Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Nasihat Kepada Ahli Kumpulan Muzik

Sifat semulajadi kumpulan muzik adalah sementara. Ikuti perkongsian Ad Samad minggu ini dalam mengupas isu jangka hayat, masa depan dan 'exit strategy' terbaik.

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2022 11:30AM

Gambar: Unsplash

oleh

Ad Samad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“A band is like a teenage gang... it’s like a street gang. You don’t want to be a street gang for the rest of your life. You can’t mature, you can’t explore, you have to be stuck with this regiment of three people, let’s say. That’s it.” - Sting (Temuramah di Youtube channel Rick Beato)

The Beatles hanya aktif sebagai sebuah kumpulan sekitar sembilan hingga 10 tahun. Anggota kumpulan The Police juga bersama sekitar sembilan tahun. Banyak kumpulan gergasi dari barat hanya kekal untuk beberapa tahun sahaja. Walaupun banyak di antara mereka tidak mengumumkan pembubaran, namun secara praktikalnya mereka tidak lagi bersama menghasilkan rakaman baru atau menjelajah melakukan konsert.

Gambar tvinsider.com
Gambar tvinsider.com

Kebanyakan kumpulan muzik atau band mempunyai jangka hayat yang pendek, walaupun pernah mempunyai album yang hebat. 

The Rolling Stone dan Duran Duran adalah dua contoh kumpulan yang di luar kebiasaan. Majoriti anggota kumpulan tersebut masih kekal walaupun setelah lebih empat dekad menghasilkan album dan pertunjukan bersama.

Di negara kita, kumpulan Kembara hanya aktif bersama sekitar lima tahun. Kumpulan Revolvers, Gersang, Mega, Ekamatra, Blackrose dan banyak lagi kumpulan gergasi satu ketika dahulu hanya aktif bersama sekitar lima hingga 10 tahun. 

Banyak kumpulan yang kelihatannya seperti masih wujud tetapi sebenarnya adalah tidak aktif dan tidak ada sebarang pertunjukan. Ahli-ahli kumpulan telah mempunyai kerja lain ataupun menyertai kumpulan-kumpulan lain sebagai punca pendapatan. Hanya nama band sahaja yang kekal dan gah.

Benarlah kata-kata Sting seperti yang tertera di atas. Sifat semulajadi sesebuah band adalah sementara. Maka anggaplah menyertai sebuah band seperti menyertai kumpulan gangster remaja kampung atau jalanan. 

Setelah satu tempoh tertentu, setiap ahli sesebuah kumpulan perlu mengambil haluan hidup masing masing. Kebiasaannya hanya penyanyi yang mempunyai kelebihan untuk mengembangkan sayapnya berbanding teman sekumpulan yang lain. Kerana lumrahnya penyanyilah yang menjadi sandaran utama kemasyhuran sesebuah band.

Kekal di dalam sebuah band boleh menyekat perkembangan seni, membataskan ruang eksperimentasi dan membantutkan pengembaraan muzika seseorang. Tiba masa tertentu, sesebuah band mesti dibubar atau ditangguhkan sementara agar ahlinya dapat terus mengembangkan bakat masing-masing dan menerokai pengalaman dan pengembaraan baru bersama pemuzik lain pula. 

Namun bagi ahli yang gagal mempertingkatkan kraf dan seninya akan tersandung, tersembam malah terhenti perjalanan muzikanya.

Ketika sesebuah band sedang menikmati kemasyhuran, kebanyakan ahli kumpulan akan terlupa membuat persedian untuk menghadapi hari kemudian. Kemasyhuran akan membuat seseorang itu lupa bahawa zaman gemilang akan malap malah lenyap. Begitulah apabila kita sedang berseronok-seronok, kita terlupa yang keseronokan itu juga akan berakhir.

Hakikatnya di negara yang mempunyai pasaran yang kecil seperti kita, setiap anggota kumpulan perlu bersiap sedia dengan sebuah ‘exit strategy’ atau rancangan peralihan kepada kehidupan selepas era kemasyhuran.

Pelbagai langkah perlu diambil untuk memastikan mereka mempunyai pelbagai saluran pendapatan pasif serta mengusahakan perniagaan.

Gambar Facebook MACP
Gambar Facebook MACP

Gambar Facebook MACP

Pendapatan Pasif Daripada Royalti

Terdapat tiga jenis royalti utama yang boleh dinikmati seorang pemuzik rakaman untuk menikmati pendapatan pasif yang berpanjangan:

Mechanical Royalty iaitu royalti yang diterima daripada hasil penjualan sesebuah album atau single (sebuah lagu) menerusi penjualan kaset, CD atau menerusi platform digital. Royalti ini dibayar oleh syarikat rakaman.

Amat penting untuk setiap anggota kumpulan memahami kontrak yang bakal dan telah mereka tandatangani agar hak yang selayaknya mereka nikmati akan mereka perolehi daripada syarikat rakaman.

Public Performance Royalty iaitu royalti yang diterima sebagai pemuzik rakaman, apabila muzik rakaman mereka dipersembahan atau dimainkan di tempat tempat awam. Untuk menikmati royalti ini, seorang pemuzik mesti berdaftar dan menjadi ahli badan pelesenan yang mewakili pemuzik. Badan itulah yang akan membuat kerja kerja kutipan hasil royalti dan mengagihkannya kepada yang berhak.

Anugerah MACP 2021. Gambar Fail
Anugerah MACP 2021. Gambar Fail

Pemuzik mesti membuat banyak muzik rakaman bukan sahaja untuk band sendiri, tetapi turut menjadi sessionist atau pemuzik undangan di dalam studio rakaman untuk artis-artis lain juga. Hasil royalti yang dinikmati oleh pemuzik rakaman daripada royalti tersebut adalah selama 50 tahun dari tarikh penyiaran sesuatu lagu itu.

Pelbagai jenis royalti daripada penciptaan lagu. Ini adalah terpenting dan utama.

Pemuzik yang paling mendapat keuntungan adalah pemuzik yang mencipta lagu, kerana hasil royalti yang bakal mereka nikmati adalah sepanjang hayat. Menjadi pencipta lagu adalah jauh berbaloi daripada menjadi seorang sessionist.

Manan Ngah, Fauzi Marzuki dan Ajai adalah di antara beberapa pemuzik tegar yang pernah menganggotai kumpulan muzik gergasi. Namun mereka kemudiannya fokus terhadap penciptaan lagu ke tahap prolifik dan natijahnya, berbekalkan lambakan lagu-lagu hits, mereka telah menikmati hasil royalti yang amat memuaskan dari tahun ke tahun.

Tanpa pendapatan royalti, kehidupan seorang pemuzik adalah kais pagi makan pagi. Seumpama pemandu taksi, jika mereka tidak memandu, mereka tidak akan ada pendapatan. Begitu juga para pemuzik yang tidak membina pendapatan royalti; apabila tidak membuat pertunjukan, mereka tidak akan ada pendapatan.

Membuat Pelaburan Pasif

Ketika sedang mengecap kemasyhuran, pemuzik mestilah memperuntukkan sekurang kurangnya 10% daripada pendapatan mereka sebagai simpanan. Mereka mesti belajar meletakan simpanan mereka ke dalam jenis jenis simpanan yang memberi dividen yang tinggi seperti KWSP, ASB atau lain-lain pelaburan unit amanah.

Di samping itu, mereka juga perlu mempelajari pelaburan di bursa saham dan hartanah.

Mengusahakan Perniagaan

Ada dua jenis perniagaan yang sesuai untuk para pemuzik.

Pertama, menubuhkan syarikat penerbitan lagu (publishing house) dan ianya tidak memerlukan modal yang besar. Syarikat penerbitan lagu adalah syarikat yang menguruskan hak pencipta lagu dan penggunaan sesebuah lagu oleh pihak lain, contohnya untuk pengiklanan, teater muzikal dan pelbagai lagi.

Gambar Facebook InteamRecords
Gambar Facebook InteamRecords

Kedua, mereka boleh menubuhkan syarikat rakaman (recording company) dengan mendapatkan insan berbakat untuk menjadi artis rakaman di syarikat mereka. 

Namun, jangan pula dipinggirkan peluang perniagaan di luar bidang muzik. Ia adalah langkah positif dalam mempelbagaikan portfolio perniagaan, seperti membuka kedai makan, kedai kopi, malah multi level marketing.

Kemasyhuran memberi banyak manfaat. Ia membuka pintu-pintu rezeki untuk seseorang itu menikmati kehidupan yang sejahtera. Asalkan, mereka tidak lupa diri lalu hanyut di dalamnya.

Maka, sentiasalah beringat-ingat sebelum terlambat. - Getaran, 30 Mac 2022

Gambar: Search (Amy, Nasir, Hillary, Man Kidal- Ihsan Nasir)

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 bulan yang lalu

Apabila AI Menjadi Peguam, Akauntan Dan Pemandu

2

Kolum 1 bulan yang lalu

Ruang Kecil, Impian Besar: Bagaimana Ruang Simpan Sendiri Buka Peluang, Potensi Untuk PKS

3

Kolum 1 bulan yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

4

Kolum 1 bulan yang lalu

Mendalamkan Makna ‘Agenda Bumiputera Sebagai Agenda Nasional’

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA