Berita Terkini

21 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Apabila Lebah Kelulut Berdamping

Roslen Fadzil meninjau pembikinan video muzik terbaharu penyanyi popular, Datin Alyah Abu Hasan.

Kolum Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2021 8:42AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jenuh berkipas-kipas Rio, pengarah video muzik ‘Thank You Allah’, gara-gara sekawan lebah kelulut atau stingless honey bee datang menghurung dan berdamping dengan Datin Alyah Abu Hasan ketika penggambaran single itu sedang rancak berlangsung.

Bagai bunga bermadu, kehadiran lebah kelulut itu seakan isyarat yang manis untuk lagu ‘Thank You Allah’ ciptaan Alyah sendiri bersama Omar K dan Ikhwan Fatanna yang diputarkan di atas menara lighthouse Awana Porto Malai, Teluk Baru, Langkawi itu.

Mungkin ia kedengaran seakan zikir di waktu dhuha yang sebenarnya luahan kesyukuran si penyanyinya terhadap Yang Maha Esa atas segala nikmat yang diberikan selama ini. Dalam kehidupan kita sebagai manusia, sudah terlalu banyak dianugerahkanNya namun ia selalu tidak terbalas atas kealpaan kita sendiri.

Saya gembira dan bersyukur kerana dapat hadir mewakili Getaran.My di lokasi pembikinan ‘Thank You Allah’ itu pada awal April lalu.

Kali pertama saya membuat liputan bagi penggambaran video muzik Alyah adalah ketika 'Kisah Hati' di Perlis pada 2011 dan 'Meluruh di Terengganu' (2019). Ternyata, Alyah memang suka mempromosikan lokasi-lokasi indah di negara kita.

Bersyukur saya kerana pihak berkuasa telah memberikan permit merentas negeri kepada team Like Music Entertainment, kru produksi, wakil penaja dan juga pihak media untuk pergi bertugas di Kedah Darulaman.

Malah wakil program Sinema terbitan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) juga datang membuat liputan khas.

Semuanya mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) baik dari segi penjarakan, pemakaian pelitup muka, penggunaan pembasmi kuman, pengimbasan kod MySejahtera serta waktu bekerja yang ditetapkan.

Daripada pengamatan  saya dan rakan media lain, kesungguhan Alyah dan semua yang terbabit bekerja mengejar waktu harus ditabik. Faktor cuaca yang tidak menentu dengan suhu panas yang tiba-tiba bercampur ribut tropika, menyebabkan jadual penggambaran juga terpaksa dirombak.  

Tiada masa untuk artis dan kru bersantai-santai dan saya pelik apabila ada netizen dengan sewenangnya menuduh serta menyindir kehadiran team Alyah di Langkawi sebagai makan angin atau bercuti.

Jangan kerana seekor dua kerbau telah membawa lumpur, habis semua kru penggambaran lain dipandang serong sedangkan mereka adalah kelompok freelancers yang teruk terjejas dek pandemik. Mereka telah lama tertekan untuk mencari rezeki dan perlu terus menyuap nasi ke mulut anak isteri di rumah.

Hanya kerana kita pergi bekerja di luar sempadan, kita mesti bekerja 24 jam sehari – tidak boleh makan, tidak boleh minum, solat, tidur dan bergambar kenangan pun. Kalau ikut Undang-Undang Buruh dan Akta Kerja 1955 pun, kita hanya perlu bertugas sekurang-kurangnya 8 jam sehari. 

Dengan erti lain, kalau kita meletakkan gambar selain bekerja, kita akan dikecam. Saya lihat mereka yang tidak melintas negeri, contohnya berada dalam Selangor, bukan main sakan pergi berkelah di air terjun, masuk ke hutan, bersantai di pantai, bertandang ke majlis kenduri dan bermacam lagi aktiviti sosial.

Hanya kerana kita pergi bertugas di pulau pelancongan demi mahu mempromosikan negeri sendiri, kita terus dianggap salah.

Hakikat yang nyata, saya sedih melihat keadaan Pulau Langkawi yang hanya bergantung harap kepada kunjungan pelancong domestik dan antarabangsa, telah lumpuh dek dilanda gelombang COVID-19.

Langkawi bukan seperti Pulau Pinang yang memiliki pusat pentadbiran dan ekonomi atau dihubungkan dengan jambatan megah, jadi apabila pergerakan masyarakat terhalang demi keselamatan dan SOP, maka teruklah Langkawi terjejas sejak tahun lalu.

Dengan berkunjungnya kru penggambaran kita malah kumpulan petugas dalam bidang lain di Langkawi, sekurang-kurangnya kita dapat membantu dari sudut ekonomi penduduk tempatan yang kebanyakannya terpaksa turun ke laut memukat ikan.

Pantai Chenang kini memang tampak begitu lesu dan semacam Pekan Koboi yang terbiar terutama pada siang hari.

Berbalik kepada video muzik terbaru Alyah itu, saya sudah lama kagum dengan semangat kerja beliau yang gemar menurut kata hatinya dan berusaha keras untuk merealisasikan segala impiannya dalam dunia seni.

Dari dulu lagi, Alyah akan melabur wangnya, hasil titik peluh sendiri ke dalam projek-projek video muziknya yang menelan bajet antara RM20,000 hingga RM200,000 bagi memastikan ia memberikan kepuasan kepada diri sendiri serta peminat. 

Selain itu, Alyah juga mendapat sokongan bajet daripada label rakaman yang membantu pemasaran lagunya seperti Warner Music Malaysia.

Antara pelaburan Alyah itu adalah untuk video muzik 'Kau Bisu', 'Kisah Hati', 'Kau Milikku', 'Sesal Separuh Nyawa', 'Jutaan Purnama', 'Meluruh' dan yang terbaru, 'Thank You Allah.' Bukan sahaja di dalam negara, Alyah juga pernah terbang ke India dan New Zealand untuk pembikinan video 'Kau Milikku' dan 'Jutaan Purnama' (video promo asal).

Idea segar juga berperanan besar dalam setiap karya Alyah dan ia selalunya hasil cetusan beliau sendiri. Bagi 'Thank You Allah', ia menonjolkan mesej silaturahim serta kemaafan sesama manusia dan itu lebih penting daripada  harta -  suatu nikmat anugerah yang tidak boleh dibeli dengan helaian ringgit.

Apa yang menarik, Alyah mengundang semua pengasas atau founder penaja beliau untuk melakonkan watak saudara yang berebutkan harta pusaka.

Mereka adalah Cik Puan Auni mewakili jenama Elyss, Datin Aida (Cindai), Puan Sharifah Norliza (Missy Eldee), CheTaPotPet (Secret Desire), Puan Amirah (Demica) dan Alyah sendiri mewakili Zafesha Young sebagai penaja utama.

Bagi saya ini adalah cara bijak bagi memperkenalkan lagi wajah-wajah usahawan tempatan yang berbakat.

Kalau tiada aral, peminat akan dapat menonton video muzik terbaru Alyah itu (bersama Cat Farish dan Ustaz Haris Ismail), menjelang Syawal ini. Ia satu lagi video muzik menarik sentuhan Rio atau nama sebenarnya Mohd Rizal Omar yang sebelum ini menghasilkan 'Jutaan Purnama.'

Rio, anak jati Johor Baru, telah menghasilkan banyak muzik video untuk artis popular lain seperti Khai Bahar, Najwa Latiff  serta ramai artis nasyid.

Salam Ramadan untuk semua. – Getaran, 17 April 2021

Semua gambar, kecuali sampul single: Roslen Fadzil

Isu Pada

Hamparan Doa Kilafairy

17 Apr 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Ragut Di Klang, Tangkap Di Langkawi

2

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ada Keperluan Mendesak Untuk Sumber Air Alternatif Di Langkawi 

4

Muzik 2 minggu yang lalu

'Cinta Tak Mungkin' Hadiah Raya Siti Nurhaliza

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut