Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Seni Resume: Perkara Utama Yang Kita Perlu Beri Tumpuan

Perkara penting dalam menulis resume ialah memastikan tidak menggunakan resume yang sama untuk dihantar ke syarikat berbeza.

Kolum Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 15 Mar 2021 1:43PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

"Sekarang semua online, ada pakai fon jer dan ada pakai video jer.  Tak payah nak buat resume sangat dah."

Jika ada yang berfikiran begini, ia adalah tanggapan yang salah. Apa-apa pun saluran yang kita gunakan untuk mencari kerja, akan ada satu point ketika permohonan kita diproses di mana kita akan diminta untuk memberi resume terkini.  

Resume satu bahan penting yang menjadi asas atau senjata utama di dalam medan job hunting. Proses permohonan kerja secara online akan lebih teratur dan mudah dengan adanya resume sebagai rujukan.

Namun penyediaan resume tidak diberi fokus dan keutamaan dalam persediaan untuk mencari pekerjaan.  Tetapi tanpa resume, tiada temuduga, dan tanpa temuduga (IV) tidak mungkin akan ada tawaran pekerjaan.

Nak sembang pasal resume ini boleh tulis buku, tetapi siapa yang nak baca buku tu nanti.  Jadi, saya akan beri tips tentang resume melalui dua artikel.  Artikel hari ini hanya tentang dua perkara sahaja:

Apa matlamat utama resume?

Kesilapan paling besar yang dibenci majikan apabila menerima resume (the biggest crime when sending resumes to prospective employers)

Cerita kita hari juga adalah sambungan dari artikel Strategi Cari Kerja https://www.getaran.my/artikel/kolum/127/strategi-cari-kerja yang diterbitkan pada 1 Februari 2021.

Saya biasa mendapat mesej atau panggilan telefon dari kawan-kawan atau kenalan:

“Aku/ isteri/ kawan tengah nak cari kerja ni.  Kalau ada tempat kosong mana-mana, bolehlah tolongkan?” 

Atau saya akan dapat permintaan untuk menjadi referee ataupun rujukan individu. Dalam dua-dua situasi ini, perkara pertama yang akan saya akan minta adalah resume terkini.

Tapi jika saya terima jawapan:

"Oh, resume belum ada lagi la". Saya memang tidak dapat membantu kerana saya tidak tahu latar belakang si pencari kerja (supaya saya dapat sampaikan mana-mana kekosongan yang bersesuaian). 

Jika saya menjadi referee dan ditanya oleh bakal majikan tentang calon tersebut, saya perlu tahu maklumat terkini calon.

Jika saya diminta memberi tips tentang penyediaan resume atau untuk memberi komen dan menyemak resume seseorang, saya akan tanya:

“Apa matlamat utama kita sediakan resume dan hantar resume ini kepada sesiapa?”

Pelbagai jawapan akan saya terima dan kebanyakannya akan menjawab, “untuk mendapatkan kerja yang kita mohon.”

Saya akan sebut bahawa itu matlamat yang salah dan dengan matlamat yang tidak betul, maka penyediaan resume kita juga akan tidak betul. 

Seperti biasa, kita perlu jelas dengan matlamat kita melakukan sesuatu.

Boleh baca juga artikel yang diterbitkan pada 1 Mac 2021 : Pentingnya Matlamat Dalam Kehidupan. https://www.getaran.my/artikel/kolum/1411/pentingnya-matlamat-dalam-kehidupan

Untuk saya, matlamat kita sediakan resume dan menghantar resume adalah untuk membuat orang yang membaca resume itu tertarik untuk berjumpa dan memanggil kita untuk hadir ke IV.

Bagi mereka yang sudah menghantar resume untuk mendapatkan pekerjaan, saya belum pernah jumpa sesiapa yang akan terus mendapat tawaran kerja berdasarkan resume sahaja, tanpa IV.

Jadi, kita ambil langkah satu demi satu, one step at a time,  dalam perjalanan job hunting kita.

Bila matlamat kita dalam menyediakan resume sudah jelas, maka kita akan tahu apa maklumat yang perlu ada, yang tak perlu ada dan juga bagaimana nak mengubah suai resume kita?

Ubah suai resume?  Apa tu? 

Salah satu kritikan yang saya akan dengar daripada bakal majikan adalah satu resume yang sama dihantar kepada semua majikan yang berlainan bidang pekerjaan, industri dan syarikat tanpa ada sebarang ubah suai. 

Semalam saya duduk dengan seorang anak muda (kita panggil dia Amir) yang telah bekerja selama dua tahun dan telah tamat kontrak. 

Dia mengeluh kerana telah menghantar lebih 100 permohonan kerja dan tidak mendapat satu IV pun. 

Saya tanya, “Awak guna resume yang sama ke untuk semua?” Dia kata “Ya”. 

Saya pun lihat resume itu dan dia menyatakan hasrat dan cita-cita untuk bekerja dalam industri komunikasi. 

Saya minta contoh dua syarikat yang dia pohon. Satu adalah Syarikat S dan kerja tersebut adalah untuk komunikasi penulisan manakala Syarikat B adalah untuk komunikasi dalaman. 

Kedua-dua kategori tersebut merupakan skill yang beliau miliki. Tetapi dia tidak mengubah suai resume untuk memenuhi apa yang dicari kedua-dua syarikat tersebut. 

Cara terbaik adalah untuk Syarikat S, dia perlu menulis dalam resume yang matlamatnya adalah untuk mendapatkan pekerjaan dalam Syarikat S dan dalam bidang komunikasi penulisan. 

Kemudian apabila menceritakan tentang pengalaman, boleh memberi contoh-contoh pengalamannya dalam komunikasi penulisan.

Untuk Syarikat B pula, dia perlu menulis dalam resume bahawa matlamatnya adalah untuk mendapatkan pekerjaan dalam Syarikat B dan dalam bidang komunikasi dalaman. 

Kemudian apabila menceritakan tentang pengalaman, boleh berikan contoh-contoh pengalamannya dalam komunikasi dalaman. 

Ini contoh dan ini kisah benar. 

Salah satu perkara yang bakal majikan tidak suka adalah mendapat resume yang tidak diubahsuaikan untuk kerja, industri dan syarikat yang dipohon. 

Pertama, ini memberi gambaran tiada usaha oleh orang yang memohon dan kedua, tidak menimbulkan minat untuk bakal majikan memanggil untuk IV. 

Ingat, matlamat menghantar atau memberi resume adalah supaya orang yang membaca resume kita tertarik untuk berjumpa dan memanggil kita untuk hadir IV.

Mungkin contoh yang diberi tentang Amir adalah seorang yang mempunyai dua tahun pengalaman bekerja dan mempunyai pengalaman dalam kerja. 

“Bagaimana dengan saya yang fresh grad dan belum kerja?”. 

Kita boleh cerita tentang pengalaman kerja semasa intern, kerja selepas SPM, cuti semester atau kerja sambilan ketika belajar di universiti atau kolej.

Kita juga akan ada pengalaman aktiviti persatuan, ko-korikulum atau kemasyarakatan yang kita lakukan. 

Tunjukkan cerita dan pengalaman kita yang memberi gambaran tentang sikap-sikap yang bagus dan diperlukan majikan. 

Saya pernah tertarik untuk memanggil calon datang IV kerana ketika dua tahun menganggur (selepas membuat Master), beliau membuat perniagaan kecil. 

Saya pernah tertarik memanggil calon datang IV kerana dalam resume beliau ada menceritakan bahawa beliau telah bekerja sebagai pencuci rumah pada hujung minggu untuk menampung sara hidup ketika di universiti. 

Cari dalam diri kita apa pengalaman yang kita ada yang boleh menjadi daya penarik untuk dipanggil IV. 

Ini sebabnya saya memang menggalakkan anak-anak muda untuk bekerja ketika cuti semester atau selepas SPM kerana pengalaman tersebut akan mengajar kita tentang dunia pekerjaan, akan memberi kita pengalaman yang boleh digunakan dalam resume kita dan memberi peluang untuk menambah rangkaian kita. 

Saya biasa berjumpa anak muda yang kerja sewaktu cuti atau sewaktu intern dan akan ditawarkan untuk bekerja di tempat sama selepas graduasi.

"Kami suka kerja dan sikap anda.”.

Di mana sahaja anda berada, dan dalam apa sahaja yang anda lakukan, sentiasa buat yang terbaik.  Bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri kita dan kerana Allah.  Kita tidak tahu bagaimana Allah akan membalas kita.

Jadi untuk hari ini, hanya dua pesanan yang penting tentang resume:

Tahu apa matlamat resume.  Matlamat resume adalah untuk membuat orang yang membaca tertarik untuk berjumpa dan untuk memanggil kita hadir IV.

Ubah suai resume kita mengikut kerja, industri dan syarikat yang kita pohon. Janganlah kita menggunakan hanya satu resume untuk semua permohonan.

Buat resume bukan macam buat assignment di kolej atau universiti.  Buat asalkan siap dan serahkan. 

Ambil masa untuk menyediakan resume anda.

Fokus kepada apa yang akan membuat pembaca tertarik untuk berjumpa dengan kita dan sentiasa ubah suai resume kita. Make effort, show effort.

Kita tidak boleh merubah apa yang ada pada diri kita, pencapaian dan pengalaman kita. 

Namun kita boleh merubah cara kita nak sampaikan apa yang istimewa tentang diri kita. 

Setiap insan ada keistimewaan tersendiri.  Kita semua ada perjalanan masing-masing yang telah diatur. Rezeki Allah tentukan. 

Yang perlu ada pada diri kita adalah niat dan matlamat untuk tidak berputus-asa.  Kita sambung lagi cerita pasal resume di artikel seterusnya.

Hizwani Hassan ialah penulis buku ‘PILIH KERJAYA BUKAN KERJA’ dan mentor untuk para pelatih eksekutif ILTIZAM Professional Development Programme di bawah Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS).

Boleh follow beliau di Twitter melalui @hizwani.

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah