web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hanya China Untung Dalam Perjanjian ECRL

Kolum Dikemaskini 5 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 08 Apr 2021 4:57PM

Pegawai-pegawai melawat terowong projek ECRL di Dungun, Terengganu pada 25 Julai 2019. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sama ada ECRL 1.0, 2.0 ataupun 3.0, hanya satu perkara yang jelas: China adalah satu-satunya pihak yang mendapat keuntungan daripada projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), yang akan membina satu laluan rel bernilai RM50 bilion yang tidak diperlukan dan akan mengambil masa yang lama untuk pulang modal. 

Premis projek ini bergantung kepada pemindahan - kargo dari Pelabuhan Klang yang dibawa ke Kuantan dan dalam arah bertentangan menggunakan kereta api, memendekkan laluan penghantaran di sekitar semenanjung dan menjimatkan kos penghantaran perdagangan antara timur dan barat.

Mari kita ingat kembali, perjanjian ECRL yang dimeterai dengan China oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menelan belanja RM55 bilion, adalah untuk membayar kerugian RM30 bilion projek Najib yang satu lagi, iaitu 1Malaysia Development Bhd atau 1MDB, dengan pengetahuan dan sekongkol dari kerajaan tembok besar itu. Mari kita ungkap sedikit sejarah tentang projek ini.

Pentadbiran Najib mengumumkan perjanjian ini pada 2017, namun adalah jelas sejak awal bahawa projek itu tidak patut dilaksanakan kerana kos sebenar ECRL boleh melebihi RM100 bilion dan banyak lagi sebab kenapa ia tidak patut dilaksanakan seperti saya jelaskan dalam artikel ini dan ini.

Sekiranya kita menganggap kadar pulangan 10 peratus yang diperlukan untuk pelaburan sebanyak RM55 bilion, maka projek ini sepatutnya menjana pendapatan, bukan pulangan, sebanyak RM5.5 bilion setahun.

Andaikan pendapatan projek ini adalah 20 peratus daripada pulangan, pulangan yang perlu dijana adalah berjumlah RM27.5 bilion!

Tugasan mustahil yang menanti ditunjukkan oleh contoh ini: pada 2019, PSA Internasional, pengendali pelabuhan utama di Singapura, menjana pulangan sebanyak RM12 bilion dan keuntungan berjumlah RM4 bilion.

Pada masa itu, pembinaan ECRL dianggarkan terlebih sebanyak RM20 bilion dan ini disahkan kemudiannya. Pakatan Harapan (PH) mengambil tampuk pemerintahan negara pada 2018 dengan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri. Mereka mengumumkan projek ECRL akan dibatalkan dan ia disambut baik oleh rakyat Malaysia.

Tapi kemudian semuanya berubah. Kroni Dr Mahathir, Tun Daim Zainuddin telah dilantik sebagai perunding utama dengan China untuk projek rel itu, yang telah ditangguhkan. Beliau sebelum itu dilantik sebagai ketua Majlis Penasihat Kerajaan yang lebih berkuasa daripada Kabinet PH.

Sebulan selepas PH mengambil alih tampuk pimpinan pada Mei 2018, pengesahan yang projek ECRL ini dikaitkan dengan plot untuk menyeleweng wang untuk mengganti kerugian RM30 bilion 1MDB. Ini dilakukan dengan menyeleweng wang pendahuluan sebanyak RM20 bilion dari ECRL dan hampir RM10 bilion dalam kontrak saluran paip yang dipersoalkan, seperti saya jelaskan di sini.

China bersetuju untuk menyediakan pembiayaan sehingga 85 peratus kos projek ini sebagai sebahagian daripada perjanjian itu. Dr Mahathir memberitahu The Edge dalam satu temu bual pada Mei 2018 bahawa pengeluaran pembiayaan untuk Malaysia membina ECRL disimpan di luar negara, menambah curiga yang sebahagian daripada wang tersebut telah digunakan untuk membayar hutang 1MDB dan pembelian beberapa buah syarikat. The Edge juga melaporkan, dengan memetik sumber, yang kos pembinaan ECRL meningkat sebanyak RM20 bilion.

Dalam pada itu, Menteri Kewangan pada masa itu Lim Guan Eng pada Jun 2018 mengesahkan yang ada petunjuk bahawa ada dua perjanjian saluran paip yang bernilai hampir RM10 bilion yang dikaitkan dengan 1MDB, menambah yang beliau ada dokumen sebagai bukti.

Walaupun ada maklumat sebegitu, Daim dengan bangga mengumumkan projek ECRL 2.0 yang memakan kos RM44 bilion dan mendakwa ada penjimatan sebanyak RM21.5 bilion pada April 2019, sembilan bulan selepas projek itu ditangguhkan. Kos RM55 bilion sebelum ini tidak termasuk RM11 bilion untuk menghubungkan Gombak dan Pelabuhan Klang yang menaikkan jumlah kos kepada RM66 bilion.

Tiada apa yang berubah, projek yang tidak sepatutnya dilaksanakan akan diteruskan dengan perbelanjaan yang besar. Tiada penjelasan diberikan kenapa kos melampau diperlukan dan sejumlah besar wang itu telah dipindahkan ke China.

Dan walaupun undang-undang kontrak Malaysia membenarkan kontrak ditolak sekiranya rasuah terlibat, negara ini tidak mengambil pilihan tersebut, menegaskan pampasan sebanyak RM21 juta perlu dibayar jika kontrak itu ditamatkan. Ini adalah, seperti yang saya tulis adalah satu tindakan penakut, kontroversial dan menguntungkan China.

Sekarang ada pula projek ECRL 3.0. Pada dasarnya ia kembali kepada perjanjian di bawah pemerintahan Najib dengan kos RM50 bilion, kenaikan sebanyak RM6 bilion dari kos RM44 bilion ECRL 2.0. Menteri Pengangkutan kerajaan pintu belakang bersumpah bahawa penyelarasan baharu ini adalah terbaik untuk negara.

Tiga kerajaan di bawah Barisan Nasional, PH, dan Perikatan Nasional gagal merunding satu perjanjian yang baik untuk Malaysia dalam transaksi berat sebelah dengan China ini, tetapi memilih untuk berpuas hati dengan projek yang tidak diperlukan rakyat dan tidak berani untuk membuat perubahan. Menyedihkan!

Perkara yang terbaik untuk negara adalah perjanjian dengan China ini tidak pernah wujud pun. Ini terlampau awal, memerlukan terlalu banyak lalu lintas, terlampau mahal dan jalan yang sedia ada lebih dari cukup untuk penduduk pantai timur. Rangkaian rel boleh dilaksanakan untuk kos yang lebih murah pada masa yang lebih sesuai.

Kita tahu kenapa Najib bersetuju dengan perjanjian ini, ia untuk menutup kerugian 1MDB. Kita tahu kenapa PN mahu membatalkan projek ini, tetapi memilih untuk meneruskannya, dan mengurangkan kos sedikit tanpa menjelaskan kontroversi utama yang dibangkitkan. Kenapa? Kini kerajaan pintu belakang telah menaikkan kos projek ini sebanyak RM6 bilion.

Satu entiti yang terus untung daripada semua ini adalah China. Mereka masih menerima bayaran untuk membina satu rangkaian rel dengan mahal di sebalik cubaan untuk menyokong kerajaan terdahulu dengan cara yang korup dan licik, yang seharusnya dihukum.

China adalah satu kuasa besar dunia dan akan berlaku seperti kuasa besar lain. Ia akan buat apa sahaja untuk meluaskan pengaruh ke atas apa yang mereka rasakan “kawasan pengaruh”, walaupun dengan menggunakan cara korup. Ia terpulang kepada kita rakyat Malaysia untuk mengutamakan kebajikan negara di atas segalanya. Kerana ia bukan perkara yang penting untuk pihak China.

Apa yang jelas adalah tiga pimpinan berturut-turut telah mengecewakan kita, bukan sahaja dalam perjanjian ECRL tapi juga dalam perjanjian yang korup, kurang bersemangat, tiada imaginasi, kurang jelas, dan tidak jujur dalam hampir semua bidang usaha.

Kita perlu mengubah perkara ini kalau berhasrat untuk menjadi negara yang menjaga kepentingan sendiri dan kepentingan rakyat. - Getaran, 8 April 2021

P. Gunasegaram, adalah bekas penganalisis pelaburan, kini beliau bertugas sebagai penasihat editorial The Vibes dan pengarah eksekutif Institut Sekhar.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Tragedi Lombong Arang Batu: Letupan Gas Ragut 90 Nyawa, Lebih Ramai Dijangka Terkorban

3

Luar Negara 4 minggu yang lalu

3 Hilang Selepas Gempa Bumi Bermagnitud 5.2 Landa Guangxi, Selatan China

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga