Berita Terkini

22 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ada Apa Dengan Melayu

Persoalan yang ditimbulkan kolumnis prolifik Ad Samad minggu ini berhubung bangsa dan bahasa Melayu cukup mengumpan. Mari kita ikuti kupasannya.

Kolum Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2022 11:45AM

oleh

Ad Samad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bahasa Melayu

Bahasa Melayu adalah bahasa yang mudah untuk dipelajari terutamanya bagi tujuan komunikasi, baik dari segi pertuturan mahupun penulisan.

Tatabahasanya mudah jika dibandingkan dengan bahasa Inggeris. Contohnya, Inggeris mempunyai past, present dan future tense, atau gender specific seperti he, she, him dan her.

Sistem ejaan Inggeris juga jauh lebih sukar.

Gambar: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Gambar: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kerana sifatnya yang fonetik, bahasa Melayu juga mudah untuk dipelajari cara sebutannya. Setiap perkataan disebut dengan cara ejaannya. Ini memudahkan pelajar mempelajari cara sebutan.

Mengambil pengejaan bahasa Inggeris sebagai perbandingan; U-L-A-T disebut 'ulat' dan bukan 'yulat'. 'Hujan' dieja H-U-J-A-N dan bukan W-H-O-G-A-N. Atau, 'Lada' dieja L-A-D-A dan bukan 'L-A-D-D-E-R', meskipun ada yang akan menghujah mengapa bukan L-A-D-E iaitu dengan e pepet (é).

Polisi penggunaan bahasa baku di dalam berbahasa Melayu di media-media dan upacara rasmi satu ketika dahulu adalah bertujuan memudahkan dan menseragamkan Bahasa Melayu.

Sebagai negara yang berbilang bangsa, bahasa Melayu sangat cocok sebagai bahasa pengantaraan dan alat penyatuan rakyat. Para pemimpin silam kita telah membuat keputusan untuk menjadikan Melayu sebagai bahasa pengantaraan rasmi. Ia adalah di antara polisi teras yang tidak pernah berubah sejak kita mencapai kemerdekaan walaupun telah bertukar pucuk pimpinan serta bertukar parti pemerintah.

Polisi ini mesti dikekalkan.

Selain isu pembelajaran sains dan matematik di dalam bahasa Inggeris, polemik yang sering melanda bahasa kita dari masa ke semasa adalah sama ada ia lebih sesuai digelar Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu. Polemik ini bermula sejak Indonesia mula menamakan bahasa Melayu sebagai Bahasa Indonesia.

Ketepikan soal politik dan sebagainya, aku berpendapat bahawa menggelarnya Bahasa Melayu adalah lebih tepat kerana ia sememangnya bahasa Melayu iaitu bahasa yang dipertuturi lebih 300 juta penduduk Nusantara yang berbilang negara, bangsa dan suku kaum.

Bahasa Melayu bukan sahaja mudah, malah berkesan sebagai alat komunikasi, sama ada untuk memberi arahan atau meluahkan perasaan.

Genetik Dan Memetic/Memetik

Seperti bahasanya, untuk menjadi Melayu pun mudah.

Melayu bukanlah terletak kepada genetik atau dioxyribonucleic acid (DNA) yang menjadi sumber informasi dan arahan kepada pembentukan tubuh badan seseorang. Justeru, bukanlah pada warna kulit, rambut dan mata seseorang yang menjadikan seseorang itu Melayu.

Sebaliknya, untuk menjadi Melayu adalah berdasarkan meme atau 'memetik', iaitu menerusi budaya dan ideologi atau agama seseorang.

Menurut Artikel 160 Perlembagaan Malaysia;
 

"Orang Melayu itu mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu dan (a) lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau Singapura, atau pada hari merdeka telah bermastautin di Persekutuan atau Singapura atau (b) ia adalah keturunan dari seseorang yang tersebut."

Maka sesiapa sahaja rakyat Malaysia boleh menjadi Melayu dengan hampir serta-merta tanpa perlu dilahirkan semula dari rahim seorang wanita Melayu atau/dan hasil persenyawaan dengan bendalir yang terhasil daripada kelenjar kelamin atau testis seorang jejaka Melayu.

Kerana definisi Melayu menurut Perlembagaan Malaysia, maka orang bukan Melayu yang kemudiannya menjadi Melayu telah boleh dan ramai menyertai UMNO. Dari satu sudut, definisi Melayu dan amalan parti UMNO adalah sesuatu yang progresif.

Social Justice Warriors (SJW) dan kelompok woke dari Amerika Syarikat pasti sutuju dan bangga dengan Malaysia dan UMNO.

UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO)

Sama ada bersetuju atau tidak dari segi ideologi dan arah tujunya, UMNO adalah sebuah parti politik yang sangat penting dan banyak berjasa kepada orang Melayu. Terutamanya apabila dipandang dari sudut sejarah dan pengaruhnya sehingga hari ini, malah akan terus kekal sehingga berdekad mendatang.

Dari UMNO juga telah lahirnya Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Keadilan Rakyat (PKR), BERSATU dan lain-lain lagi.

Sebagai pemerhati dalam kalangan rakyat biasa, aku merasakan persepsi dan kontroversi yang membabitkan isu keperibadian dan korupsi yang membabitkan barisan kepimpinan UMNO bukan sahaja menjatuhkan kehormatan dan kekuatan parti gergasi itu hingga tewas pada Pilihan Raya Umum yang lalu, malah turut menjatuhkan maruah orang Melayu amnya.

Orang Melayu yang memperjuangkan isu-isu keadilan dan sosial walaupun di luar ruang lingkup politik kepartian akan segera dipandang serong dan dengan syak wasangka.

Sebagai seorang Melayu, aku tidak dapat elak dari merasakan aku juga terpalit dan dipandang sebagai pemakan rasuah dan moralku boleh dibeli dengan wang ringgit.

Di antara kempen fitnah tertentu terhadap Ad Samad dan Pegawai MYIPO yang sempat dirakam.
Di antara kempen fitnah tertentu terhadap Ad Samad dan Pegawai MYIPO yang sempat dirakam.

Hal ini dapat aku rasakan ketika aku menjadi Ahli Lembaga Pengarah di beberapa badan perlesenan satu ketika dahulu. Kerana warna kulitku, perjuanganku melindungi kepentingan penggiat muzik telah dilihat sebagai satu langkah bersekongkol dengan para penjawat awam dan politikus Melayu untuk menyalur keluar wang yang berjumlah jutaan ringgit dari badan-badan pelesanan.

Akaun palsu dibuka di media-media sosial untuk memfitnah penjawat awam dan diriku. Fitnah atau tuduhan sebegitu bukan berdasarkan sebarang bukti, sebaliknya berdasarkan tanggapan mereka terhadap golongan yang berwarna kulit sawo matang sepertiku.

Begitu sekali kesan rasuah terhadap rakyat jelata akibat kecurangan yang dilakukan oleh para pemimpin parti politik yang berteraskan bangsa Melayu, sehingga orang Melayu mendapat stigma keji sebagai pemakan rasuah dan korup.

Bahasa Inggeris

Bukan sahaja orang Melayu dan orang Malaysia, tetapi penduduk dunia amnya, ramai yang merasa malu apabila tidak mampu berbahasa Inggeris.

Sebenarnya tiada apa untuk dimalukan sekiranya seseorang itu tidak pandai berbahasa Inggeris.

Tetapi, ia adalah sesuatu yang amat merugikan. Banyak buku yang menjadi sumber ilmu yang dapat diperolehi daripada pembacaan buku-buku berbahasa Inggeris, terutamanya ilmu sains, falsafah dan kesusasteraan.

Tatkala ilmu sains meningkatkan kualiti hidup, ilmu falsafah dan kesusasteraan pula meluaskan pemikiran dan memperkayakan kerohanian.

Dewasa ini, ramai pemimpin tertinggi UMNO, termasuklah pemimpin gabungan Perikatan Nasional yang lemah di dalam Bahasa Inggeris. Ia bukanlah sesuatu yang memalukan. Tidak sama sekali. Malu apa Bossku. Tetapi ia adalah sesuatu yang merugikan.

Pemimpin adalah pembaca. Leaders are readers. Lihatlah Tun Dr. Mahathir dan Anwar Ibrahim, yang kedua-duanya adalah pembaca tegar. Justeru, kelemahan para pemimpin politik di dalam berbahasa Inggeris membawa persoalan; Buku apa yang dapat mereka baca? Dan adakah mereka itu pembaca?

Dapatkah mereka membaca karya-karya agung yang berbentuk keilmuan yang tinggi yang dapat meluaskan pandangan dan merangsang ilham yang membawa kepada pembentukan bangsa dan negara maju?

Langkah mengalih bahasa buku-buku asing ke dalam Bahasa Melayu masih rendah dan mestilah dijadikan polisi utama di dalam meningkatkan Bahasa Kebangsaan dan pembentukan minda rakyat jelata.

Langkah Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memperkasakan Bahasa Melayu dan agendanya menjadikan Melayu sebagai pertuturan lingua franca adalah sesuatu yang terpuji.

Keyakinan bertutur di dalam bahasa sendiri akan hanya meningkatkan kebolehan berkomunikasi sama ada untuk memberi dan menerima arahan atau meluahkan pandangan dan perasaan.

Ramai penjawat awam yang lemah dan gagal menyampaikan maklumat yang tepat dan berkesan apabila melakukannya di dalam bahasa Inggeris tetapi berjaya dengan cemerlang apabila menyampaikannya di dalam bahasa Melayu.

Hal ini adalah perkara yang biasa berlaku ketika seseorang itu bertutur bukan di dalam bahasa ibundanya sendiri.

Sesiapa yang telah diberi peluang untuk berbicara dan berbincang dengan Datuk Seri Ismail Sabri akan tahu bahawa beliau adalah seorang komunikator yang bagus, terutamanya apabila berkomunikasi di dalam Bahasa Melayu.

Kerana, hakikatnya beliau adalah seorang yang bahasa ibundanya adalah Melayu.

Jadi, apa masalah dengan Melayu? Dari segi bahasa dan identitinya?

Aku syak masalahnya adalah tiga perkara utama iaitu; 1) keyakinan diri, 2) pendedahan terhadap ilmu  dan falsafah moden yang pelbagai, 3) isu integriti, terutamanya stigma sebagai pemakan rasuah yang rakus.

Justeru, orang Melayu mestilah yakin dan bangga untuk berbicara dengan sesiapa sahaja di dalam Bahasa Melayu serta bangga dengan bangsanya dan berani berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa maju. Khidmat juru bahasa boleh sahaja digunakan apabila berhadapan dengan petutur atau pemimpin asing.

Gambar: Books of Titans
Gambar: Books of Titans

Orang Melayu mestilah terdedah dan mengkaji buku-buku agung seperti 'The Republic', 'The Origin of Species', 'Critique of Pure Reason', '1984', dan banyak lagi.

Orang Melayu mestilah benci dan singkir pemimpin yang terpalit rasuah dan korupsi. - Getaran, 25 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Sebar Fitnah Dalam Kuliah, Rosmin Adam Disiasat Pihak Berkuasa

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Polis Sahkan Terima Laporan Fitnah Menteri Pendidikan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Op Samba 2.0: 15 Penjawat Awam Ditahan Disyaki Terima Rasuah Lebih RM2 Juta

4

Kolum 1 bulan yang lalu

Apabila AI Menjadi Peguam, Akauntan Dan Pemandu

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Kolum 14 jam yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan