Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Lilauan Kiri (Bahagian Empat) - Bahasa Perasaan (sambungan)

Antara cinta, kasih dan sayang, yang mana lebih besar? Bahagian kedua Lilauan Kiri- Bahasa Perasaan bercerita tentang tiga perkataan ini dan cara ia digunakan.

Kolum Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 31 Mar 2021 8:50AM

Gambar: Andi Risam Triangga, Pexels

oleh

Ad Samad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Untuk baca bahagian pertama, klik di sini.

CINTA - SAYANG - KASIH

‘Cinta’ boleh menjadi kata nama (noun) atau kata kerja (verb) yang bererti ‘lust’ atau ‘desire’. Ia dipenuhi keghairahan, nafsu syahwat dan berahi. 

Ia datang bersama kemaruk atau obsesi. Ia membuat seseorang hilang rasional dan menjadi gila, ketagih dan hilang kawalan diri. Ia mendam dendam.  Ia ‘menghalalkan’ perbuatan. 

Jika kita ingin menggunakan perkataan ‘cinta’ terhadap seseorang, walaupun janggal, kita gunakannya untuk seseorang yang kita punyai kehendak seksual terhadapnya. 

Kita tidak guna perkataan ini untuk ahli keluarga seperti atuk, emak, kakak, abang, atau anak. Kecuali terhadap bini yang hot. Sama ada bini sendiri atau bini orang. 

‘Cinta’ juga digunakan terhadap kepercayaan dan ideologi. Contohnya, cintakan agama, cintakan tanah air, atau cintakan demokrasi.

‘Sayang’ adalah ‘love’. Ia boleh menjadi kata nama atau kata kerja. Ia adalah perasaan kasih terhadap seseorang, haiwan, malah benda. 

Ia lembut, menjaga, memelihara dan melindung. Ia digunakan untuk bermanja, membelai dan kerana ia sangat versatile, ia juga digunakan untuk ‘mengayat’ seseorang yang hendak ditiduri.

Mungkin ayat berikut dapat mengajar kita perbezaan di antara ‘cinta’ dan ‘sayang’.

“Aku sangat sayang motosikal dan kucingku,” kataku kepada Ali. “Dan aku sangat cintakan bini Awang, jiran sebelah!” tambahku lagi.

‘Kasih’ dan ‘sayang’ adalah perkataan seerti. 

Cuma, ‘kasih’ adalah untuk kesusasteraan atau di majlis-majlis rasmi di mana undang-undang, norma atau kod etika perlu dipatuhi. 

‘Menjunjung Kasih’ adalah lebih sesuai daripada ‘Menjunjung Sayang’, kerana ia melibatkan sesuatu yang rasmi.

Kerana etika, iaitu keperluan untuk bersopan terhadap orang yang tidak kita kenali, kita tidak ucapkan ‘Terima sayang’. Dan ‘Terima kasih’ adalah perkataan yang terindah di dunia. Aku percaya ia bermaksud, ‘Aku menerima sebuah kasih melalui perbuatan anda’.

Apabila kita sebut ‘pasangan kekasih’, ia merujuk kepada satu pasangan yang sedang hangat bercinta, kuat bersenggama, malah pantang ‘disentuh’. 

Setelah bertahun berumah tangga dan beranak-pinak, mereka bukan lagi pasangan kekasih. 

Mereka adalah suami isteri. Dan suami isteri memerlukan jauh lebih banyak usaha—effort untuk melakukan satu sesi hubungan kelamin, berbanding ‘pasangan kekasih’.

Kenapakah perkataan ‘cinta’ lebih kerap digunakan berbanding ‘sayang’ di dalam lagu?

Aku percaya bahawa para pencipta lagu terdahulu, mula menggunakan perkataan ‘cinta’ berbanding ‘sayang’ adalah kerana ‘cinta’ adalah lebih mudah untuk dirimakan atau rhyme

‘Cinta’ secara fonatiknya adalah lebih mudah dinyanyikan, sama ada di pertengahan atau di penghujung ayat di dalam lagu. 

Justeru, ‘cinta’ menjadi lebih popular berbanding ‘sayang’.

‘Aku cinta kau’ kononnya memberi perasaan cinta yang lebih mendalam berbanding ‘Aku sayang kau’. 

Ramai yang merasakan perkataan ‘sayang’ adalah lebih sesuai untuk lagu-lagu rancak dan fun sahaja. Tetapi bukan untuk lagu-lagu balada.


ANTARA DWI-BAHASA DAN BOURGEOISIE

Rencana ini tidak mengambil pendekatan etimologi ataupun linguistik. Bukan bertujuan untuk memberi takrifan yang menjadi penutup segala ruang perdebatan di kalangan para cendekiawan atau boleh dibawa ke Parlimen untuk dijadikan rang undang- undang mengenai maksud ‘cinta’, ‘sayang’ dan ‘kasih’. 

Tiada jangka pengukur yang dapat digunakan untuk menguji tahap dan darjah ketinggian, kedalaman atau kehangatan di antara ‘cinta’, ‘sayang’ dan ‘kasih’. ‘Cinta’ tidaklah lebih perkasa daripada ‘sayang’ atau ‘kasih’ dan sebaliknya.

Berbalik kepada soal pokok rencana ini, iaitu pendapat bahawa Bahasa Melayu bukanlah bahasa perasaan atau bahasa romantik, aku percaya bahawa Bahasa Melayu sudah ada cukup perbendaharaan kata dan cukup undang-undang nahu untuk menjadi bahasa meluahkan pelbagai jenis perasaan, untuk apa jua majlis. 

Ia sudah cukup romantik untuk dituturkan kepada sang kekasih.

Buktinya, ia sudah wujud dan digunakan di dalam penulisan, terutamanya di dalam lirik dan sajak, untuk menyampaikan pelbagai jenis perasaan dengan berkesan.

‘Terima kasih’ adalah perkataan yang terindah di dunia. Aku percaya ia bermaksud, ‘Aku menerima sebuah kasih melalui perbuatan anda’.

Mereka, golongan dwi-bahasa Inggeris dan Melayu, yang berpendapat bahawa Bahasa Melayu bukan bahasa meluah perasaan dan bukan bahasa romantik, perlu menyedari bahawa kelemahannya terletak pada diri mereka sendiri.

Kelemahan mereka bukan bahasa, tetapi kebolehan untuk memberi pendapat dan meluah perasaan dengan baik, sama ada di dalam Bahasa Melayu mahupun Inggeris.

Mereka bukan golongan yang mempunyai banyak pendapat. Dan mereka juga bukanlah golongan yang romantik, sebaliknya berharap orang lain untuk bersikap romantik terhadap mereka.

I express myself better in English.” 

My foot! 

Cuba biarkan mereka luahkan perasaan dan pendapat mereka dalam bahasa Inggeris, pasti tiada apa yang hebat, atau profound pun yang akan keluar daripada kata-kata mereka.  

Pendapat mereka ala kadar. Biasa. Malah klise. 

Tiada apa yang berbaloi di dengar. Tiada apa yang akan membuka mata dan menyingkap tirai yang menyelubungi pemikiran kita. 

Pemikiran mereka adalah hasil daripada menonton filem ringan komedi romantik dan novel-novel cinta picisan.

Aku percaya bahawa Bahasa Melayu sudah ada cukup perbendaharaan kata dan cukup undang-undang nahu untuk menjadi bahasa meluahkan pelbagai jenis perasaan.

Aku seorang yang dwi-bahasa. 

Tapi bukan Melayu bourgeoisie. 

Sekiranya aku diminta memberi pendapat atau meluahkan perasaan di dalam bahasa Inggeris atau Melayu, hasilnya akan sama. Seimbang. Kalau bodoh, bodohlah hasilnya.

Aku percaya bahawa bahasa dan kata-kata tidak akan menjadi penghalang untuk aku menyatakan pendapat dan pandangan, sekiranya aku ada pendapat dan pandangan. 

Dan bahasa apa pun yang aku gunakan untuk meluahkan perasaan dan pendapat bukanlah menjadi ukuran apa kasta aku.

Aku cinta bahasa! 

Inggeris dan Melayu.

Masing masing ada kekuatan dan keunikan.

Namun bahasa apa selain daripada Bahasa Melayu, yang mampu mengunakan satu perkataan sahaja sudah boleh menjadi satu ayat, sehingga menyampaikan keseluruhan maksud dan persoalan?

Perhatikan.

“Sayang, Sayang sayang Sayang? Sayang sayang Sayang.” - Getaran, 31 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Penguasaan Bahasa Melayu Kekal Syarat Asas Permohonan Taraf Kewarganegaraan - KDN

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Warga Malaysia Ajar Fardu Ain, Bahasa Melayu Percuma Kepada Kanak-Kanak Thailand

3

Pendidikan 1 tahun yang lalu

KPM Adakan Peperiksaan Ulangan Untuk Pastikan Calon SPM Miliki Sijil

4

Kolum 1 tahun yang lalu

Pembentukan Perbadanan Muzik Negara, Langkah Susulan Yang Perlu Fahmi Fadzil Laksanakan

Sorotan

1

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

2

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

3

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

4

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

5

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

6

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright