pelari pertama negara yang melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Sukan Olimpik di Rome pada 1960 dalam acara 100m.

Dr Jegathesan tidak beraksi dalam acara 100m di Rome. Beliau melayakkan diri ke peringkat separuh akhir di Sukan Olimpik Tokyo pada 1964 dalam acara 200m.

Tujuan saya mengetengahkan perkara ini bukan untuk mencari salah. Tetapi rakyat, terutama peminat sukan, harus diberi maklumat tepat mengenai sejarah sukan Malaysia. 

Pihak kerajaan mahupun persatuan sukan harus menghormati pengorbanan atlet-atlet terdahulu. Lebih perhatian harus diberikan untuk memastikan fakta yang tepat diuar-uarkan.

Sejarah merupakan fakta yang berlaku dahulu, tidak kiralah jika fakta tersebut pedih untuk dibaca atau tidak. Janganlah kita "memadamkan" fakta sejarah hanya kerana kita tidak memahami sesuatu atau kerana mempunyai ideologi yang berlainan. 

Melalui fakta sejarah, kita boleh bergerak maju ke hadapan tanpa mengulangi kesalahan lampau.  

Dan dengan memberikan fakta sejarah yang tepat mengenai sukan, ataupun tentang negara secara menyeluruh, kita mampu melahirkan generasi yang lebih meminati dan menghargai pengorbanan wira-wira negara.

Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. 

Haresh Deol seorang wartawan yang mempunyai pengalaman 20 tahun dalam media. Beliau adalah pemenang dua kali Anugerah Institut Akhbar Malaysia (MPI) dan merangkul tujuh anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM). Beliau boleh dihubungi di akaun Twitternya @HareshDeol.

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA