Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Membelah Malam Tonton ‘Midnight Show’ Hindustan

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2022 11:41PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jam 11.30 malam minggu, ramai sudah melelapkan mata, atau sudah bersedia memasuki kamar tidur merehatkan diri. Tetapi lain halnya dengan penulis. Ketika orang masuk tidur, penulis pula bersiap untuk keluar.

Ketika itu penulis tinggal di sebuah pangsapuri tiga tingkat di Jalan Raja Uda, Kampung Baru, Kuala Lumpur, bersama tiga orang lagi rakan bujang. Mereka sudah tahu, setiap malam minggu menjelang tengah malam, penulis akan ‘hilang’ dari rumah.

Dari tingkat tiga, penulis perlahan-perlahan turun tangga menuju ke motosikal kapcai Honda 65 yang diparkir di tingkat bawah. Kapcai tua tapi banyak jasa. Enjin dihidupkan, kemudian bergerak membelah malam. Pulas minyak kena perlahan, takut menganggu penghuni yang tidur nyenyak atau sedang berehat.

Rakan-rakan serumah memang sudah tahu arah tujuan penulis. Tidak lain menuju Pawagam Federal di Jalan Raja Laut, kurang satu kilometer dari rumah, untuk menonton tayangan tengah malam atau midnight show filem Hindustan. Mereka menggelar penulis ‘kaki hindustan’.

Memang penulis peminat filem Hindustan era awal hingga akhir 70-an, sejak di kampung di Bagan Datuk, Perak. Minat bermula apabila menonton filem pertama, Pyar Ka Mausam, di pawagam Rex Teluk Anson (Teluk Intan) dalam tahun 1971. Filem ini dibintangi oleh Shashi Kapoor dan Asha Parekh.

Terpaut dengan filem pertama, penulis menjadi peminat setia filem Hindustan sehinggalah bekerja di Kuala Lumpur. Cuma sekarang ini minat agak kurang kerana pelakon-pelakon semua baharu. Begitu juga lagu-lagu tidak gemersik seperti dendangan Mohamad Rafi dan Lata Mangeshkar.

Antara pelakon hebat era 70-an ialah Shashi Kapoor, Shammi Kapoor, Jeetendra, Dharmenda, Rajesh Khanna, Amitabh Bachchan, Sanjay Khan, Feroz Khan, Asha Parekh, Sharmila Tagore, Mumtaz, Tanuja, Rakhee, Hema Malini, Rekha dan lain-lain.

Ketika itu pawagam Federal menjadi tumpuan peminat filem Hindustan kerana tayangan tengah malam. Selalunya full house. Lambat beli tiket bermakna kempunan menonton, kecuali bersedia membeli daripada penjual pasar gelap atau black market.

Sindiket ini dianggotai oleh beberapa orang. Mereka akan membeli tiket sebanyak mungkin memandangkan tiada sekatan pembelian. Kerana perbuatan mereka, ramai yang datang pada saat akhir gagal memperoleh tiket.

Ketika inilah geng black market menjaja. Harganya berganda daripada harga asal. Ketika itu kelas ketiga harga tiket ialah 80 sen, kelas kedua RM1.25 sen dan kelas pertama RM1.60. Bagi kelas khas di tingkat atas atau dipanggil circle seats harganya RM2.40.

Walau pun dalam keadaan terpaksa, yang hendak menyaksikan tayangan tengah malam terpaksa membayar juga harga tiket berganda itu. Namun ada juga yang rela balik sahaja daripada membayar harga tinggi.

Bagi penulis yang sudah sedia maklum dengan keadaan ini, akan membeli tiket secara tempahan awal atau advance booking. Pada pagi Sabtu kaunter tiket akan dibuka untuk menjual tiket awal. Memang selesa kerana orang tidak ramai, dan boleh memilih tempat duduk.

Ketika itu jualan tiket adalah secara manual. Ada sekeping kertas di hadapan penjual tiket yang tertera lakaran kedudukan kerusi dalam pawagam. Bagi setiap tiket yang dibeli akan ditandakan nombor tempat duduk di atas tiket menggunakan pensil merah bermata besar.

Nombor yang ditulis pada tiket ini kemudian ditanda pada kertas. Misalnya jika tiket A10 dibeli, maka di atas kertas kerusi yang bernombor A10 ditanda, menandakan sudah ditempah. Begitulah seterusnya. Dengan itu penjual tiket dapat keep track tiket yang sudah dijual dan kerusi yang masih kosong. Pada jualan tiket untuk tayangan lain, kertas baharu digunakan.

Untuk jualan tiket tayangan tengah malam, kertas tracking yang digunakan untuk tempahan awal digunakan semula. Tiket dijual berdasarkan baki kerusi kosong. Biasanya ia akan cepat habis. Yang datang lewat pilihlah sama ada membeli tiket pasar gelap atau pulang dengan hampa.

Namun peminat masih ada pilihan. Jika gagal menonton tayangan tengah malam jam 11.30 malam, mereka berpeluang menyaksikan filem yang sama ditayangkan pada tayangan pagi atau morning show, jam 10 pagi hari Ahad.

Namun selalunya situasi adalah sama. Lewat datang akan kehabisan tiket dan bersedialah menghadapi jerung-jerung pasar gelap jika ingin menonton. Atau tunggulah filem berkenaan ditayangkan pada tayangan biasa atau general screening, biasanya agak lewat daripada tarikh tayangan tengah malam.

Selain pawagam Federal, pawagam Coliseum di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) juga mengadakan tayangan tengah malam dan tayangan pagi filem hindustan. Jika kebetulan ada tayangan filem di kedua-dua pawagam, satu filem penulis tonton pada tayangan tengah malam, satu lagi pada tayangan pagi.

Selain Federal dan Coliseum, ada lagi pawagam lain menayangkan filem Hindustan, iaitu Central dan pawagam Hindustan di Jalan Campbell (Jalan Dang Wangi), juga pawagam Lido di Brickfields. Kesemuanya sudah tiada.

Penulis tidak lagi tinggal di Kampung Baru. Sudah lama ditinggalkan kampung dalam bandar ini berhijrah tidak jauh, ke kawasan Setapak. Kampung Baru kerap dikunjungi dan rumah sewa dahulu masih tegap berdiri. Tidak tahu berapa sewanya sekarang. Pada tahun 1979 hanya RM350. Sekarang rasanya dengan jumlah itu, sewa bilik pun tidak lepas!

Menelusuri Jalan Raja Laut, melewati pawagam Federal, atau melalui Jalan TAR melewati pawagam Coliseum, teringat penulis kenangan masa remaja ketika sering mengunjunginya. Namun rupa bentuk pawagam juga sudah berubah.

Pawagam Federal bukan lagi pawagam besar tumpuan peminat filem Hindustan. Sesuai perubahan masa ia berubah menjadi Cineplex. Tiada lagi tayangan tengah malam atau tayangan pagi. Begitu juga dengan pawagam Coliseum.

Filem Hidustan durasinya lama, antara dua setengah hingga tiga jam. Tayangan jam 11.30 malam berakhir sekitar 2 pagi. Kadang-kadang sampai rumah, ada kawan-kawan belum tidur. Mereka akan menjerit: “Kaki Hindustan sudah balik!” Rindunya penulis pada kenangan lalu yang sungguh mengusik kalbu. - Getaran, 24 Mac 2022

Bekas Penolong Ketua Pengarang Kumpulan akhbar keramat Melayu, Utusan Malaysia. Masih sarat dengan jiwa dan naluri kewartawanan, menulis tanpa jemu, berkarya tanpa ragu. Graduan Sarjana Sains (Kewartawanan) Universiti Boston, lewat 1984.

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 bulan yang lalu

Apabila AI Menjadi Peguam, Akauntan Dan Pemandu

2

Kolum 1 bulan yang lalu

Ruang Kecil, Impian Besar: Bagaimana Ruang Simpan Sendiri Buka Peluang, Potensi Untuk PKS

3

Kolum 1 bulan yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

4

Kolum 2 bulan yang lalu

Mendalamkan Makna ‘Agenda Bumiputera Sebagai Agenda Nasional’

Sorotan

1

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

3

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

4

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

5

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

6

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

7

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

Disyorkan untuk anda

Kolum 1 hari yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan