Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Apabila Anwar Ketawakan Diri Sendiri

Kolum Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2021 4:36PM

Gambar fail AFP

oleh

Zunar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

'Salute! Kita yang faham seni harus meraikan.'

Begitulah komen Anwar Ibrahim dalam akaun twitternya apabila namanya ditag dan diberitahu bahawa sebuah show muzikal komedi menjadikan beliau sasaran utama satira, lawak dan senda.

Komen ini mengejutkan kerana ramai yang menjangkakan respon negatif atau `saya tak peduli' dari Presiden PKR itu. Kerana kebanyakan pemimpin Malaysia akan marah dan show tersebut biasanya akan disusuli dengan tindakan pihak berkuasa.

Bagi saya, jawapan Anwar ini menunjukkan beliau mampu melakukan sesuatu yang ramai pemimpin Malaysia tidak berupaya lakukan iaitu `ketawakan diri sendiri'. Dan ini bukanlah yang pertama kali.

Ketika PRU 2008, video Anwar menari dan menyanyi di sebuah majlis makan dijadikan bahan kempen Barisan Nasional (BN).

RTM menyiarkan klip video itu setiap malam ketika tempoh berkempen.

Dalam sebuah ceramahnya (yang turut saya hadiri), Anwar mengulas video itu:

"Teman-teman berkata kenapa saya menari twist sikit sangat, sepatutnya twist lebih banyak, supaya panjang sikit RTM boleh siar," kata beliau secara jenaka dan semua hadirin ketawa.

Luar biasa sekali. Ternyata humor berjaya meredakan ketegangan, keresahan dan kemarahan.

Ketawa sendiri adalah sebuah keperibadian tingkat tinggi. Ia hanya mampu dilakukan oleh mereka yang sabar, telah teruji dan punya keyakinan diri yang kukuh.

Selain Anwar, mantan Presiden Indonesia, Gus Dur (almarhum) adalah salah seorang yang dikenali mempunyai kualiti ini.

Perkenalan saya dengan ahli keluarga beliau membuat saya ingin mencari tahu setakat mana Gus Dur mampu ketawakan diri beliau. (Untuk yang belum tahu, beliau adalah seorang yang buta penglihatan).

Dalam sebuah video yang ditemui, diceritakan bagaimana ucapan Presiden Gus Dur di hadapan hadirin semasa merasmikan sebuah pameran lukisan:

"Dah tahu orang tidak bisa melihat, kok disuruh rasmikan pameran lukisan," kata beliau.

Hebat. Saya jadi ketawa campur kagum. Humor seperti ini membuahkan ketenangan. Insan seni perlukan ketenangan tetapi sikap kerajaan Malaysia terhadap penggiat seni kritik adalah sebaliknya.

Sebagai kartunis yang membawa genre satira, saya boleh memberi senarai panjang tindakan kerajaan terhadap saya - dari tangkapan, lokap, pengharaman buku hinggalah larangan keluar negara di zaman BN hingga sekarang di era Perikatan Nasional (PN) bila ada Menteri Besar membuat laporan polis terhadap karya saya.

Apakah begini seharusnya sikap pemerintah terhadap seniman pengkritik?

Saya kutip catatan peribadi di Amerika untuk dijadikan teladan. Di sana, Herblock (Herbert Lawrence Block) adalah kartunis politik yang dikenali sebagai pemusnah presiden kerana kartun-kartun beliau mengkitik keras beberapa presiden Amerika dari tahun 70-an hingga 90-an.

Dan yang paling menumental ialah sumbangan kartun beliau dalam menjatuhkan Presiden Nixon dalam skandal Watergate.

Tidak hairanlah almarhum banyak sekali menerima award oleh pertubuhan-pertubuhan kartunis di sana.

Apabila berpeluang melawat Herblock Foundation di DC pada tahun 2014, saya terperanjat kerana melihat salah satu award yang tergantung di dinding ialah "The Presidential Medal Of Freedom"!

Ertinya kartunis ini mendapat penghargaan dari pejabat presiden Amerika kerana mengkritik presiden-presiden Amerika! Ini sesuatu yang baru bagi saya.

Pelajaran penting untuk pemerintah di Malaysia fikirkan ialah bahawa pengkritik kerajaan bukan sewajarnya dimusuhi, tetapi sepatutnya diiktiraf.

Penggiat-penggiat seni di Malaysia tidak memerlukan penghargaan, tetapi sekadar diraikan dan diberi ruang bebas untuk berkarya tanpa tekanan dan gangguan undang-undang.

Kartunis dan pelawak mahu diberi ruang untuk ketawakan pemimpin, pengusaha dan pelakon filem mahu penapisan yang lebih terbuka, penulis buku tidak mahu pengharaman dijadikan wewenang pemerintah, penari mak yong mahu diberi kebebasan mengadakan persembahan dan sebagainya.

Apakah keterbukaan ruang seni seperti ini boleh berlaku di Malaysia?

Boleh, tetapi untuk mencapai keadaan ini, negara perlukan seseorang pemimpin yang mampu ketawakan diri sendiri sebagai ketua negara. Dan saat ini ditunggu. - Getaran, 30 Mac 2021.

Zunar atau nama sebenarnya adalah Zulkiflee SM Anwar Ulhaque. Beliau terkenal sebagai pelukis kartun satira politik yang melukis isu-isu mengenai salah laku pemerintah, terutama melibatkan rasuah dan penyelewengan.

Sorotan

1

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

2

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

3

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

4

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

5

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

6

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry