web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Atlet Sabah Raih Pingat Di Hanoi Bakal Terima Insentif

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2022 8:55PM

Andy Suryady (tengah) ketika hadir di Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediamannya.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Kerajaan negeri bakal memberikan insentif kepada atlet Sabah yang berjaya meraih pingat ketika mewakili negara pada temasya Sukan SEA di Hanoi, Vietnam, bulan ini.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah (KBSS), Andy Muhammad Suryady Bandy berkata, seramai 37 atlet di negeri ini telah terpilih mewakili negara dalam sukan dwi tahunan tersebut yang akan berlangsung 12 hingga 23 Mei nanti.

“Kerajaan negeri akan memberikan insentif kepada atlet yang berjaya selaras dengan insentif diberikan di peringkat Persekutuan.

“Ia sebagai penghargaan kepada atlet kerana berjaya menjulang bukan sahaja nama Malaysia, tetapi Sabah secara keseluruhannya,” katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediamannya, di sini, hari ini.

Antara tetamu yang hadir.
Antara tetamu yang hadir.

Tambah Andy Suryady, KBSS berharap semua atlet negeri yang mewakili negara dapat menunjukkan prestasi cemerlang dan menghasilkan pingat.

KBSS juga katanya, banyak menjalankan program melibatkan belia di negeri ini selaras dengan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Antaranya, Program ‘Felo SMJ’ iaitu pemilihan belia untuk ditempatkan di setiap kementerian bagi mempelajari cara pentadbiran kerajaan negeri.

“Seramai 73 belia dari setiap dewan undangan negeri dipilih untuk menjayakan program tersebut yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat,” katanya.

Antara tetamu yang hadir.
Antara tetamu yang hadir.

Selain itu, KBSS juga menggalakkan semua belia di negeri ini untuk mendaftar program ‘Youth Management System’ untuk mendapatkan info berkaitan aktiviti kementerian.

“Semua aktiviti serta jenis bantuan yang disediakan oleh KBSS akan dikongsikan melalui sistem ini dan belia boleh mendapatkan maklumat dengan lebih cepat.

“Platform ini selari dengan situasi serba pantas yang membolehkan belia mendaftar pada setiap program KBSS secara dalam talian,” katanya. - Getaran, 5 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Peguam Negara Dahului Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Pingat Sempena Keputeraan Agong

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekas KSU MOTAC Ketuai 302 Penerima Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Persekutuan

3

Sukan 2 tahun yang lalu

KWSP, PERKESO Untuk Atlet: ‘Sudah Bertahun Kami Minta, Terima Kasih Banyak-Banyak YB’ 

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Kejayaan Raih 32 Pingat Di Sukan Asia Hangzhou Tutup Mulut Pengkritik  

Sorotan

1

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

2

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

3

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

4

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

5

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

6

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Jangan Sembunyi Kes Buli, Tutup Kes Akan Nafi Keadilan Untuk Mangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Sukan 13 jam yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad