web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cari Jalan Keluar Kemelut Kuala Lumpur City FC

Kolum Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2022 4:11PM

Para pemain KL City FC, yang menjuarai Piala Malaysia musim lepas, dikatakan sudah dua bulan tidak dibayar gaji. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ada beberapa perkara yang pastinya berlaku setiap tahun. Satu daripadanya ialah banjir dan yang kedua, pemain bola sepak tidak dibayar gaji.

Inilah lumrah kehidupan atlet sukan nombor satu di Malaysia.

Mangsa kali ini - pemain dan barisan jurulatih skuad Kuala Lumpur City FC.

Yang peliknya, pasukan ini memenangi Piala Malaysia November lepas. Skuad ibu kota berjaya mengalahkan Johor Darul Ta'zim 2-0 dalam aksi final sekali gus mengakhiri penantian selama 32 tahun. Kali terakhir pasukan dari Kuala Lumpur dianugerahkan trofi Piala Malaysia ialah pada tahun 1989.

Ramai yang tiba-tiba menjadi peminat Kuala Lumpur City FC. Ada pula yang begitu teruja, termasuk pelan untuk membuat perarakan di bandaraya Kuala Lumpur sebagai tanda penghargaan kepada pemain-pemain.

Perarakan tersebut tidak menjadi kerana terdapat larangan terhadap sebarang perhimpunan awam tatkala negara berdepan pandemik COVID-19.

Siapa sangka pasukan yang memenangi piala berprestij akan mengalami masalah kewangan?

Baru-baru ini, dikhabarkan bahawa pemain-pemain Kuala Lumpur City FC tidak dibayar gaji selama dua bulan. Pelbagai persoalan timbul tetapi perhatian terjurus kepada dua individu - Khalid Abdul Samad dan Datuk Seri Shahidan Kassim.

Khalid, dari parti AMANAH, merupakan presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA). Shahidan, orang lama UMNO, adalah Menteri Wilayah Persekutuan.

Mengikut tradisi, menteri ataupun menteri besar gemar memegang jawatan presiden persatuan sukan terutamanya bola sepak. Shahidan sendiri pernah menerajui Perlis FA dan beberapa lagi persatuan sukan tanahair.

Persahabatan antara pemimpin AMANAH dan UMNO diuji musim lalu apabila Tan Sri Annuar Musa menjadi Menteri Wilayah Persekutuan. Walaupun pada awalnya, terdapat sedikit kebimbangan mengenai komitmen Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk memberi dana kepada KLFA, namun suatu persetujuan dapat dikecapi.

Kini, perbualan yang sama berlaku diantara Khalid dan Shahidan. KLFA dan Kuala Lumpur City FC masih belum menerima dana dari DBKL. Duit penaja tidak mencukupi untuk membayar hutang pemain dan pengurus pasukan.

Pihak pengurusan kelab Kuala Lumpur tersebut berjanji akan melangsaikan segala bayaran minggu sebelum Isnin hadapan.

Dimanakah mereka yang begitu taksub dengan Kuala Lumpur City FC apabila pasukan itu digelar juara Piala Malaysia?

Mengapa mereka membiarkan perkara yang memalukan ini berlaku? Bagaimana Kuala Lumpur City FC boleh beraksi dalam liga musim ini jika masih berhutang dengan pemain-pemain?

Apa yang lebih menakutkan ialah, jika perkara ini boleh berlaku kepada juara Piala Malaysia, bayangkan kelab-kelab bawahan yang masih terkapai-kapai mencari dana untuk beraksi dalam liga Malaysia.

Sudahlah dengan sandiwara politik. Tidak perlulah ahli politik menggunakan bola sepak sebagai arena untuk menaikkan saham mereka.

Jalan penyelesaian buat Kuala Lumpur City FC mudah. Ikut pelan yang telah dihasilkan oleh pihak pengurusan. Jika DBKL tidak mempunyai dana yang mencukupi, pihak Kementerian Wilayah Persekutuan boleh memberi pinjaman kepada kelab tersebut dan pihak kelab membayar balik setelah mendapat duit penaja.

Atau, duit yang dilaburkan ke Kuala Lumpur City FC boleh dijadikan sebagai pembayaran servis - di mana pemain-pemain dan jurulatih pasukan tersebut menjadi duta Kuala Lumpur dan memainkan peranan mereka untuk mempromosikan ibu kota negara sempena kemasukan pengunjung luar negara 1 April nanti.

Shahidan tidak perlu menjadi presiden untuk “take kredit”. Kalau betul-betul nak jadi presiden, bertandinglah untuk jawatan tersebut tahun hadapan.

Mana tahu, jika Pilihanraya Umum Ke-15 bakal diadakan sebelum kongres KLFA, mungkin portfolio Shahidan dalam kabinet berubah dan beliau tiada masa untuk bola sepak Kuala Lumpur.

Atau mungkin beliau tidak akan diberi sebarang jawatan dan ini akan memberikan beliau masa yang lebih untuk menumpukan perhatian kepada bola sepak Kuala Lumpur, ataupun Perlis.

Jadi biarlah bola sepak Kuala Lumpur ditadbir oleh mereka yang bertanggungjawab. Jangan kerana fahaman politik berbeza, bola sepak kita merana. - Getaran, 17 Mac 2022

Haresh Deol seorang wartawan yang mempunyai pengalaman dalam media sejak tahun 2000. Beliau adalah pemenang dua kali Anugerah Institut Akhbar Malaysia dan merangkul tujuh anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM). Beliau boleh dihubungi di akaun Twitternya @HareshDeol.

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

‘Sanusi, Jangan Campur Tangan Kempen Di Negeri Sembilan’ - Zahid Hamidi

2

Politik 1 hari yang lalu

Sanusi Dakwa Kenyataan Diputar Belit, Bakal Buat Laporan Polis 

3

Politik 1 hari yang lalu

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

4

Politik 2 hari yang lalu

Sentimen Pengundi Melayu Di Negeri Sembilan, Johor Tak Boleh Dibandingkan - Aminuddin

Sorotan

1

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

2

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

3

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

4

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

5

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

6

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH