Berita Terkini

1 jam yang lalu: OECD turunkan unjuran pertumbuhan global, beri amaran kemelesetan di Eropah 1 jam yang lalu: Shafee nafi Najib terima layanan istimewa 1 jam yang lalu: NGO gesa kerajaan Laos bantu selamatkan rakyat Malaysia jadi mangsa sindiket penipuan 1 jam yang lalu: Air pasang besar: Orang ramai dinasihat elak pantai sekitar Kuala Langat 1 jam yang lalu: Mahkamah Persekutuan tolak permohonan kebenaran merayu penduduk Orang Asli

IKUTI KAMI


Strategi Cari Kerja

Kolum Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2021 11:30AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sudah habis belajar tetapi tidak tahu bagaimana untuk mencari kerja? Sudah bekerja selama dua, tiga tahun dan mahu mencari kerja lain? Atau anda ada telah merasa putus harapan atau lost faith dalam medan job hunting?

Bacalah artikel pendek ini. Laburkan masa anda selama 5 minit untuk mendapat tips yang praktikal dan berkesan.

Saya biasa jumpa para graduan atau anak muda yang sedang giat mencari kerja. Jika dia mengeluh susah cari kerja dan walaupun sudah banyak memohon kerja tetapi masih tidak dapat-dapat, saya akan tanya dua soalan. Pertama, saya tanya, “Sudah mohon berapa banyak?” Jawapan yang biasa diberikan secara purata adalah 30 hingga ke 50 permohonan.

Sebenarnya ini sangat sedikit. Terlalu sedikit jika sudah mencari kerja lebih dari tiga bulan. Jika jawapan yang diberi adalah lebih daripada 100 permohonan kerja; contohnya 100, 200 atau 500, saya akan meminta untuk lihat Curriculum Vitae (CV) atau tanya cara dia memohon kerja. Untuk menyelesaikan masalah, kita perlu membuat diagnostik.

Jika banyak pergi temuduga tetapi tidak dapat kerja, kita kaji teknik atau cara dia menghadiri temuduga. Jika banyak mohon kerja tetapi tidak dapat panggilan, kita lihat CV atau cara dia memohon kerja.

Pada pendapat saya, selepas sahaja tamat belajar, kita perlu mula mencari kerja serta-merta. Walaupun nak rehat dahulu sebelum bekerja, proses mencari kerja akan mengambil masa 3 hingga 6 bulan. Jika kita nak tunggu rehat dua atau tiga bulan baru nak mula mohon kerja, mungkin kita akan dapat tawaran pertama sembilan bulan hingga setahun selepas kita tamat belajar.

Prosesnya, bukan hari ini mohon, esok sudah dapat panggilan temuduga. Proses temuduga (IV) pun bukan sekali. Mungkin ada beberapa sesi penilaian atau IV, sehingga mengambil masa hingga tiga bulan. Ada seorang yang saya kenal, beliau mendapat panggilan IV setelah setahun menghantar permohonan.

Ingat bahawa sekarang kita akan perlu bersaing dengan ratusan ribu graduan baru dan juga mereka yang akan mencari kerja baru disebabkan pandemik COVID-19.

Ramai yang kehilangan kerja atau terpaksa mengambil cuti tanpa gaji atau gaji dipotong antara 30 peratus ke 70 peratus. Juga sepatutnya tiada istilah ``rehat dahulu selepas belajar'' dalam kamus `fresh grad'.

Ramai yang menghadapi masalah tidak mendapat panggilan IV adalah disebabkan perkara-perkara seperti berikut:

 1. Masalah CV di mana satu CV yang sama digunakan untuk memohon semua kerja. CV perlu diubahsuai mengikut kerja apa yang dimohon dan untuk organisasi mana.

2. Masalah CV yang tidak disemak dari segi format, ejaan dan isi kandungan. Apabila sudah siap, kita sendiri tidak menyemak semula atau meminta bantuan orang lain untuk disemak.

3. Masalah CV yang dibuat dengan menggunakan kaedah ‘copy paste’ dari apa yang dijumpa di internet atau diciplak daripada kawan. CV perlu cerita tentang diri kita, dari hati dan pengalaman kita sendiri.

Ada lagi contoh-contoh yang lain, tapi kita cerita lain pula. Jadi, jika ketika ini anda tidak bekerja dan sedang mencari kerja, jadikan usaha mencari kerja itu sebagai kerja utama kita. Make job hunting a full-time job, if you are not working. Kita juga perlu menyimpan rekod dan catit sudah mohon di mana, pada tarikh bila, untuk kerja apa dan melalui saluran mana.

Saya ada beberapa kali  membuat panggilan untuk menjemput calon datang IV atau membuat temuduga melalui telefon dan calon akan kata ``alamak, saya tak ingat apply mana, banyak sangat saya mohon ni”, Saya tak tahu apa anda rasa jika mendapat jawapan sebegini.

Selain itu, kita juga perlu menetapkan matlamat, dalam sehari perlu mohon berapa banyak pekerjaan. Jika kita baru tamat belajar dan baru memulakan ‘job hunting’ kita, untuk tiga bulan pertama, saya akan tetapkan matlamat untuk membuat dua permohonan sehari. Sambil memohon, kaji dan catit, berapa banyak dapat panggilan IV. Buat analisa prestasi dan hasil permohonan dari temuduga tersebut.

`It is a numbers game'. Lagi banyak kita buat, lagi banyak kita dapat pengalaman. Lagi banyak pengalaman, lagi banyak kita belajar dan mengesan kelemahan kita. Bila kena tolak, jangan kecil hati. Belajar daripada situasi. Kaji kenapa dan baiki. Adakah kena baiki CV? Adakah kena baiki cara hadir IV?

Sentiasa muhasabah diri. Ini bukan untuk salahkan diri, tetapi untuk memperbaiki diri. Buat post-mortem.

4. Saya ada kenal orang yang sudah membuat 347 permohonan baru dapat kerja. Ada yang setiap hari mohon dua kerja (hanya dengan menggunakan surat dan CV, tanpa online), selepas dua bulan dia telah membuat 99 permohonan, dapat 10 panggilan IV dan 2 tawaran kerja. Ada yang yang selepas mohon 500 pekerjaan baru dapat kerja.

Saya sendiri dahulu menganggur selama 15 bulan selepas tamat universiti. Saya telah membuat 144 permohonan kerja (di zaman tiada emel atau internet). Semua pakai surat. Dapat lebih kurang 10 panggilan IV, 2 tawaran kerja. Ada kala saya rasa “Aku ni bodoh sangat ke?” tetapi saya tidak duduk lama di dalam lembah kesengsaraan dan saya teruskan usaha.

Memang moto saya “Chita, Usaha, Jaya.” Nasihat yang disampaikan pada hari ini boleh digunapakai ketika wujudnya pandemik COVID-19 dan apabila sudah tiada. Nasihat yang dinukilkan ini adalah berdasarkan pengalaman membimbing lebih daripada 400 para graduan menganggur mencari kerja.

Jika anda telah bekerja selama dua, tiga tahun, boleh dijadikan bahan bacaan sebagai ulangkaji. Jika anda baru tamat universiti atau kolej, mungkin ada yang akan beranggapan ``Betul ke apa yang dia ajar ni?” Takpe, anda boleh memilih untuk belajar melalui kesilapan sendiri, atau belajar dari sini dan ``hit the ground running.''

Kita semua ada perjalanan masing-masing yang telah diatur. Rezeki Allah tentukan. Yang perlu ada pada diri kita adalah niat dan matlamat untuk tidak berputus-asa.

Kita juga perlu menanamkan satu semangat untuk tidak serik untuk berusaha.Haaa, jadi bagaimana pula nak mohon kerja dan nak guna saluran yang mana? Kita tunggu cerita akan datang. - Getaran, 29 Januari 2021

Beliau adalah penulis buku `PILIH KERJAYA BUKAN KERJA' dan mentor untuk para pelatih eksekutif ILTIZAM Professional Development Programme di bawah Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS).

Sorotan

1

Shafee Nafi Najib Terima Layanan Istimewa

2

Ulama Yusuf Al-Qaradawi Meninggal Dunia

3

2 Beranak Maut Kemalangan Motosikal Selepas Langgar Ayam Hutan