web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mencari Sinar Harapan Dalam Barisan Pemain Badminton Wanita Negara 

Kolum Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2022 1:17PM

Myisha Khairul antara pemain badminton muda yang memberi sinar harapan dalam skuad wanita Malaysia. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Skuad badminton wanita negara pulang awal dari Bangkok selepas tersingkir dari Piala Uber.

Ini kerana pemain-pemain wanita negara mengalami kekalahan dalam aksi peringkat kumpulan - tewas 3-2 di tangan Denmark dan 4-1 kepada Thailand.

Peminat badminton sudah masak dengan kelibat pemain wanita Thailand yang telah mengungguli arena badminton dunia setelah sekian lama. 

Tetapi barisan pemain-pemain muda Malaysia memberikan sinar harapan, dan jika diberikan perhatian sewajarnya, mampu bersaing dengan pemain-pemain Jepun, Korea Selatan dan China.

Tan Zhing Yi berumur 18 tahun manakala Myisha Khairul berumur 19 tahun. Walaupun kalah dalam perlawanan mereka, kedua-dua pemain ini telah menunjukkan kecekalan mereka dan dengan berbekalkan pengalaman, sudah tentu akan dapat berentap dengan pemain yang terbaik di dunia.

Sebelum ke Bangkok, Zhing Yi hanya sempat berlatih dengan skuad senior untuk beberapa minggu sahaja. Bayangkan jika dia diberi lebih banyak ruang dan masa untuk menyiapkan diri ke kejohanan besar. 

Namun ada segelintir peminat, pegawai serta pemerhati badminton yang tidak ingin terlalu cepat memberi pujian kepada skuad wanita kebangsaan. Kalah tetap kalah. 

Ada pula yang tertanya-tanya apa yang telah berlaku kepada S Kisona, bekas pemenang pingat emas Sukan SEA yang kini seolah-olah hilang rentak permainan. Persatuan Badminton Malaysia (BAM) masih berdiri teguh bersama Kisona dengan harapan pemain yang berumur 23 tahun dari Seremban akan menyinar kembali.

Realitinya, Malaysia masih ketinggalan jika dibandingkan dengan Thailand dalam usaha mencari pemain badminton bertaraf dunia. 

Namun, barisan-barisan pemain muda Malaysia yang beraksi di Bangkok mampu memberi harapan baru dalam era badminton yang tidak di dominasi oleh mana-mana pemain.

Inilah masa yang sesuai untuk meningkatkan mutu permainan skuad badminton wanita negara, seperti zaman Sylvia Ng, Wong Mew Choo, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui, supaya pemain-pemain kita akan menjadi sumber inspirasi kepada anak-anak muda untuk bergiat dalam sukan badminton. - Getaran, 12 Mei 2022

Haresh Deol seorang wartawan yang mempunyai pengalaman dalam media sejak tahun 2000. Beliau adalah pemenang dua kali Anugerah Institut Akhbar Malaysia dan merangkul tujuh anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM). Beliau boleh dihubungi di akaun Twitternya @HareshDeol.

Berita Berkaitan

1

Sukan 8 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Langgar Syarat Berpakaian, Wanita Tak Puas Hati Dihalang Masuk Hospital

3

Sukan 10 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

4

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

Sorotan

1

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

2

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

3

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

4

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

5

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

6

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH