web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Dididik Makan Menggunakan Tangan Di Rumah Sejak Kecil Lagi

Kolum Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 Dec 2021 10:00AM

Gambar hiasan

oleh

Pearl Lee

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Yang mengajar saya cara makan menggunakan tangan merupakan bapa saya yang merupakan seorang yang berbangsa Cina.

Bapa saya yang kini berusia 70an makan menggunakan tangan di rumah. Yang mengajar bapa saya makan guna tangan ialah nenek dan emaknya. 

Namun begitu, kami sekeluarga juga mengamalkan cara makan menggunakan sudu, garfu, dan chopsticks atau penyepit. 

Pilihan utensil untuk makan pada kami bergantung kepada menu yang dihidangkan dan tempat di mana makanan itu dihidangkan. 

Pakai tangan kalau makan nasi, garfu jika makan pasta dan penyepit jika makan mee atau bihun. 

Beginilah cara penulis makan tiap-tiap hari - baik di rumah atau di kedai. 

Kalau makan nasi lemak, nasi daun pisang, capati, tosai atau roti canai sudah pasti anda akan melihat penulis gunakan tangan. Jika makan mee atau Yong Tau Foo penulis akan bertanyakan tuan kedai jika boleh sediakan penyepit. Jika hidangannya fish and chips atau spaghetti carbonara, penulis akan menggunakan sudu, garfu ataupun pisau. 

Konsep yang sama di guna pakai semasa resepsi perkahwinan. 

Kalau diundang ke majlis resepsi Melayu dan India di dewan ataupun di rumah penulis akan makan menggunakan tangan. Namun, jika dijemput ke hotel, lebih sesuai gunakan sudu dan garfu kerana bukan semua tempat menyediakan air basuh tangan. Jika ke resepsi Cina di hotel atau restoran, penulis akan gunakan penyepit dan kadang-kala sudu dan garfu - kerana ianya bersesuaian dengan jenis hidangan yang disediakan.   

Jika ditanya cara makan mana yang menjadi pilihan utama - jawapannya sudah tentu makan pakai tangan. Bukan hanya lebih puas makan, tapi makanan juga jauh lebih lazat (pada penulislah). 

Harus diakui, kadang-kadang penulis masih makan nasi pakai sudu dan garfu - terutamanya sebelum COVID-19 melanda. Tak manislah kalau jumpa orang dengan tangan yang masih berbau cencalok dan tempoyak walaupun dah basuh tangan berkali-kali.

Apa yang pasti, bukan semua orang Cina di negara ini menggunakan penyepit untuk makan. Malah ada dari rakan-rakan penulis yang berbangsa lain yang lebih pandai menggunakan penyepit dari orang Cina sendiri.  

Saya katakan ‘lebih pandai’ kerana bukan senang untuk mempelajari teknik menggunakan penyepit. 

Dari sakit jari, rasa geram kerana tidak dapat menyepit makanan ke berasa malu kerana makanan yang disepit jatuh atas meja - untuk mahir anda harus rajin berlatih.

Penulis sendiri hanya mula belajar pakai penyepit apabila berusia sembilan tahun. Yang mengajar guna penyepit di rumah ialah emak penulis yang berbangsa Punjabi. 

Ambil masa lama jugalah nak belajar teknik yang betul. Masa nak berlatih pakai pun penulis sering menggunakan getah untuk mengikat kedua-dua penyepit bersama agar boleh mahir.  

Namun, walaupun zaman sudah berubah, tidak dinafikan ada lagi mereka yang akan berasa kekok jika makan tidak menggunakan penyepit ataupun tangan. Golongan ini terutamanya terdiri dari mereka yang berusia lanjut. 

Berilah rakyat di Malaysia ini lagi 20 tahun, saya pasti lebih ramai lagi yang tidak akan berasa janggal makan guna tangan mahupun penyepit. 

Utensil yang digunakan untuk makan sahaja tidak harus menjadi barometer sama ada mereka ini sudah belajar mengasimilasikan diri dengan cara di Malaysia.

Kefasihan dan kepetahan untuk berbahasa Malaysia ternyata lebih penting. 

Memberi peluang yang sama adil kepada semua bangsa dinegara ini untuk maju tidak kira warna kulit juga harus kita utamakan. Semua dasar kerajaan juga haruslah dibentuk tanpa mementingkan mana-mana kaum.  

Sudahkah kita bersedia untuk menutup semua sekolah vernakular di negara ini untuk memastikan hanya sekolah kebangsaan wujud, namun memberi peluang agar bahasa ibunda kaum lain seperti Cina atau Tamil di ajar di sekolah?

Jika kita betul-betul mahu semua rakyat di Malaysia bersatu, adakah kita bersedia membubarkan semua parti politik yang berasaskan kaum dan membuka keahlian parti politik kepada semua kaum, tidak kira bangsa atau agama?

Seribu satu lagi contoh boleh diberi tetapi ianya tidak akan bermaksud apa-apa jika kita sendiri tidak mahu melihat perubahan di negara ini.

Tepuk dada tanya selera. - Getaran, 17 Disember 2021

Pearl Lee merupakan pengasas bersama dan pengarang urusan portal berita Twentytwo13. Hubungi beliau melalui Twitter @pearllee22

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga