Berita Terkini

8 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Lilauan Kiri (Bahagian Empat)- Bahasa Perasaan

Antara cinta dan sayang, antara realiti dan bahasa hiburan. Bahagian pertama Lilauan Kiri- Bahasa Perasaan mengajak kita merenung penggunaan 'cinta' dan 'sayang' sehari-hari.

Kolum Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2021 3:01PM

Tangkapan layar filem 'Puteri Gunung Ledang.' Gambar: Twitter @Enfiniti

oleh

Ad Samad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ada yang berpendapat bahawa Bahasa Melayu bukanlah bahasa yang romantik untuk beromantik, malah bukan bahasa untuk meluahkan perasaan terdalam.

I sound stupid when I speak Malay, atau, I express myself better in English adalah ungkapan yang selalu kita dengar daripada orang Melayu bandar—Melayu bourgeoisie.

Ramai yang rasa janggal dan gonjeng apabila meluahkan atau mendengar luahan perasaan yang menggunakan bahasa Melayu.

Sebagai penulis lirik lagu-lagu cinta, aku mesti kaji sejauh mana kebenaran kenyataan tersebut.

Hakikatnya, aku tidak pernah dengar mana mana pasangan bercinta, malah suami isteri mengucapkan “Aku cinta kau” atau “Aku cinta padamu”—yang merupakan satu kesalahan nahu. 

Ketika hayat Atuk dan Nenek aku pun, aku tidak pernah dengar mereka ucapkan perkataan itu—sebegitu. Mereka lahir di ambang Perang Dunia Pertama, di mana kahwin paksa atau pilihan ibu bapa berleluasa.

Namun aku selalu dengar ibu bapa aku ucapkan “I love you,” di antara satu sama lain.  Tetapi bukan “Aku cinta kau.” Orang Melayu sendiri merasa janggal apabila mengucap dan mendengar ayat tersebut.

Mungkin sejak zaman kegemilangan layar perak dan meluasnya siaran Radio Malaya dan Radio Singapura, ketika ibu bapa aku masih muda di sekitar tahun 1950-an, mereka telah belajar dan terpengaruh untuk mengungkap “I love you” seperti dalam filem dan lagu-lagu barat.

Manakala generasi Atuk dan Nenek aku, mereka belum lagi mempelajari luahan perasaan percintaan yang sedemikian rupa. Mungkin belum diajari oleh ‘orang putih’. 

Secara amnya, budaya orang Melayu seperti kebanyakan budaya orang timur yang lain, bukanlah mudah untuk menunjukkan pendapat dan perasaan mereka secara terbuka kepada khalayak ramai. Justeru, kita tidak dapat menyaksikan pertuturan-pertuturan sebegitu.

Orang Melayu lebih bersifat malu dan reserved di dalam perihal meluahkan perasaan. Dalam banyak hal, orang Melayu menerima banyak perkara tanpa menunjukkan perasaan sebenar mereka. Hanya kemudian 'di belakang-belakang,' barulah mereka menyatakan pendapat mereka yang sebenar. Selalunya ketika sudah terlambat. Dalam urusan meminang malah perkahwinan—iaitu satu keputusan yang sangat penting di dalam kehidupan seseorang, jika seorang perempuan itu diajukan persoalan ‘setuju atau tidak’; diam adalah tanda setuju. Hakikatnya, sering kali juga, diam adalah tanda tidak setuju.

Mungkin hanya 50 tahun kebelakangan ini, setelah adanya pendidikan dan persekolahan, serta  penghijrahan orang Melayu beramai-ramai ke bandar-bandar dan setelah meluasnya TV, filem, muzik dan fesyen terkini dari barat mempengaruhi pemikiran, barulah orang Melayu mula memilih pasangan sendiri. Pendidikan, serta semangat dan falsafah demokrasi yang semakin mendalam, meningkatkan pemikiran orang Melayu untuk lebih berani menunjukkan luahan perasaan terhadap pelbagai perkara, termasuklah keberanian menunjukkan perasaan cinta-sayang-kasih mereka di khalayak ramai, atau public display of affection

Sebagai penulis lirik lagu lagu cinta, mustahak untuk aku tahu bagaimana cara para pasangan Melayu saling meluahkan perasaan cinta mereka di antara satu sama lain dan perkataan-perkataan yang akan mereka gunakan, agar penulisan aku akan berdasarkan realiti dan bukan fantasi.

Aku tidak pernah dengar seorang pun umat manusia yang mengucapkan, "Aku cinta kau" kepada pasangan memasing. Termasuk aku sendiri. Tetapi aku beberapa kali mendengar, "Saya sayang awak" diucapkan. ‘Sayang’ adalah perkataan yang digunakan. Bukan ‘cinta’. Malah, ramai pasangan yang saling memanggil masing-masing dengan panggilan ‘Sayang’.

"Aku cinta kau" hanyalah bahasa di dalam lagu atau novel, malah filem. 

Tetapi bukanlah bahasa di alam nyata dan digunakan di dalam keadaan serius.

Berbeza dengan lagu-lagu Inggeris. Laras bahasa pertuturan mereka adalah serupa dengan laras bahasa di dalam lagu-lagu.

Mengapa berbeza bahasa pertuturan dengan bahasa di dalam lagu-lagu kita pula? Adakah kita mengalami bipolar atau skizofrenia bahasa?

Sebagai permulaan untuk memahami lebih mendalam bahasa di dalam lagu-lagu cinta, kita perlu belajar pengertian, perbezaan dan penggunaan perkataan-perkataan ini, iaitu cinta, sayang dan kasih.

Setelah mengkaji beberapa kamus Bahasa Melayu, aku akan humban jauh semua kamus itu.

Akan bersambung…

- Getaran 17 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 minggu yang lalu

Apabila AI Menjadi Peguam, Akauntan Dan Pemandu

2

Kolum 3 minggu yang lalu

Ruang Kecil, Impian Besar: Bagaimana Ruang Simpan Sendiri Buka Peluang, Potensi Untuk PKS

3

Kolum 4 minggu yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

4

Kolum 1 bulan yang lalu

Mendalamkan Makna ‘Agenda Bumiputera Sebagai Agenda Nasional’

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok