Berita Terkini

5 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Vaksin, Ikut Hati Mati, Ikut Rasa Binasa

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2021 2:47PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DISURUH ambil suntikan vaksin COVID-19 enggan. Lebih terpengaruh dan percaya dengan dakyah kumpulan anti vaksin daripada mempercayai kerajaan yang tidak mempunyai apa-apa muslihat tersembunyi melainkan untuk melindungi rakyat daripada ancaman COVID-19.

Ramai yang enggan ini adalah kelompok yang terlibat langsung dengan masyarakat. Ada guru, ada pensyarah, ada guru agama, juga kakitangan kerajaan lain. Pelbagai alasan diberi untuk tidak mahu divaksin, tanpa sokongan data konkrit atau bukti saintifik.

Apabila Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bertegas beliau akan menyusahkan mereka yang tidak mahu divaksin, kelompok ini melenting. Kata-kata Khairy dianggap ancaman dan buli. Mereka melabelkan Khairy dengan pelbagai gelaran tidak manis. Tetapi beliau tidak terganggu.

Kenyataan Khairy bukan ugutan. Cuba fahami maksud tersirat. Mesejnya ialah mereka yang enggan divaksin sebenarnya yang menyusahkan diri sendiri. Ini kerana suntikan vaksin dua dos lengkap adalah pra syarat kepada banyak aktiviti. Tanpa vaksin, hidup akan diasing dan terasing.

Misalnya, keghairan orang ramai rentas negeri sejak dibenarkan mulai 11 Oktober terbuka hanya kepada mereka yang lengkap divaksin. Memang boleh cuba nasib langgar syarat kerana tidak ada sekatan jalan raya (SJR), hanya sekatan rambang oleh polis. Tetapi jika tertangkap, denda sehingga RM2,000 menanti.

Yang lebih penting ialah kejujuran dan keikhlasan diri. Ingat risiko terhadap ibu bapa dan keluarga. Apa guna seronok balik kampung tetapi berubah duka gara-gara menularkan COVID-19 kepada mereka.

Untuk dine in juga perlukan dua dos, juga ke surau dan masjid. Untuk masuk ke kompleks beli belah, untuk melancong atau ke luar negara pun sama. Untuk mengajar di sekolah atau memberi kuliah di universiti juga begitu. Malah hanya pelajar yang lengkap dua dos dibenarkan kembali ke kampus. Ini sekadar beberapa contoh.

Pendek kata vaksin lengkap adalah lesen kepada hampir semua aktiviti. Enggan divaksin bermakna sengaja menyusah dan menyekat pergerakan diri sendiri kerana tidak boleh melakukan aktviti yang dibenar dilakukan oleh penerima dos lengkap. Hidup mereka sengsara diasing dan terasing.

Kementerian Pendidikan sudah memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap guru yang enggan divaksin. Mereka berkemungkinan tidak lagi dibenarkan mengajar.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga mengeluarkan pekeliling amaran tindakan akan diambil terhadap mereka yang enggan divaksin, termasuk menamatkan perkhidmatan. Ini untuk mejamin keselamatan dan keselesaan persekitaran tempat kerja.

Bersediakah ditamatkan perkhidmatan kerana degil tidak bertempat? Sumber pendapatan terjejas. Kehidupan menjadi susah. Akhirnya kerajaan juga dipersalah.

Jangan mempertikai usaha dan niat murni kerajaan dengan mempertahankan kononnya adalah hak asasi mereka jika tidak mahu divaksin. Tidak harus ada paksaan.

Kenapa hanya memikirkan hak mereka? Bagaimana dengan hak orang lain yang divaksin untuk hidup sihat dan selamat? Kenapa segelintir manusia degil dan selfish harus dibiar membahayakan kehidupan lebih ramai orang?

Bagaimana pula dengan hak kaum keluarga? Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) telah memberi ingatan kepada kumpulan anti vaksin supaya divaksin sebelum mereka atau orang tersayang menjadi mangsa COVID-19. Adakah apabila sudah berlaku baharu hendak menyesal? Ketika itu sudah terlambat. Nasi sudah menjadi bubur.

Memetik Presiden MMA, Dr. Koh Kar Chai, walaupun kini kes COVID-19 berkurangan dengan ketara, masih ada yang dimasukkan ke hospital untuk Kategori Tiga, Empat dan Lima. Sebahagian besarnya adalah individu yang tidak divaksin. Belum cukup untuk menjadi iktibar?

Dalam menghadapi golongan anti vaksin ini, kerajaan mesti tegas dengan peraturan dua dos lengkap untuk akses kepada pelbagai aktiviti, di samping terus menguatkuasa prosedur operasi standard (SOP) seperti memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal.  

Jumlah populasi dewasa yang menerima suntikan dua dos sudah melebihi 90 peratus. Diharap proses memberi memvaksin kepada yang belum menerima segera diselesaikan, kecuali mereka yang disahkan oleh doktor tidak boleh divaksin atas sebab kesihatan.

Yang enggan menerima vaksin, fikir keselamatan diri dan orang sekeliling. Insaflah dan ubah sikap.  Penerangan mencukupi sudah diberi. Jika memang tetap degil, tidak perlu dipujuk dirayu. Apakan daya jika lebih rela hidup terasing. Ikut hati mati, ikut rasa binasa! - Getaran, 21 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 3 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

2

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

3

OIC Kutuk Pembunuhan Beramai-ramai Berterusan Israel Di Semenanjung Gaza

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut