Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pasca COVID-19 Dan Perkara Di Sebalik Kamar 

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2021 11:37AM

oleh

Ad Samad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Everything in the world is about sex, except sex.

Sex is about power.”

~ Oscar Wilde

Manusia dilahirkan berpuak-puak. Tribalistic. Sejak ribuan tahun lalu, ciri tersebut telah meningkatkan kadar survival leluhur atau ancestors kita, walaupun ia juga mengakibatkan permusuhan, persengketaan malah peperangan dan berbunuhan di antara puak demi menguasai dan memiliki tiga perkara utama, iaitu; seks, makanan dan tempat tinggal yang selamat.

Puak yang mempunyai peraturan atau satu kod kehidupan, kepercayaan atau agama dan amalan yang berupa sistem hidup atau upacara-upacara, akan kerap mengalahkan puak yang tidak mempunyai ciri-ciri sebegitu apabila berlakunya konflik atau peperangan di antara puak.

Sudah tentu ada ketikanya puak-puak yang berlainan akan juga menjalinkan kerjasama apabila nasib telah membawa mereka untuk saling kenal mengenali di antara satu sama lain.

Sukar untuk leluhur kita melangsungkan kehidupan bersendirian dan tanpa berkumpulan untuk menghadapi faktor alam sekitar yang merbahaya, terutamanya daripada ancaman haiwan buas, penyakit dan bencana alam. 

Untuk kekal di dalam sesuatu kumpulan atau puak, tahap kesetiaan dan kepatuhan seseorang perlu sentiasa dibuktikan, sehingga mereka akan selalu diuji dengan pelbagai perkara yang mudah dan yang mencabar.

Pelbagai ritual perlu dilalui seseorang agar diterima ke dalam sesuatu puak, seperti bertatu, bertindik, bersunat, bertapa, menculik gadis dari puak lain, membunuh dan pelbagai lagi.

Mereka yang tidak mengikuti ‘keseragaman puak’ akan disisih, termasuklah insan-insan yang individualistik atau tersendiri. Disisih dan terasing akan meningkatkan kesukaran hidup dan memendekkan jangka hayat seseorang.

Gambar: Markus Spiske, Unsplash
Gambar: Markus Spiske, Unsplash

Ringkasnya, hidup berpuak memberi terlalu banyak kelebihan kepada spesis manusia agar mereka perolehi keselamatan dalam melangsungkan hidup dan beranak-pinak.

Itulah asal-usul naluri perkauman yang ada dalam kita. Justeru, kita mesti mendidik dan melatih diri untuk melawan naluri tersebut daripada menjadi penyakit dan berjangkit.

Hari ini dunia telah jauh berbeza. Telah ada pelbagai puak-puak moden seperti UMNO atau PKR. Trump atau Biden. Najib atau Mahathir. Manchester United atau Liverpool. Siti atau Dayang. Indie atau mainstream. 

Dan, dunia tatkala COVID-19 pula mewujudkan puak puak baru dalam masyarakat, iaitu pro-Vaxxer dan anti-vaxxer.

Pro-Vaxxer terbahagi kepada beberapa kasta. Pada satu ketika, dipercayai golongan penerima Pfizer adalah kasta tertinggi kerana kononnya ia adalah vaksin terbaik. Ramai yang mahukan Pfizer sehingga kerajaan membuat promosi untuk suntikan Astrazeneca kepada rakyat yang mahukan penerimaan vaksin yang lebih cepat. Promosi tersebut mendapat sambutan hangat.

Sinovac pula dianggap sebagai kasta terendah kerana ia buatan China. Persepsi adakalanya sangat kejam. Segalanya buatan China dianggap berkualiti rendah. Padahal kebanyakan perkara yang dihasilkan di kilang adalah buatan China.

Gambar: Fail
Gambar: Fail

Untuk membuktikan Sinovac selamat, Yang Berhormat Khairy Jamaluddin terpaksa mengadakan liputan media untuk menunjukan dirinya disuntik dengan vaksin Sinovac buatan China itu. 

Dan, bagaikan sakti, beliau kemudiannya berupaya bertutur Mandarin.

Bibit-bibit persengketaan di antara puak pro-vaxxer dan puak anti-vaxxer telah pun bermula dengan sengketa dan pertempuran kecil yang berlaku di sebalik dinding-dinding rumah  persendirian di antara ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai. 

