web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sukan SEA: Sasaran 31 Pingat Emas Realistik - Ahmad Faizal

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2022 12:30PM

Ahmad Faizal Azumu - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Sasaran 31 pingat emas ditetapkan pada temasya Sukan SEA Hanoi, Vietnam adalah realistik dan berdasarkan kepada penelitian khusus yang dilakukan pelbagai pihak, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Bagaimanapun, beliau berkata bilangan pingat emas itu mampu ditingkatkan dengan semangat jitu para atlet negara.

“Sasaran ini bukan secara suka-suka, ia dibuat melibatkan penilaian pelbagai perkara termasuk pertimbangan terhadap prestasi atlet negara lain yang bertanding pada temasya kali ini.

“Walaupun saya sendiri berharap kita dapat rangkul lebih daripada sasaran pingat emas yang ditetapkan, namun ia bergantung sepenuhnya kepada usaha dan semangat atlet kita,” katanya kepada pemberita selepas program Singgah Sahur Bersama Media dan Belia negeri Perak di sini hari ini.

Penganalisis sukan Dr Pekan Ramli sebelum ini dilapor berkata sasaran 31 pingat emas dilihat sebagai satu langkah selamat dan sewajarnya ditingkatkan berdasarkan penyertaan 612 atlet negara pada temasya yang dijadual berlangsung pada 12 hingga 23 Mei.

Justeru, Ahmad Faizal berharap para atlet negara memberikan sepenuh penumpuan dalam meningkatkan prestasi bagi menghadapi temasya itu serta kejohanan lain yang lebih besar.

“Saya gesa setiap atlet untuk berusaha bersungguh-sungguh agar mereka dapat sekurang-kurangnya memperbaiki keputusan peribadi masing-masing.

“Ini kerana momentum itu dilihat amat penting dalam memberi tonik untuk dibawa ke kejohanan yang lebih besar seperti Sukan Asia dan Sukan Komanwel,” katanya.

Beliau berkata pihak pengurusan juga perlu yakin dengan kemampuan atlet negara meskipun terdapat sukan yang menghantar muka-muka baharu bagi tujuan pendedahan pada temasya kali ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

Radzi Jidin, Peja Dilantik Timbalan Presiden BERSATU

2

Politik 6 bulan yang lalu

Ikut Jejak Muhyiddin, Azmin, Peja Letak Jawatan

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Cherry Yeo Memukau Di Mallorca, Rangkul 3 Emas, 1 Gangsa

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Sukan Asia: Malaysia Dekati Sasaran 27 Pingat

Sorotan

1

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

2

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

3

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

4

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

5

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

6

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut: Mayat Ditemui Selepas Dicari Keluarga

oleh Sophia Ahmad