web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rayzam Mampu Mengakhiri Karier Dengan Sebutir Emas Untuk Malaysia

Kolum Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2022 11:14AM

Rayzam Shah Wan Sofian - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lima belas tahun yang lalu, atlet lari berpagar 110m negara, Rayzam Shah Wan Sofian bertanding dalam Sukan SEA pertamanya di Korat, Thailand.

Saya juga turut berada di kejohanan yang sama, melaporkan prestasi kontingen Malaysia yang pulang dengan 68 pingat emas. Rayzam merupakan antara penyumbang pingat emas buat negara.

Bulan hadapan, atlet kelahiran Sabah itu akan bertanding dalam kejohanan terakhirnya - iaitu Sukan SEA Hanoi di Vietnam.

Impiannya adalah untuk mengakhiri kariernya sebagai seorang atlet dengan memenangi pingat emas untuk Malaysia.

Saya agak terkilan kerana tidak akan ke Hanoi untuk melihat Rayzam beraski.

Ianya bukan suatu misi yang mustahil kerana Rayzam, yang berumur 34 tahun, sememangnya antara atlet lari berpagar terbaik di rantau Asia Tenggara.

Beliau memenangi pingat Perak di Sukan SEA Palembang (2011), Sukan SEA Naypyidaw (2013) dan Sukan SEA Singapura (2015) sebelum kembali merangkul emas di Sukan SEA Kuala Lumpur (2017).

Pada edisi terakhir Sukan SEA di Manila (2019), Rayzam terpaksa akur dengan keputusan pihak penganjur dengan meraih pingat perak.

Beliau dan pelari Filipina, Clinton Kingsley Bautista mencatat masa yang sama iaitu 13.97s tetapi Bautista digelar juara menerusi keputusan ‘photo finish’.

Saya sempat berbual dengan Rayzam kelmarin dan beliau agak teruja walaupun akan bersaing dengan atlet yang jauh lebih muda.

“Saya memenangi pingat emas di Sukan SEA pertama saya dan saya mahu pingat emas untuk Sukan SEA terakhir saya,” kata Rayzam.

“Perasaannya agak berbeza kali ini. Saya akan ‘all out’ di Hanoi nanti tapi pada masa yang sama, ini merupakan kali terakhir saya akan digelar atlet. Lepas ini, saya tidak akan lagi bertanding.

“Sudah tentu saya akan merindui aksi di balapan dan untuk mengubati kesedihan itu, saya akan menjadi seorang jurulatih. Saya tidak boleh meninggalkan dunia sukan begitu sahaja.”

Rayzam antara segelintir atlet Malaysia yang telah banyak mengharumkan nama negara tetapi masih pijak di bumi nyata. Beliau tidak pernah berlagak sebagai diva dan selalu berani mengutarakan pendapatnya. Sebagai seorang wartawan, dia boleh dikatakan ‘a reporter's delight’.

Apa yang lebih menarik ialah misi “balas dendam” Rayzam ini akan diabadikan melalui filem dokumentari ‘Pagar Terakhir’ yang diarahkan oleh Jared Abdul Rahman. 

Ini secara tidak langsung akan menjadi inspirasi kepada anak-anak muda untuk melibatkan diri dalam dunia sukan.

Adalah diharapkan bahawa lebih ramai lagi penggiat seni tempatan akan mencari inspirasi melalui atlet-atlet negara kita.

Selamat maju jaya di Hanoi, Rayzam. Dan terima kasih untuk segala-galanya. Harap anda akan mendapat kasut baru sebelum berlepas ke Vietnam! - Getaran, 15 April 2022

Haresh Deol seorang wartawan yang mempunyai pengalaman dalam media sejak tahun 2000. Beliau adalah pemenang dua kali Anugerah Institut Akhbar Malaysia dan merangkul tujuh anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM). Beliau boleh dihubungi di akaun Twitternya @HareshDeol.

Berita Berkaitan

1

Sukan 4 tahun yang lalu

Atlet Sabah Raih Pingat Di Hanoi Bakal Terima Insentif

2

Sukan 4 tahun yang lalu

Sukan SEA: Sasaran 31 Pingat Emas Realistik - Ahmad Faizal

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Kolum 15 jam yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

oleh Datuk Dr Xavier Jayakumar Arulanandam