Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kisah Di Musim Perintah Kawalan Pergerakan (Bahagian 2)

Pandemik ini mengajar kita untuk beringat tentang pelbagai hal. Bahagian kedua tulisan ini mengajak kita merenung jauh ke dalam jiwa dan rohani tentang apa erti sebenar banyak hal kehidupan.

Kolum Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2021 10:24AM

Semua gambar: Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pandemik mendidik kita mengagumi kebesaranNya, mengajar manusia untuk tidak bertuhankan wang. 

Wang yang banyak sekalipun menjadi tidak berguna bila sudah sakit, bila tidak boleh keluar rumah, bila tidak boleh enjoy dengan duit kamu yang bertimbun itu. 

Kamu rasa wang yang kamu miliki kamu seorang sahaja yang punya? Kamu gagal mengeluarkan zakat. 

Kamu ingat mengeluarkan 2.5 peratus  (ke atas jumlah baki terakhir dalam tempoh setahun simpanan) daripada harta kamu itu, akan merugikan kamu, nah, Dia berikan kamu virus. 

Kamu duduklah di hospital dengan semua anggota badan termasuk muka berbalut dan tidak seorang pun dibenarkan melawat. 

Atau Dia kurangkan ujian kepada kamu, kamu cuma negatif tetapi kena kuarantin di bilik. Di rumah sendiri pun kamu tidak bebas bergerak walau ke bahagian dapur. 

Ya, sebanyak mana kamu boleh meraikan hidup kalau kamu dihalang di rumah sendiri?

Gambar: Pexels
Gambar: Pexels

Allah benci kepada manusia yang tidak peduli akan nasib orang lain. Allah minta kita melihat sekililing, yang susah dibantu, yang melarat dan menderita, mereka inilah yang kamu wajib utamakan dulu.

Pandemik mengajar manusia supaya jangan memandang rendah kepada manusia yang lain. Semua insan di muka bumi ini sama di mata Allah.

Yang membezakan adalah iman, amalan, ketakwaan kita dengan-Nya. Yang Allah pandang adalah kamu yang bisa membahagiakan orang lain, lebih daripada kebahagiaan dirimu sendiri. 

Yang Allah sayang adalah kamu yang berbuat baik sesama insan, kamu yang mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit untuk keselamatan dan kesejahteraan orang lain. 

Allah menyedarkan kamu yang sombong kerana setinggi mana pun kelulusan kamu, Allah tidak pandang jika kamu jijik melihat orang yang miskin, daif dan yang tidak setaraf, tidak sekufu. 

Pandemik tidak melihat pada pangkat dan kelulusan kamu. 

Pandemik mengajar manusia supaya jangan memandang rendah kepada manusia yang lain.

Pelbagai kisah kita dengari. Seorang perempuan menyerang keluarga kekasih anaknya. Almaklum si kekasih cuma tukang masak di restoran sedangkan anak perempuannya berkerja sebagai jurutera. 

Apa kelasnya jurutera nak kahwin dengan tukang masak dan tak malu pula masuk meminang. 

Bukankah Allah benci pada insan yang merasa dirinya besar, pandai dan gah. Tengok bagaimana pandemik mengajar si ibu. 

Anaknya dibuang kerja, jadilah anaknya ‘budak’ Grab dan dia si tukang masak dengan pesanan makanannya bertimbun mengambil si bekas jurutera untuk membuat penghantaran ke merata tempat.  

Kau yang suka menghina, aku kasihan padamu. Matamu dibutakan oleh kesombongan yang fana.

Semoga saat kau tersedar kau masih bisa melihat kebaikan dan punya kesempatan berujar maaf. Agar jalanmu di kehidupan selanjutnya tak perlu tersendat.

Jangan senang-senang menghina orang yang berjual makanan di gerai. 

Kamu singgah untuk membeli dan kamu jerit dekat dia kerana sambal nasi lemak terpercik ke baju kamu. 

Siapa tahu jika esok kalau kamu dibuang kerja, entah-entah budak nasi lemak itulah yang akan memberi kamu makan.

Pandemik mahukan kita supaya tidak membazir dan berjimat cermat. 

Pandemik juga mengeratkan lagi hubungan ahli keluarga. Allah suruh kita duduk rumah bermesra dengan keluarga. 

Allah suruh kita melayani mereka. Allah suruh kita bersolat berjemaah dan ajar anak-anak membaca Al-Quran. 

Sebelum COVID-19, jam 12 malam tidak tentu balik dari tempat kerja dan jam tujuh pagi sudah keluar rumah. 

Kadang-kadang hari minggu pun bekerja. Kesibukan menghalang suami isteri dan anak-anak bertemu muka malah anak-anak diberikan smart phone. Sepatutnya digunakan untuk belajar, tetapi sebaliknya mereka memilih untuk main games.

Pandemik mahukan kita supaya tidak membazir dan berjimat cermat. 

Bila kepayahan mendapatkan bekalan makanan, baru kita tersedar betapa bernilainya sekampit beras, semangkuk gulai dan seketul ayam. 

Allah juga menegah kita bermegah-megah. Betapa sebelum ini ada yang berlumba-lumba menunjukkan kekayaan, kemewahan, berbelanja berjuta-juta untuk kenduri mengahwinkan anak misalnya. 

Belanja hiasan dewan sahaja enam angka, tempahan baju pengantin yang hanya dipakai sekali seumur hidup mencecah ribuan ribu. 

Makanan melimpah-ruah yang akhirnya jadi timbunan longkang. Sungguh Allah benci kepada perbuatan yang menyamai syaitan.

Orang yang tinggi adab walaupun kekurangan ilmu lebih mulia daripada orang yang banyak ilmu tetapi kekurangan adab.

Oh ya, cerita saya masih belum ke penamat. Kembali kepada kisah kami di KLCC, diheret teman dari satu butik ke satu butik yang lain. 

Orang yang berduit masih galak membeli. Tak mengapalah kerana kita tidak mahu semua sektor stagnant, silakan yang berduit mengerakkan ekonomi. 

Katanya lebih setahun dia memendam hati. 

Saya faham, bila suami tidak pulang berhari-hari, malah sepanjang PKP, alasan tidak boleh rentas negeri lalu duduk di rumah bini yang satu lagi, sudah tentu isteri makan hati. 

Membeli demi membahagiakan diri. 

Saya melihat teman tidak membeli banyak. Katanya tidak sampai hati kerana ramai di luar tidak makan dan dia rasa bersalah kalau belanja beliannya boleh menanggung 100 keluarga miskin berbulan-bulan mungkin setahun dua.

Dan di sebuah butik, masuklah seorang hamba Allah. Disapa salah seorang daripada pembantu jualan, dengan pantas dia membetulkan, “Datin Seri.” 

“Maaf Datin Seri?” 

“Mana beg yang saya pesan dua bulan lalu, saya hendak tengok?” 

“Sekejap saya check?” 

Tiga minit kemudian dia memberitahu beg itu sudah pun dijual. Allahuakbar, satu butik mendengar makinya, satu butik dan semua mata ke arahnya. 

Siapa gerangan perempuan yang eksyen dan sombong itu? Teringat katanya, “Kamu ingat aku tidak berduit dan tak mampu beli. Butik ini pun kalau aku hendak, aku boleh beli, faham?” 

Kami meninggalkan butik mewah itu tanpa mengetahui apa cerita seterusnya. Seperti yang saya katakan kepada teman, ada ratusan beg di situ mengapa menjerit bila yang diingini sudah ada pembeli. 

Betullah pandemik tidak mengajar dia apa-apa, tidak insaf dengan apa yang terjadi sekeliling.

Orangnya sombong dan tak ada kelas. Helo perempuan, shame on you

Ini bukan waktu untuk menunjuk-nunjuk, ini zaman keinsafan. Waktu untuk kita memuhasabah diri. Masa kita memberi bukan mengagungkan apa yang dibeli. 

Masa kita berkongsi dan saling menyayangi. 

Dunia hari ini sudah tak kisahlah kalau kamu sandang apa sekalipun, Chanel kah, Birkin kah, orang sudah tidak peduli. Who cares what you wear

Beg bukan ukuran kamu berjaya, kamu kaya-raya atau kamu hebat. 

Beg adalah beg walau dibeli di kedai bundle sekalipun. – Getaran 10 April 2021

Baca bahagian pertama 'Kisah Di Musim Perintah Kawalan Pergerakan' di sini.

Wirda Adnan adalah Pengasas dan Ketua Pengarang majalah atas talian majalahwm.com Beliau juga merupakan bekas pengarang majalah Wanita selain pernah menjadi Pengarang Urusan untuk majalah-majalah urban terulung Bahasa Melayu seperti EH!, GLAM, dan GLAM LELAKI.

Isu Pada

Maya Karin: Saya Tak Rasa Tergugat

10 Apr 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 minggu yang lalu

Adab Menghadiri Rumah Terbuka

2

Sukan 2 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

3

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

Sorotan

1

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

2

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

3

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

4

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

5

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

6

Saya Perlu Dapatkan Semula Keyakinan Diri - Zii Jia