Kelukaan dan kecederaan telah berlaku tetapi belum dapat dinilai angkanya. Namun dipercayai keretakan kekeluargaan dan persahabatan semakin terbelah dan terpisah.

Media sosial kelihatannya lebih dikuasai oleh pro-vaxxer kerana kebanyakan platform media sosial mengambil pendekatan menapis bahan-bahan yang bersifat anti vaksin. Maka WhatsApp, Telegram dan sebagainya menjadi halaman penyebaran risalah anti vaksin paling utama.

Puak anti-vaxxer mempunyai beberapa isu utama dalam penentangan mereka terhadap vaksin, terutamanya vaksin bagi COVID-19, iaitu; isu keselamatan, teori-teori konspirasi di sebalik virus dan vaksin tersebut serta kepercayaan bahawa adanya perubatan alternatif yang lebih baik dan ‘semulajadi’.

Pro-vaxxer akan menganggap anti-vaxxer sebagai golongan pelik yang menolak pendapat ramai. Manakala anti-vaxxer menganggap pro-vaxxer adalah kumpulan majoriti yang bahalol dan gullible, lalu mudah terpedaya. Majoriti selalunya tolol dan minoriti selalunya bergeliga.

Puak pro-vaxxer merupakan majoriti penduduk Malaysia. Semakin banyak tempat-tempat awam seperti kedai makan dan pusat beli-belah yang hanya membenar masuk para pengunjung yang telah lengkap dua dos vaksin. 

Pelbagai syarat yang ditetapkan memberi tekanan besar kepada anti-vaxxer. Tekanan yang diterima akan menghasilkan dua keadaan iaitu sama ada mereka akan akhirnya tunduk dan akur, atau mereka akan lebih bersemangat untuk melawan serta mempertahankan kepercayaan mereka. 

Penganiayaan yang mereka alami dianggap sebagai bukti kebenaran kepercayaan dan pendirian mereka. Iltizam mereka semakin kukuh. Ada yang menyamakan diri mereka dengan pengikut para nabi yang berani menentang kelompok para penzalim yang cuba menindas.

Demi kelangsungan hidup, sudah tentunya puak anti-vaxxer akan bersatu untuk mengukuhkan puak mereka dengan membentuk kumpulan dan sistem sokongan. Kerana tanpanya, kehidupan menjadi amat sukar.

Kumpulan dan sistem sokongan ini mestilah meliputi dua perkara asas, iaitu; kewangan dan ‘laluan selamat’ untuk bergerak melakukan serta mendapatkan perkara perkara asas yang selama ini dipandang enteng seperti membeli-belah, makan di restoran, minum di bar, menonton di pawagam atau bermain bola di padang.

Tanpa kewangan, kehidupan moden adalah mustahil. Tanpa kebolehan untuk bergerak bebas, kehidupan adalah penjara.

Seks dalam kalangan anti-vaxxer akan menjadi terhad atau satu scarcity kepada para pemuda untuk mendapatkan pemudi. Dan, vice versa

Tanpa menyelesaikan permasalahan seks dan perkahwinan, puak anti-vaxxer hanya akan kekal satu atau dua generasi sahaja, akibat kegagalan berkahwin dan melakukan seks.

Kita yang wujud hari ini adalah daripada keturunan yang berjaya melakukan seks.

Maka ‘Imam Besar’ anti-vaxxer perlu segera mengeluarkan ‘fatwa’ untuk menyelesaikan permasalahan seks dalam kalangan mereka, tanpa ‘Imam Besar’ menggunakan ‘kuasa’ yang beliau ada untuk terlebih dahulu menikmati manfaat daripada ‘fatwa-fatwa’nya.

Kegunaan ethinylestradiol dan drospirenone, serta penggunaan sarung getah pencegah kehamilan, terutamanya yang mempunyai tahap ketebalan 0.05mm, ribbed, dotted, dan berpelincir ekstra, mestilah segera ‘diharamkan’.

Demi puak; seks perlu menjalankan tugas yang seharusnya ia jalankan.

Bukan sekadar seronok-seronok. - Getaran, 10 November 2021

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 3 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Kolum 1 hari yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan