web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Harta, Takhta Dan ‘Followers’ - Kayu Pengukur Era Baharu

Kalau para 'instafamous' sibuk berlakon dan para pelakon seronok jadi 'influencer', apa agaknya akan jadi pada industri hiburan kita?

Kolum Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2021 5:31PM

Gambar Hiasan, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Suka atau tidak, reputasi seseorang itu kebiasaannya dinilai dari segi latar belakang pekerjaannya, tahap pendidikannya, harta bendanya dan yang terkini, berapa ramai pengikut media sosialnya - at least in today’s context.

Ya, lebih ramai follower membawa maksud lebih besar pengaruhnya. Meskipun kandungan media sosialnya sampah, tetapi tiada siapa kisah kerana yang pentingnya jumlah.

Realitinya, banyak lapangan hari ini khususnya industri kreatif menjadikan pengaruh media sosial sebagai kayu ukuran kelayakan.

Begitulah juga dengan isu yang hangat diperdebatkan pada seminggu dua yang lepas berkenaan sebuah stesen televisyen penstriman yang mengenakan syarat pengambilan pelakon wajib memiliki jumlah pengikut media sosial lebih daripada sejuta.

Ramai pelakon lama bersuara dan mengecam. Kita yang membacanya pun panas hati tetapi melihatkan senario hari ini, saya rasa kita semua perlu mula akur yang trend ini tidak dapat dikekang lagi.

Seribu kali sayang apabila jaguh-jaguh layar perak tidak lagi menjadi pilihan utama para penerbit dan syarikat produksi gergasi akibat pengikut di Instagram mereka yang bilangannya tidak semenggah.

Yang menjadi rebutan mereka sekarang adalah bintang-bintang media sosial atau instafamous. Dengan jumlah pengikut yang berjuta, mudahlah kerja mereka mempromosi filem dan drama.

Mereka semua tahu implikasi jangka panjangnya tetapi tidak mengapa. Apa yang penting adalah untung hari ini. Paling penting, populariti, bakat tolak tepi.

Industri kerap berbicara mengenai bagaimana golongan influencer mula diserap menjadi pelakon. Walhalnya boleh tahan ramai juga anak seni yang enggan lagi berlakon kerana sudah selesa menjadi influencer.

Berbicara dengan sebilangan daripada mereka (tidak perlulah saya namakan siapa), aktres-aktres ini berkata buat apa susah-payah kerja masuk set dari awal subuh hingga ke lewat malam demi bayaran yang tidak seberapa.

Alangkah mudahnya hidup sebagai influencer, kerja sekadar review produk dan bayarannya jauh lebih lumayan.

Cuma bagi saya suatu kerugian bagi industri kerana yang berkata-kata ini adalah pelakon-pelakon muda berbakat besar, menang anugerah sana-sini.

Bukan dalam arena hiburan sahaja, tempiasnya mengenai gelanggang fesyen juga.

Berkongsi pengalaman sendiri, banyak jenama mewah begitu cerewet memilih selebriti yang mana sesuai untuk membawakan jenamanya. Soalan sama diulang-ulang tanya oleh jenama-jenama mewah ini, “Besides Scha Alyahya, who else?”

Kriteria yang diletakkan amat jelas. Imej selebriti itu wajib urban, timeline harus artistik, kena sejenis yang menulis kapsyen dalam bahasa Inggeris (kalau tidak, kita inilah yang terpaksa tuliskan!).

Banyak juga nama yang pernah diusul, almaklum influencer Melayu memang ramai yang juta-juta pengikutnya.

Walaupun begitu, komen balas yang sering kali diterima dari pihak jenama-jenama mewah ini… “Oh, not classy enough.” “A bit too controversial.” “Too much family,” kerana terlalu banyak muat naik gambar anak-anak.

Paling kerap, “Hmm… a bit too kampung.”

Fast forward to 2021, influencer kampung dan kontroversi itulah yang mereka akhirnya dipilih untuk promosi beg dan kasut. Kerana jenama-jenama mewah ini sudah sedar yang kampung itulah yang menggerakkan stok mereka.

Jadi, masih mahu jaga class atau nak jual barang? Maka terpaksalah jenama-jenama mewah ini hadap, tatkala produk Made in Milan mereka dimuat naik di celah review suplemen putih kulit dan pembersih miss V.

Peniaga kecantikan dan suplemen kesihatan tempatan pun jangan dipandang sebelah mata. Pengaruh mereka sangat besar dengan bilangan pengikut media sosial jika bukan juta, beratus ribu.

Saban hari ribuan menyaksikan sesi live mereka di media sosial dengan kadar engagement yang cukup tinggi. Promosi minuman memutihkan kulit, badan kurus dalam masa seminggu dan pelbagai macam lagi.

Ada kalanya konteks jualan menjurus kepada aspek kesihatan, namun apabila cara menjual stail pasar malam, timbul pula keraguan. Untuk kebaikan bersama, harap-harap KKM membuat pantauan yang ketat.

Jika di Amerika Syarikat, iklan komersial berkaitan kesihatan pasti ada disclaimer di hujungnya untuk amaran tertentu. Masalah orang kita, kita suka overclaim dan umum pula buta-buta mempercayainya.

Laksana sudah menjadi lumrah, masyarakat kita rata-ratanya cenderung mempercayai segelintir individu tertentu berdasarkan populariti di media sosial. Ada baiknya jikalau yang popular dan follower berjuta itu, adalah individu yang bertauliah di dalam bidangnya.

Sebagai contoh, doktor-doktor yang benar-benar memberi khidmat nasihat berguna di dalam bidang yang berkaitan. Saya gemar cara Dr. Amalina Bakri dan Dr. Malar mengguna pengaruh media sosial mereka untuk manfaat bersama.

Sungguh kita perlu lebih ramai lagi individu-individu sebegini yang berkaliber dan berilmu untuk mengimbangi kandungan-kandungan yang sedang berlegar di medan maya.

Pengikut berjuta dihidangkan content membina adalah berganda lebih baik daripada instafamous dengan content no brainer yang sia-sia. - Getaran, 5 Disember 2021

Gambar hiasan: Pexels dan Unsplash

Isu Pada

Adli Hafidz Bawa Tinju Ke Gelanggang Dunia

04 Dec 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Meta, Jangan Jadi Bacul!’ - Anwar

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Fahmi Nafi Arah Agensi Media Tutup Ruangan Komen

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga