Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Ramadan Penuh Bermakna di Fasa Endemik, Berjimat Jangan Membazir

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 Apr 2022 9:57AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HARI ini masuk hari ke lima umat Islam berpuasa di bulan Ramadan mulia. Bulan puasa tahun ini sangat bermakna kerana seiring dengan peralihan negara daripada fasa pandemik kepada endemik COVID-19 mulai 1 April lalu.

Dua tahun negara berada dalam fasa pandemik apabila virus COVID-19 yang berasal dari Wuhan, China, menyerang sekitar Mac 2020. Sejak itu negara telah melalui fasa sukar apabila beberapa sekatan dilaksanakan dalam usaha mengekang jangkitan wabak berkenaan.

Ini termasuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), menguatkuasakan sekatan perjalanan dan rentas negeri serta penutupan sektor ekonomi. Prosedur operasi standard (SOP) seperti pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal dilaksanakan. Masjid dan surau juga ditutup.

Pada bulan puasa solat fardu dan tarawih hanya dikerjakan di rumah. Juga tiada bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa, atau untuk membeli persiapan hari raya seperti pakaian dan kuih muih.

Rentas negeri hanya dengan kebenaran khas dan atas sebab munasabah. Tidak boleh balik kampung untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga dan sanak saudara. Dua tahun hanya berhari raya bersama keluarga sendiri, atau rakan-rakan bujang. Rindu pada keluarga dilepaskan melalui panggilan telefon atau panggilan video.

Perlahan-lahan peraturan dilonggarkan. Sudah boleh solat di surau dan masjid jemaah terhad serta penjarakan fizikal. Sektor ekonomi mula dibuka untuk merancakkan pertumbuhan dan membuka peluang pekerjaan, terutama bagi yang hilang kerja akibat pandemik COVID-19 yang menyaksikan banyak sektor ekonomi ditutup.

Tanggal 1 April, dua hari sebelum Ramadan, menjadi detik sangat signifikan. Dengan negara memasuki fasa endemik, hampir semua sekatan dibatalkan, kecuali SOP seperti memakai pelitup muka masih berkuat kuasa.

Fasa endemik bermakna negara memasuki era di mana rakyat belajar ‘hidup’ bersama COVID-19 di sekeliling, seperti juga demam denggi, tibi, selesema, demam dan sebagainya. Namun usaha mengawal jangkitan dan rawatan COVID-19 tetap diutamakan.

Keriangan di bazar Ramadan kini kembali. Orang ramai bebas keluar masuk bazar mencari keperluan. Cuma jangan lupa pakai pelitup muka. Seelok-eloknya jangan terlalu lama di bazar, kurangkan pergaulan dalam kelompok ramai. Sudah beli balik sahaja untuk kurangkan risiko jangkitan.

Solat fardu dan tarwih dibenarkan rapat saf. Ini sangat menyentuh hati setelah sekian lama solat dengan jarak satu meter. Juga tiada lagi sekatan umur untuk yang hendak datang ke masjid dan surau. Sebelum ini kanak-kanak tidak dibenarkan. Tanpa penjarakan bermakna lebih ramai boleh mengisi ruang solat.  

Semua ini nikmat yang dirasai semula tahun ini. Kerana itu peralihan ke fasa endemik memberi makna mendalam kepada rakyat dan negara. InsyaAllah keadaan ini akan berterusan kerana seperti janji Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaakob, tidak ada PKP lagi selepas ini serta tiada penutupan sektor ekonomi.

Berdasarkan rekod yang dicatatkan beberapa hari kebelakangan ini, angka jangkitan terus menurun. Pada 5 April jumlah kes baharu ialah 12,017, berbanding 12,380 pada 4 April dan 14,692 kes pada 3 April.

Perkembangan ini sangat melegakan. Jika semua patuh dengan SOP dan elakkan berkumpul ramai jika tidak perlu, angka ini boleh terus menurun. Kebimbangan rakyat juga semakin lama semakin menyusut.

Usaha pencegahan yang dilakukan oleh kerajaan melalui suntikan vaksin COVID-19 serta penggalak atau boosterternyata mampu membantu mengekang jangkitan. Ini adalah usaha dan ikhtiar. Selainnya serah kepada Allah.

Kerana suntikan vaksin, dan dengan izin Allah, jika ada pun yang masih terkena jangkitan setelah  melalui semua proses suntikan, ia hanya berada di tahap ringan, iaitu tahap 1 dan 2. Hanya sedikit yang berada pada tahap lebih serius iaitu 3, 4 dan 5.

Selain beramal ibadat di bulan mulia ini, pelbagai amalan terpuji juga wajar dilakukan, misalnya bersedekah dan tidak membazir. Bersedekahlah kerana ganjaran daripada Allah sangat tinggi. Ia dapat memupuk semangat berkongsi rezeki, selain mensucikan harta melalui zakat.

Elak diri daripada membazir, khususnya dalam hal makan minum di bulan Ramadan. Ada yang beranggapan waktu berbuka sebagai ‘balas dendam’ setelah berpuasa sepanjang hari dan mahu makan sebanyak-banyaknya pada waktu berbuka.

Kerana itu apabila ke bazar Ramadan dan melihat pelbagai makanan dan minuman di depan mata, mereka jadi rambang. Mulalah membeli bermacam-macam kuih atau lauk pauk. Jika boleh, di setiap  gerai mahu membeli juadah. Seperti hendak borong lagaknya.

Tidak perlu berbuat demikian bagai tiada hari esok. Beli dengan berpada-pada dan ikut keperluan, bukan ikut nafsu. Dengan cara itu belanja pun boleh dijimatkan. Esok lusa datang, belilah yang lain pula.

Apabila waktu berbuka, kerap kali makanan yang banyak ini tidak habis kerana perut sudah penuh. Mata masih lapar tetapi perut tidak mampu menampung. Makanan dan minuman berlebihan akhirnya dibuang. Bukankah ini membazir?  

Begitu juga dengan mereka yang berbuka di hotel. Sememangnya harga bagi setiap kepala mahal, puluhan ringgit, malah mencecah ratus. Apa salahnya asalkan mampu berbuka puasa di tempat yang dianggap eksklusif dan mewah.

Namun berbuka di hotel adalah secara bufet. Pilih dan ambil sahaja makanan yang disukai. Pelbagai menu makanan dan minuman disediakan hingga berpuluh jenis terhidang. Memang dalam keadaan lapar semua hendak dimakan.

Lantaran itu mulalah mengambil makanan tanpa berkira sehingga macam-macam berlonggok di atas meja. Apa kisah kerana sudah bayar mahal. Tetapi kerap kali makanan yang diambil tidak habis dimakan atau tidak dijamah langsung kerana perut tidak mengizinkan. Akhirnya semua dibuang.

Hentikan amalan membazir ini. Ambil makanan dan minuman sekadar yang perlu. Jika kurang tambah lagi. Insaflah sementara kira mampu berbuka di hotel, ramai yang tidak cukup makanan untuk berbuka atau makan seharian.

Itulah maksud murni tersirat di sebalik berpuasa. Lapar dahaga untuk mendidik kita memahami penderitaan insan yang kadang kala beberapa hari tidak makan kerana tiada apa hendak dijamah. Tanamkan kesedaran ini dalam diri, insyaAllah kita akan menjadi insan yang lebih bersimpati dengan kesusahan orang lain. - Getaran, 7 April 2022

Bekas Penolong Ketua Pengarang Kumpulan akhbar keramat Melayu, Utusan Malaysia. Masih sarat dengan jiwa dan naluri kewartawanan, menulis tanpa jemu, berkarya tanpa ragu. Graduan Sarjana Sains (Kewartawanan) Universiti Boston, lewat 1984.

Berita Berkaitan

1

Refleksi 3 minggu yang lalu

Bina Iman Untuk Ramadan, Lupakan Sementara Bina Otot - Murad

2

Kisah Kita 4 minggu yang lalu

Sukar Diperoleh, Namun Suami Isteri Pastikan Bekalan Buah Kabung Tersedia Setiap Ramadan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Hayati Semangat Ramadan, Santuni Golongan Kurang Bernasib Baik - PM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

1 Ramadan Ditetap 12 Mac - Syed Danial

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA