Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pentingnya Matlamat Dalam Kehidupan

Kolum Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2021 12:35PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dua hari lalu, saya mendapat mesej daripada Akmal (bukan nama sebenar) yang bekerja di syarikat A: “Saya telah mendapat tawaran kerja dari syarikat B. Tawarannya bagus, tempat dekat dengan rumah saya dan kerjanya menarik. Saya telah tandatangan surat tawaran dan akan mula kerja Isnin ini. Tapi pada masa yang sama, saya ada tiga temuduga lagi dengan syarikat C, syarikat D dan syarikat E dalam dua minggu ini. Macamana nak buat pilihan?”

Kita biasa beranggapan bahawa lagi banyak pilihan lagi bagus. Sebenarnya dunia lebih rumit apabila kita diberikan pelbagai pilihan. Rumit kerana berfikir bagaimana untuk membuat pilihan dan rumit kerana kita takut salah buat pilihan. Tiada pilihan lagilah rumit, tetapi pada masa yang sama, mempunyai banyak pilihan lebih komplikasi. Of course, it is a nice problem to have.

Soalan-soalan lain yang biasa saya terima adalah seperti di bawah ini:

“Saya dapat tawaran buat Master ni. Patut buat tak?”

“Ada kawan saya nak let go kereta dia dengan harga murah sangat. Dia nak jual cepat sebab nak kena pindah ke luar negara. Saya takde la rancangan nak beli kereta, tapi ini tawaran menarik. Rugi tak ambik kan?”

''Saya dapat tawaran kerja gaji tidak setanding dengan tahap degree. Patut ambil tak? Saya dah enam bulan tak dapat kerja ni dan tiada tawaran lain buat masa ini?

“Saya dapat tawaran PTD. Tapi saya suka suasana kerja saya sekarang ni. Dah tiga tahun kerja sini. Tahun ni Insyallah naik pangkat. Tapi mak nak sangat saya jadi PTD.”

“Saya suka berkerja di tempat kerja saya sekarang. Tapi ada problem dari segi waktu nak solat. Patut saya berhenti atau teruskan bekerja?”

Kita akan rasa tertekan apabila kita perlu membuat pilihan, dari perkara besar seperti memilih untuk sambung belajar atau teruskan kerja, berkahwin atau tidak, memilih antara beberapa tawaran kerja yang baik-baik, sampai perlu membuat pilihan untuk perkara kecil seperti memilih roti, sos dan sayur di kedai Subway, atau memilih minum dan makan apa di kedai mamak, atau memilih makan di kedai yang kita tidak pernah pergi, atau memilih untuk menonton cerita apa di Netflix. Decisions, decisions, decisions!

Banyak soalan yang saya terima tentang pilihan dan mereka akan kata “Saya tak tahu macamana nak membuat keputusan, dan membuat pilihan.” Saya biasanya akan menjawab: 

"Jawapannya terpulang kepada apa matlamat kita (dalam perkara tersebut) dan matlamat hidup kita." Bila kita tahu apa matlamat kita (dalam perkara tersebut), kita akan memilih perkara yang memenuhi matlamat atau aim kita (dalam perkara tersebut dan membuat pilihan yang akan membawa kita lebih dekat kepada matlamat atau goal hidup kita.

Jadi isu sebenarnya bukan kita tidak pandai membuat keputusan atau pilihan. Itu kita boleh belajar. Biasanya, kita tidak tahu nak buat pilihan kerana kita tiada matlamat yang jelas atau kita lupa apa matlamat kita. Sebab itu, saya akan sarankan matlamat yang jelas dan bertulis.

Pada saya, kita perlu ada matlamat, aim atau goal dalam membuat pilihan untuk semua perkara yang berada di hadapan kita dan juga matlamat, aim atau goal hidup yang akan menjadi kompas hala tuju kita setiap hari.

Jika kita ada matlamat hidup, kita boleh juga set matlamat untuk setiap perkara dan kita akan lebih mudah membuat keputusan setiap hari dan akan kurang tekanan dalam membuat keputusan. Tanpa matlamat, hidup kita tiada haluan dan kemungkinan besar kita akan menghabiskan hidup di dunia ini tanpa kejayaan dan tidak berjaya di akhirat.

Matlamat kita adalah milik kita dan terpulang kepada diri sendiri untuk menetapkannya. Bila matlamat kita nyata, maka semua yang kita lakukan setiap hari akan menjurus pada apa yang kita ingin capaikan. Jika kita sentiasa berusaha untuk bergerak ke arah matlamat kita, suatu hari nanti Insyallah kita akan sampai ke situ. Jika tidak di dunia ini, di dunia yang seterusnya. 

Bagi saya, matlamat tersebut perlu jelas dan bertulis.

Jika saya buat survey anak-anak muda yang telah bekerja atau berniaga sekurang-kurangnya tiga hingga lima tahun, mereka akan beritahu saya tentang pentingnya ada matlamat. Samada mereka ini telah berjaya dari awal dahulu atau baru sahaja berjaya, mereka akan tekankan pentingnya ada matlamat. Untuk mereka yang baru mula dua-tiga hidup dengan menetapkan matlamat, mereka akan kata yang mereka menyesal mereka tidak buat begitu dari awal lagi.

Tidak mengapa samada kita sudah lama membuat amalan tetapkan matlamat atau baru sahaja atau belum mula lagi. Dunia ini bukan perlumbaan. Rezeki Allah tentukan dan tiada istilah ‘sudah lewat” dan dah ‘tertinggal bas”. Jadikan hari ini, minggu ini, bulan ini sebagai permulaan baru. Untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Februari 2021, kita telah membaca berita tentang Encik Salman Ahmad yang pada usia 65 tahun telah menduduki peperiksaan SPM buat pertama kali dalam hidupnya.

Untuk mereka yang sekarang ada matlamat dan dahulu tiada matlamat, mereka akan kata bahawa dahulu mereka:

1.Follow the flow”: Ikut sahaja apa yang diberi atau yang muncul. Tetapi lama-lama, mereka sedar bahawa jika mereka tidak menetapkan matlamat untuk diri sendiri, mereka akan hidup membuat matlamat atau impian orang lain menjadi realiti.

2. Takut gagal: Jadi mereka tidak menetapkan matlamat kerana takut akan gagal untuk mencapai matlamat tersebut. Jadi, tanpa ada matlamat, dia tidak akan gagal kerana tidak pernah tetapkan matlamat. Ini seperti seorang yang pergi ke temuduga dan dia kata “Aku nak try jer ni.  Dapat ok. Tak dapat pun takpe”. Dia dah tetapkan pemikiran begitu dan orang yang membuat temuduga akan dapat tahu calon di hadapannya tidak komited atau serius.

Janganlah hidup dengan alasan-alasan di atas tersebut. Rezeki Allah tentukan, tetapi kita perlu ada niat dan usaha. Motto saya: “Cita, Usaha, Doa, Tawakal, Jaya”.

Pada tahun 2016 saya mengenali seorang graduan dalam bidang minyak dan gas. Tetapi waktu itu tiada peluang pekerjaaan dalam sektor tersebut kerana harga minyak turun mendadak dari AS$110 setong ke atas sebelum tahun 2013 sehingga bawah AS$50 setong pada tahun 2015. Beliau telah bekerja di sektor pendidikan untuk setahun dan seterusnya di sektor hartanah untuk dua tahun. Semua dalam bidang yang tiada kaitan dengan apa yang dipelajarinya dan bukan dalam matlamat beliau. Tetapi beliau mempunyai sikap yang baik dan rajin bekerja dan telah mendapat kenaikan pangkat. Pada tahun 2019, akhirnya beliau mendapat kerja dalam bidang minyak dan gas. Walaupun selama tiga tahun tiada peluang pekerjaan dalam bidang yang diingini oleh beliau, beliau tidak putus-asa mencari dan akhirnya telah dapat peluang tersebut. Ketika itu industri minyak dan gas telah pulih kembali dan harga minyak telah stabil di atas AS$60. Kerana beliau bagus dalam kerja beliau, syarikat beliau telah membuat counter-offer dengan gaji dan pangkat yang lebih tinggi. Beliau tidak perlu berfikir panjang untuk menolak counter-offer tersebut kerana matlamat beliau jelas. 

Tidak semestinya kita akan mendapat semua dalam matlamat kita, tetapi jika kita tidak menetapkan matlamat, kita tidak akan dapat apa yang kita inginkan. Sebaliknya kita akan banyak mendapatkan apa yang orang lain inginkan. Kita tetapkan matlamat, kita berusaha dengan sabar. Bila perlu ubah matlamat, kita ubah matlamat mengikut acuan kita.

Jika kita belum ada matlamat, sediakan masa untuk berfikir dan menetapkan matlamat. Dan dalam proses mencari matlamat tersebut, ingat ikrar kita ketika doa Iftitah dalam solat: “Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah semesta alam.”  Tanpa adanya matlamat lain, itulah matlamat utama kita jika kita seorang Islam. Ikrar ini datangnya dari Al-Quran, Surah Al-An’am: Ayat 162.

Hizwani bin Hassan ialah penulis buku ‘PILIH KERJAYA BUKAN KERJA’ dan mentor untuk para pelatih eksekutif ILTIZAM Professional Development Programme di bawah Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS).

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Siti Nurhaliza Tidak Halang Anak Ikut Jejak Langkahnya Jadi Penyanyi

2

Refleksi 1 tahun yang lalu

Golongan Melayu B40 Perlu ‘Fasih Mandarin’ Untuk Kerjaya!

3

Karier 1 tahun yang lalu

Kena Langgar 6 Kali, Tulang Terkeluar, Ubai Amir Dedah Cabaran Sebagai 'Stuntman'!

4

Karier 1 tahun yang lalu

“Ramai Tak Percaya Saya Doktor Gigi” – Dr Surendran

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Kolum 1 hari yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan