Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Kisah Di Musim Perintah Kawalan Pergerakan (Bahagian 1)

Ada yang hilang pekerjaan, ada yang hilang rumah.Kolumnis kami, Wirda Adnan, mengajak para pembaca merenung sejenak keadaan kehidupan di era pandemik.

Kolum Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2021 11:30AM

Pembawa beca di Penang, Ogos 2020. Gambar: Goh Chai Hin, AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Jumpa di mana?” 

“KLCC boleh?” tanya teman. Tiba-tiba saya jadi excited, rasanya lama sangat tidak menjejak kaki ke sana, tempat yang pernah saya panggil ‘my second home.’ Pernah ‘berjiran’ dengan KLCC, dari bilik pejabat jelas dilihat bangunan 88 tingkat ini dan waktu malam pancaran cahayanya memukau.

Terlalu banyak aktiviti saya di situ; bermesyuarat, bertemu pelanggan, brunch, luncheon, hi tea, dinner, menonton wayang, bersantai, manjakan diri di salon, lepak di Kinokuniya, oh itu sebahagian aktiviti saya satu ketika dulu dan shopping, sudah semestinya.

Biasanya di KLCC hari Jumaat dengan waktu rehat panjang, Tuhan sahaja yang tahu betapa sesaknya kompleks ini tetapi tidak pada hari itu (awal Mac), oh senangnya parking.

Mungkin ramai yang masih takut untuk keluar dan dengan penalti yang menakutkan, helo RM10 ribu jika gagal mematuhi SOP, membuat orang berfikir seratus kali untuk keluar, kecuali terpaksa.

Entah mengapa saya yang berasa sayu, bila lapang sangat kebanyakan butik-butiknya, malah kala masuk ke restoran, kami tidak perlu beratur menunggu giliran dan senang mendapat tempat duduk.

Gambar: Syaiful Redzuan, AFP
Gambar: Syaiful Redzuan, AFP

Timbul persoalan, berapa ramailah yang sudah hilang pekerjaan semenjak pandemik ini? Restoran tidak perlu ramai petugas di dapur, tidak perlu ramai pelayan. Butik juga tidak perlu pembantu jualan yang ramai, malah yang berpangkat top executives dan pengurus pun terpaksa mengosongkan jawatan. 

Teringat pula cerita suami mengenai teman yang menjadi penyanyi di ‘coffee house’ sebuah hotel nun di Terengganu.

Sebelum PKP lagi sang isteri yang juga penyanyi di situ menerima arahan tidak dibenarkan lagi menyanyi dari pihak hotel (yang menerima arahan dari Majlis Agama Islam Negeri, bahawasanya orang perempuan tidak boleh lagi menyanyi di khalayak kecuali dalam kumpulan penontonnya wanita sahaja).

Maka hanya sang suami dibenarkan menyanyi, (tapi boleh pula penontonnya wanita, hah, itu yang peliknya!).

Mengadulah dia kerana berdua pun pendapatan tidak mencukupi, kini seorang sahaja yang keluar mencari rezeki. Anak ramai, semua masih belajar, katanya isterinya kepandaian lain pun tiada.  Dan sejak PKP setahun yang lalu, ‘coffee house’ yang seorang dua saja pengunjungnya, sudah tentu tidak memerlukan lagi penyanyi.

Sekarang kedua-duanya menganggur, Allahuakbar. Andai yang terbabit itu anak menantu kita dan anak-anak mereka masih kecil dan bersekolah, sedangkan emak ayah tidak ada pendapatan tetap, aduh senak. Sebak memikirkan nasib mereka.  

Hakikatnya ramai sangat terkesan dengan kelembapan ekonomi negara dan virus COVID-19 yang belum reda. Sesuatu harus dilakukan segera! 

Hari ini dia membuat segala macam kerja untuk memenuhi kehidupan yang penuh keperitan, membanting tulang empat kerat supaya setiap hari ada makanan di meja dan anak-anak dapat meneruskan persekolahan mereka. Jika terpaksa, jual apa juga harta yang ada kerana perut wajib diisi setiap hari. ‘Struggles are required in order to survive in life, because in order to stand up, you gotta know what falling down is like.’

Small deeds done are better than great deeds planned.’ - Peter Marshall

Saya teringat juga empat bulan yang lalu kala membantu teman yang bersedekah makanan kepada gelandangan di Jalan Jalan Chow Kit. (Saya bangga dengan kawan-kawan yang prihatin, andai waktu membenarkan, kami mahu terus memberikan mereka sedikit nikmat merasa makanan sama dengan kita makan.)

Datanglah sekumpulan kanak-kanak membawa bekas makanan, “Abah bawa lori tak boleh rentas negeri, mama kerja cuci dan majikan suruh cuti (kalau cuti tak bergaji).” 

Aunty boleh lebih sikit tak?”  Berapa orang adik beradik? “Lima, tujuh campur mak dan abah.” “Tinggal mana?” “Flat.” Berapa bilik? “Satu.” Bertambah senak perut.

Sayu, ada gelandangan yang bila ada orang beri, dapatlah makan atau carilah air-air botol buangan orang untuk diminum. Ah sedihnya, inilah keadaan di negara kita kini, rakyat kian hidup melarat. Itu yang di depan mata, bagaimana yang di kampung?

Ada kata hidup di kampung senang. Siapa cakap? Tidak semua orang kampung ada rumah dan tanah bendang atau kawasan untuk bercucuk tanam atau senang-senang boleh jadi nelayan. 

Ada juga yang menyewa, bila si penyewa tidak membayar sewa rumahnya, tuan rumah pula jikalau itu sahaja pendapatannya, bagaimana? Dia perlu mencari penyewa lain.

Teman yang punya rumah di kampung yang sudah lama kosong, bercerita, di tengah malam dia menerima panggilan daripada kawannya di kampung. 

Ada sebuah keluarga yang minta sangat diberikan tempat berteduh. Mereka datang dari kota, sudah dihalau tuan rumah. Tidak tahu ke mana arah dan tujuan, malam itu, mengisi apa yang patut di perut kereta, tanpa mengetahui destinasi, membawa mereka ke utara.

Di stesen minyak dia menyapa seorang wanita dan bertanya di mana dia boleh menyewa murah-murah. Wanita itu teringat rumah pusaka datuk kawannya yang lama kosong.

“Tapi rumah kami tu, tak tahu lah boleh didiami lagi atau tidak, entah-entah lantai dinding sudah reput, api air pun sudah lama dipotong, kami pun sudah bertahun tak balik kampung.” 

Atas rasa simpati dia membenarkan keluarga baru itu mendiami rumah pusaka neneknya. Malah rumah saya di kampung pun didatangi sebuah keluarga berhajat untuk tinggal di situ dan atas belas kasihan adik, dibenarkan tanpa caj kerana penyewa pun tidak ada pendapatan.

Begitulah, keadaannya sekarang, di mana-mana terlalu ramai yang hidup susah. 

Hidup ini susah dan kamu mungkin ingin menyerah, tapi ingatlah Tuhan mengasihi. Dia mendengar, Dia peduli bahawa kamu bererti!

Hakikatnya ramai sangat terkesan dengan kelembapan ekonomi negara dan virus COVID-19 yang belum reda. Sesuatu harus dilakukan segera! 

Ramai juga dalam kesesakan paling boleh mereka lakukan adalah menjual makanan. Malah yang tidak tahu memasak pun hendak menjual makanan. Sabar ajalah kalau makanan yang dipesan, sering kali mengecewakan.

Saya pernah berapa kali membuat pesanan, kadang-kadang hanya hendak membantu kawan, kadang-kadang hendak memberi semangat mereka yang hilang kerja, sekurang-kurangnya ada pendapatan untuk bayar sewa rumah dan hutang kereta.

Beberapa kali juga pesanan, indah khabar dari rupa, kadang-kadang rupa pun tak ada. Ramai menyediakan tidak mengikut sukatan tepat, untuk mengurangkan kos barangkali dan kerana memikirkan si penjual terpaksa melakukan kerja demi menyara keluarga, saya reda membayar walaupun rasanya menyedihkan.

Jadi jangan kita mengungkit atau menghina mereka yang kadang-kadang buat kerana terpaksa, tetapi ini tidak bermakna mereka boleh menjual sesuka hati dan mengharapkan orang terus bersimpati.

Hidup ini susah dan kamu mungkin ingin menyerah, tapi ingatlah Tuhan mengasihi. Dia mendengar, Dia peduli bahawa kamu bererti!

Apa pengajaran atau ilmu yang kita semua perolehi akibat pandemik ini? Sebenarnya terlalu banyak.

Bermacam cara pandemik mengajar manusia. Sedikit sahaja sebenarnya Allah cuit orang yang sombong dan bongkak dengan pandemik ini untuk menyedarkan mereka.

Allah ingatkan kamu kerana tiada apa yang boleh disombongkan. Allah mengingatkan kamu Dia boleh ambil bila-bila masa-- nyawa, kesihatan, harta atau apa sahaja yang kamu sayangi.

Bila Allah berkehendakkan, seminit pun tidak diberiNya peluang. Allah bisa mencurah rezeki waktu sama Allah bisa menarik balik bila murka.

Bila kamu lupa suruhanNya, bila kamu rasa dunia ini seakan kamu yang punya, kerana kamu ingat kamu berkuasa, kamu ingat bila kamu ada nama, ada wang, kamulah ‘Raja’ tetapi Allah benci semua ini, lalu Allah rentap.

Maka sedar-sedarlah kamu yang bernama manusia.  – Getaran, 27 Mac 2021

Bersambung.

Wirda Adnan adalah Pengasas dan Ketua Pengarang majalah atas talian majalahwm.com Beliau juga merupakan bekas pengarang majalah Wanita selain pernah menjadi Pengarang Urusan untuk majalah-majalah urban terulung Bahasa Melayu seperti EH!, GLAM, dan GLAM LELAKI.

Isu Pada

Sharifah Sakinah Kalis Peluru

27 Mar 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 hari yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 3 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah