Berita Terkini

15 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Segak Atau Santai, Ambil Tahu Etika Berpakaian

Memakai pakaian yang sesuai adalah tanda anda menghormati diri, menghormati majlis serta menghormati tetamu yang lain juga.

Kolum Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2022 1:00PM

Memilih pakaian, biarlah sesuai dengan majlis - Gambar Hiasan Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sesungguhnya juga fesyen memartabatkan bangsa. Kurung, cheongsam, sari, salwar kameez, kurta, dengannya mudah kita mengenali bangsa Melayu, Cina, India dan Pakistan.

Memakai pakaian yang sesuai sebagai tanda anda menghormati diri, menghormati majlis, menghormati tetamu yang lain juga.

Tetamu yang hadir bergaya ke sesuatu majlis menghormati majlis itu dan tetamu lain yang hadir - Gambar Hiasan Pexels
Tetamu yang hadir bergaya ke sesuatu majlis menghormati majlis itu dan tetamu lain yang hadir - Gambar Hiasan Pexels

Masih saya mahu menegur segelintir yang tidak peka dengan adab dan tatasusila berpakaian.

Menghadiri majlis perkahwinan dengan kemeja-T dan seluar paras lutut. Hadir sebagai tetamu pada majlis perkahwinan dengan pakaian menjolok mata, sehingga lurah buah dada tersembul dan seluar dalam terlihat warnanya.

Menjadi tuan rumah majlis nikah atau perkahwinan anak, tetapi kain meleret dua hasta. Ada yang belakang terdedah menjadi tontonan. Ya, sampai bila hendak belajar etika berpakaian.  

Hadir pula pada majlis berbuka puasa, kebaya jarang sendat dan kain menampakkan lutut.

Hadir di pusara orang Islam dengan peha terdedah dan baju tanpa lengan (sekali pun kamu bukan Islam, pakaian begini dilarang sama sekali.) Kalaupun kamu free hair, carilah selendang menutup rambut yang mengerbang. 

Kamu yang menjadi raja sehari, duduk di sofa menghadap bakal suami yang sedang diijabkabulkan, biarlah sopan gaun nikah itu. Lapikkanlah lace jarang itu supaya tidak terlihat kulit jernihmu dan buah dada yang membuak itu.

Mak ayah tolong ingatkan anak-anak, hormati pak imam, tuk-tuk, pak cik mak cik yang hadir di situ dan keluarga sebelah menantu. Dan pereka pakaian, mungkin kamu sebaik orangnya untuk menasihati bakal pengantin terutama yang menempah dengan kamu.

Cuba elakkan dada dan belakang yang terdedah terbelah. Ini majlis nikah (lebih sedih diadakan di masjid, maknanya tidak hormat rumah Allah) dan ini bukan parti hari jadi atau bachelorette party. 

Jangan lupa ambil kira jenis majlis dan lokasi acara ketika memilih pakaian - Gambar Hiasan Pexels
Jangan lupa ambil kira jenis majlis dan lokasi acara ketika memilih pakaian - Gambar Hiasan Pexels

Kebelakangan ini saya banyak sekali menghadiri majlis perkahwinan, di hotel, di dewan dan memang senang melihat tetamu-tetamu yang bergaya.

Satu perkara yang saya sendiri amat senangi apabila tetamu datang bergaya, ini sebagai tanda mereka menghormati majlis. Bayangkan kalau datang selekeh dan seperti gelandangan, sudah tentu bukan sahaja tuan rumah kecewa, tetamu sendiri pun rasa tidak senang.

Pun begitu ada yang terlebih gaya, mengalahkan pengantin. 

Kebelakangan ini juga saya perasaan ramai kawan-kawan Tionghoa khasnya sudah pandai ber-cheongsam.  Dulu-dulu bila ke majlis perkahwinan orang Cina, seperti bukan majlis besar dan penting kerana tetamu macam kita lihat di komplek membeli-belah sahaja, setengah dengan skirt, top, pants, tiada beza pada hari-hari biasa.

Berbanding keramaian orang India, tetamu wanitanya cantik dalam persalinan sari dan lelaki dalam kurta. Dan masyarakat Pakistan dalam salwar kameez juga kurta.

Sekarang barulah saya lihat masyarakat Tionghoa lebih perihatin dan membanggakan pakaian kebangsaan mereka, seperti kita dalam persalinan Baju Melayu cekak musang dan berkurung Johor misalnya.

Suka sangat saya tengok pada majlis yang saya hadiri ini, semua tetamu mengikut etnik mereka, bergaya dengan pakaian tradisional masing-masing.

Lain padang, lain belalang. Jika dijemput ke majlis di luar negara, jangan lupa untuk 'mengkaji' apa adat dan adab menghadiri majlis mereka - Gambar hiasan Pexels
Lain padang, lain belalang. Jika dijemput ke majlis di luar negara, jangan lupa untuk 'mengkaji' apa adat dan adab menghadiri majlis mereka - Gambar hiasan Pexels

Dua minggu lepas, saya hadir lewat sedikit pada satu majlis perkahwinan. Tetiba saya ternampak seorang lelaki bertanjak dalam persalinan songket putih kekuningan. Dia dan isteri berjalan dari meja ke meja.

Hati berdetik, anak teman berkahwin dengan lelaki tua 50-an? Saya mengerutkan muka, kerana seingat saya dulu pasangan kekasih anaknya yang awal 20-an adalah sebaya.

“Wirda, itu ayah pengantin, di sebelah isteri mudanya,” teman membisik. 

“Ohh, tetapi mengapa dia bertanjak bersongket penuh?”

Teman menggelengkan kepala. “You tak tahu ke, sekarang trending, semua nak jadi Mat Kilau.”

Sang isteri bersongket serba putih. 

“Itu mak tiri pengantin,” teman memberitahu. 

Saya mengalihkan pandangan di pelamin, berlangsung sesi bergambar. Betul saya kasihan pula melihat kedua pengantin, pengantin lelaki mengenakan sut hitam dan ramai juga tetamu yang berpakaian begitu dan pengantin perempuan dengan long dress kehijauan, yang amat ringkas.

Soalan saya, mengapa kita hendak overshadow anak kita yang menjadi Raja Sehari? Ini hari bahagia mereka, let them be the focus of attention. Janganlah ambil kesempatan untuk tayang bini muda, yang ala-ala model dengan dress ketat meleret.

Jika majlis diadakan di lokasi berkelas, seeloknya tuan rumah menetapkan 'dress code' yang sesuai dengan lokasi dan majlis - Gambar hiasan Pexels
Jika majlis diadakan di lokasi berkelas, seeloknya tuan rumah menetapkan 'dress code' yang sesuai dengan lokasi dan majlis - Gambar hiasan Pexels

Satu lagi, ada eloknya tuan rumah menetapkan di dalam jemputan tentang pakaian. Untuk majlis perkahwinan seeloknya formal/ baju Melayu/sut/tradisional. Sekiranya anda meletakkan: Pakaian Kasual, maka tetamu pun hadirlah dengan pelbagai gaya yang kadangkala tidak senonoh, pada waktu sama ramai pula hadir dengan gaya rasmi sesuai majlis.

Pastilah suasana begini tidak cantik di pandangan. Bayangkan ada berbaju Melayu, sampin dan bersongkok. Yang wanita berkurung, berkebaya waktu sama ada berjean dan kemeja-T, top tidak berlengan dengan skirt singkat. 

Dan ini betul pelik, saya menerima jemputan kahwin, dress code ‘Denim Jeans’. Habis pak cik, mak cik pakai seluar jean kah? Saya ingatkan kedua mempelai ‘going very casual’ tetapi tidak pula, siap rantai emas bergantungan atas songkok. Dan pengantin perempuan, kebaya songket bertali pinggang besi.

Okay tempatnya ala-ala taman, kalau menjemput tetamu suruh pakai jean, janganlah pula pengantin berpakaian tradisional?  Mujurlah pula tetamu tidak berapa perasaan tentang kod pakaian di kad jemputan. Rata-rata lelakinya pakai batik dan tetamu perempuan berbaju kurung. Soalan, mengapa suruh pakai jeans pada majlis kahwin? 

Minggu ini kebetulan di ibu kota sedang berlangsung minggu fesyen. Minggu fesyen di negara kita ini agak pelik juga. Pada siang hari tetamu datang dengan long dress meleret ala hadir di majlis Oscars, sedangkan tempatnya pun di ruang legar komplek membeli-belah.

Hello let's be real, berpakaian glamor tidak semestinya baju sendat ketat menyapu lantai. Kamu boleh bergaya begitu pada majlis, contoh pada ‘ball night’. Sesuai dengan venue di ballroom

Perlu hadir ke majlis di mana kerusinya disusun rapat-rapat, seperti acara pertunjukan fesyen? Pilihlah pakaian yang tidak terlalu 'kembang' supaya pakaian anda tidak mengambil kerusi orang sebelah - Gambar Hiasan Unsplash
Perlu hadir ke majlis di mana kerusinya disusun rapat-rapat, seperti acara pertunjukan fesyen? Pilihlah pakaian yang tidak terlalu 'kembang' supaya pakaian anda tidak mengambil kerusi orang sebelah - Gambar Hiasan Unsplash

Yang berjubah dan bertudung litup, ya kini semua nak ikut ala-ala Neelofa yang datang berkelambu. Tetapi perhatikan Neelofa pada tempat-tempat awam begini gayanya lebih ringkas. 

Kalau majlis di dewan, bolehlah. Tetapi di tempat awam dengan kerusi-kerusi diletak rapat, baju anda saja mengambil ruang orang sebelah. Saya pernah melihat seorang wanita yang agak kasar, menolak-nolak baju orang sebelah yang memakai ala kelambu. Mukanya mencuka. Adoi. 

Ini mengingatkan saya pada satu minggu fesyen dan salah satu acara diadakan di Taman Tasik Kuala Lumpur. Saya pelik, melihat rata-rata tetamu datang dengan evening dress meleret enam meter macam pengantin. Bayangkan tempatnya penuh ranting-ranting kayu dan daun-daun kering berselerak, mungkin tahi anjing pun banyak.

Takkah pelik melihat tetamu terangkat-angkat baju dengan kasut tinggi yang tenggelam di dalam tanah. Hendak menyampai ke venue pun berpeluh.

Hendak dijadikan cerita, bertembunglah saya dengan seorang yang satu ketika dulu, konon dialah guru fesyen. Dia juga insan penting dalam majlis ini.

Perbualan ringkas seorang editor dengan seorang guru fesyen, “Wirda why are you like this (saya pakai pants dengan top. Saya puji jugalah top saya ini agak cantik, berjenama jugalah, tapi beli di Bicester Village aja, almaklum baru balik menghadiri satu pertunjukan besar di London).

Saya menjawab, “Yes dear, anything wrong with my look?”  “Dresscode: Evening gown dear,” dia memberitahu, ala mengejek.  “Here, at the Lake Gardens?” saya menjawab sambil tersenyum. “You’re a fashion editor, ma… Hmm, some people,” dan berlalu pergi.  

Pilihlah yang terbaik untuk majlis yang bakal anda hadiri - Gambar Hiasan Unsplash
Pilihlah yang terbaik untuk majlis yang bakal anda hadiri - Gambar Hiasan Unsplash

Sebenarnya saya sendiri tidak perasaan tentang dresscode acaranya (tapi kalau saya perasan pun tidak saya hadir seperti mereka, sorry, just not me.) Dan soalan saya pada penganjur, “Mengapa diletakkan dresscode yang sebegitu? Ianya amat tidak sesuai dengan tempat dan suasana dan waktu.

Anda bayangkan waktu senja, matahari sudah tenggelam dan kamu tertarik-tarik antara membetulkan baju dan berjalan di tanah tidak rata bertumit tinggi!

Saya akhiri nota dengan memetik kata mutiara ini daripada Miuccia Prada, “What you wear is how you present yourself to the world, especially today, when human contact is so quick. Fashion is instant language.” - Getaran, 14 Ogos 2022

Isu Pada

Rizman Ruzaini Membina Empayar

13 Aug 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 10 bulan yang lalu

Santai Tepi Pantai Bersama Festival Kopi Kemaman

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Pakaian Jururawat Terlalu Ketat, MP Kuantan Digesa Mohon Maaf Secara Terbuka

3

Selebriti 11 bulan yang lalu

Pakaian Dikecam Netizen Kerana Tidak Sesuai Dengan Lagu Memuji Rasulullah, Ini Penjelasan Nadeera Zaini

4

Semasa 11 bulan yang lalu

Santai Berkain Pelekat Tonton Perlawanan Catur Bersama Cucu, Anwar Tarik Perhatian

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Kolum 8 jam yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan