Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Muzik - Antara Impian Dan Suka Suka

Minggu ini Ad Samad berbicara tentang perbandingan di antara bakat pemuzik tempatan dengan Indonesia yang berkait rapat dengan perbezaan latar belakang sosio-ekonomi. 

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2022 6:25PM

oleh

Ad Samad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Do-or-dier Vs Part-timer

Baru-baru ini aku terlibat sebagai juri uji bakat sebuah rancangan realiti TV yang mencari kumpulan muzik atau band. 

Di situ aku telah ditanya oleh seorang pelabur kewangan, “Adakah ini sahaja mutu kumpulan muzik kita?”

Soalan itu bertitik-tolak daripada pengalaman beliau menyaksikan uji bakat kumpulan-kumpulan muzik di Indonesia. Menurut beliau, walaupun band-band di Indonesia itu bukanlah ternama dan tidak memiliki kontrak rakaman, kualiti persembahan mereka jauh lebih baik daripada apa yang beliau saksikan di sesi uji bakat kali ini.

Seorang lagi tokoh muzik tanah air yang bersama aku ketika itu turut bergelut untuk menjawab soalan beliau.

Gambar hiasan, Unsplah
Gambar hiasan, Unsplah

Aku syak, punca utama jurang kualiti di antara kumpulan muzik Malaysia dengan Indonesia adalah latar belakang sosio ekonomi kita. 

Mungkin kerana populasi yang tinggi dan padat, persaingan untuk hidup atau survival di Indonesia adalah jauh lebih sengit daripada kita. 

Di kota raya Jakarta atau Bandung, kita dapat melihat daripada kanak-kanak sehinggalah ke yang lanjut usia hidup bertungkus-lumus untuk mencari sesuap nasi.

Bagi yang bermain muzik sebagai punca pendapatan sama ada di jalanan atau di kelab-kelab, mereka tiada pilihan lain. Pekerjaan sukar didapati. Mereka tidak boleh memilih-milih kerja. Mereka tiada Dasar Ekonomi Baru (DEB/NEP) seperti di Malaysia yang melindungi dan memanjakan golongan bumiputeranya. 

Mungkin bagi pemuzik dan kumpulan muzik mereka, alang-alang hidup sukar lebih baik bersusah-susah dalam sesuatu yang mereka cintai, iaitu muzik. Dan, lebih menyenangkan sekiranya mereka bergandingan dalam satu kumpulan atau band untuk mengharungi cabaran hidup bersama.

Demi survival atau kemandirian hidup, mereka mesti bermain dengan bagus dan menghiburkan dengan harapan suatu hari nanti mereka akan mendapat tawaran untuk menjadi artis rakaman lalu mengecap nikmat kewangan dan kemasyhuran.

Itu sahaja hala tuju jalan sehala mereka. Tiada pilihan kedua. Do-or-die.

Manakala kebanyakan rakyat kita yang menceburi bidang muzik adalah para pemuzik sambilan disamping mempunyai pekerjaan tetap di luar bidang muzik. Kita punya pelbagai pilihan kerja. Menjadi mediocre pun tidak mengapa.

Kita juga tidak yakin dengan bermain muzik sahaja dapat menyara kehidupan harian dan jauh sekali membawa kepada kehidupan yang selesa.

Maka jadilah muzik hanya hobi.

Bagi segelintir yang bernasib baik, mereka mendapat kerja yang berkait dengan muzik seperti bekerja di studio rakaman atau organisasi yang mempunyai jabatan hiburan dan kebudayaan, lalu bakat mereka dapat terus diasah.

Pemuzik sambilan kita membuat persembahan apabila ada peluang busking, gig percuma hujung minggu, kenduri kahwin, memasuki pertandingan talentime atau pertandingan mencari band yang memberi mereka kemungkinan memenangi hadiah RM3,000 untuk dikongsi berlima dan lain-lain lagi.

Justeru, golongan do-or-die di Indonesia lebih tinggi kebarangkaliannya untuk menjadi lebih bagus berbanding dengan golongan part-timer kita di Malaysia.

Ini adalah pengamatan peribadi aku mengenai salah satu sebab mengapa wujudnya jurang kualiti yang ketara di antara kumpulan muzik amatur kita dengan kumpulan muzik ‘amatur’ Indonesia.

Impian Dan Masa

Untuk menjadi bagus dalam sesuatu bidang adalah satu proses yang memerlukan masa dan fokus. 

Rata-ratanya proses pembelajaran dan latihan untuk menjadi mahir adalah sekitar lima tahun. 

Itulah purata tahun untuk memperolehi PHD di universiti. 

Contoh anekdotal lain adalah Mike Tyson mula berlatih tinju dengan Cuz D’Amato pada usia 13 tahun dan menjadi juara tinju dunia pada usia 18 tahun. David Beckham menyertai Manchester United sebagai pelatih pada 1991 di usia 16 tahun dan mula terpilih mewakili England pada 1996 di usia 21 tahun.

Sekolah-sekolah seni seperti Aswara, Upsi dan Uitm yang mempunyai bidang seni persembahan melahirkan pemuzik yang bagus. Purata para pelajar di situ adalah lepasan SPM, sekitar usia 18 tahun.

Aswara
Aswara

Pengkhususan yang diberi oleh sekolah-sekolah seni memberi persediaan kepada para pelajar untuk mahir sekitar usia 21 ke 23 tahun.

Sayangnya ramai para pelajar muzik itu akan melencong ke bidang lain yang di luar muzik selepas tamat pengajian kerana desakan kehidupan dan pilihan mendapat pekerjaan lain demi menyara hidup.

Untuk berjaya di dalam bidang muzik khususnya sebagai pelaku, iaitu pemuzik atau penyanyi, seseorang itu mestilah telah mula menceburi bidang persembahan dan pembikinan muzik secara profesional sekitar usia 18 hingga 25 tahun, iaitu tahun tahun kematangan fizikal dan pendakian kreativiti seseorang. Kreativiti di usia sebegitu adalah mencurah-curah dan segar.

Maksud profesional adalah; bakatnya dibayar untuk menjadi pelaku muzik rakaman (termasuk penyanyi), atau sebagai pelaku muzik di persembahan awam seperti di kelab malam, konsert, rancangan TV dan sebagainya.

Usia sekitar pertengahan 20-an adalah usia yang amat penting dalam penentuan hala tuju kerjaya seseorang, terutamanya kerjaya yang memerlukan kemahiran atau skil yang sangat tinggi dan khusus.

Pada usia itulah dapat kita melihat sinar bakat seseorang di dalam bidang yang diceburinya, sama ada bisa bersinar terang atau sederhana sahaja. Malah, pudar malap.

Sekiranya didapati sinar bakatnya tidak akan benderang, mereka masih berpeluang untuk berubah hala dan kerjaya sebelum terlambat.

Usia pertengahan 20-an adalah usia untuk membuat keputusan sama ada mematikan sesebuah impian atau meneruskannya.

Adakalanya sesebuah impian perlu dibunuh demi impian lain pula bernyawa dan tumbuh mekar bercambah untuk mencapai potensi sepenuhnya dan mengecapi hidup yang bahagia.

Antara yang tersirat di karangan ini

Berbalik perihal sesi uji bakat untuk rancangan realiti yang aku sebutkan di atas, aku sedari bahawa ramai para peserta uji bakat itu telah melangkaui usia pertengahan 20-an, malah melewati 30-an.

Lalu aku tertanya, adakah penyertaan mereka kerana masih mengejar impian usia remaja atau sekadar suka suka?

Sekiranya untuk mengejar impian usia remaja, maka siapalah aku untuk berkata-kata. 

Sekiranya sekadar suka suka, maka suka suka jualah jadinya.

Apa sekalipun jawapannya, si pelabur kewangan telah mempunyai pendirian bahawa band band muzik kita telah jauh kebelakang berbanding kumpulan muzik Indonesia.

Mujur dan syukurlah beliau akan tetap melabur untuk projek rancangan realiti itu.

Kerana tanpa pelabur sepertinya, makin leburlah industri muzik kita. - Getaran, 2 Mac 2022

Gambar: Unsplash dan Instagram @aswara.official

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 minggu yang lalu

'Cinta Tak Mungkin' Hadiah Raya Siti Nurhaliza

2

Kolum 1 bulan yang lalu

Apabila AI Menjadi Peguam, Akauntan Dan Pemandu

3

Kolum 1 bulan yang lalu

Ruang Kecil, Impian Besar: Bagaimana Ruang Simpan Sendiri Buka Peluang, Potensi Untuk PKS

4

Kolum 1 bulan yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Kolum 1 hari yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan