Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Penubuhan Perbadanan Industri Muzik Malaysia (IV) - Sambungan

Seni & Hiburan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2021 3:09PM

Gambar: Caught In Joy, Unsplash

oleh

Ad Samad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Permasalahan di MACP 

Ahli MACP terbahagi kepada ahli pencipta dan  ahli publisher.

Buat masa ini, ahli pencipta seramai kira-kira 4,000 orang, manakala ahli publisher terdiri daripada 200 syarikat.

Seperti yang telah aku jelaskan di rencana terdahulu, publisher adalah sebuah 'syarikat pengurusan' dan artificial entity. Ia tidak mempunyai kedudukan di dalam Akta Hak Cipta. Mereka berada di dalam MACP kerana kontrak di antara mereka dengan pencipta.

Terdapat tiga masalah utama yang ingin aku nyatakan dalam penulisan kali ini:

i) Tiada pengauditan terhadap pengagihan royalti

Selama lebih kurang 30 tahun kewujudannya, pengagihan royalti oleh MACP kepada ahlinya tidak pernah diaudit oleh mana-mana juruaudit profesional. Justeru itu, tidak dapat disahkan adakah ahli mendapat pengagihan yang benar dan tepat.

Audit yang dilakukan terhadap MACP adalah Penyata Kewangan Tahunannya tetapi bukan terhadap Pengagihan Royalti yang berjumlah puluhan juta ringgit setahun. 

Tuntutan ahli MACP menerusi beberapa Mesyuarat Agung Tahunan untuk diadakan audit terhadap pengagihan royalti telah tidak diendahkan oleh ahli lembaga pengarah (ALP) MACP.

Jadi, adakah ahli mendapat agihan yang tepat? Kita tidak tahu.

Mungkinkah berlaku sebarang penipuan atau penyelewengan dalam pengagihan royalti kepada ahli adalah soalan yang munasabah untuk ditanya, bukan?

ii) Kedudukan para publisher yang mempunyai kuasa melampau

Walaupun nisbah di antara pencipta dengan publisher adalah 20:1; kerusi Ahli Lembaga Pengarah MACP dibahagi 50:50 di antara pencipta dan publisher.

Tatkala ALP yang mewakili para pencipta adalah para pemunya hak cipta atau para komposer dan penulis lirik. ALP yang mewakili publisher pula adalah para pekerja syarikat yang bekerja dengan gaji bulanan.

Perlembagaan MACP yang memberi publisher kedudukan sama rata dengan para pencipta adalah merendahkan martabat para pencipta dari segi semangat Akta Hak Cipta. 

Setiap kontrak di antara setiap pencipta dengan publisher adalah berbeza-beza peratusan pembahagiannya; yang seharusnya saksama atau melebihi kepada pembahagian pencipta. Justeru pembahagian kerusi sama rata di antara pencipta dengan publisher adalah tidak tepat, malah jauh melencong.

Kelebihan yang ada pada publisher dari segi kekuatan kewangan, pengurusan dan tenaga  kerja dengan all intents and purposes telah meletakan kedudukan para pencipta sentiasa berada di bawah tapak kaki para publisher untuk dipijak dan diludah.

Lagi memburukan keadaan, MACP mengamalkan sistem pengundian 'Weighted Vote' yang rumit dan pelik.

Amalan 'Weighted Vote' menjadikan MACP seolah olah sebuah syarikat persendirian berasaskan share dan modal tunai. Walhal, MACP adalah sebuah syarikat bersifat pemegang amanah atau trustee dan bukan berdasarkan keuntungan (non-profit organisation) dan syarikat yang limited by guarantee atau terhad oleh jaminan.

Sistem itu seolah-olah digubal di awal penubuhannya iaitu 30 tahun dahulu oleh kelompok para syarikat penerbitan dan rakaman untuk menjamin kuasa mereka kekal di dalam MACP buat selama-lamanya.

Secara ringkasnya, sistem pengundian MACP adalah berdasarkan setiap pendapatan ahli yang berjumlah RM1,000 akan mendapat satu lagi undi tambahan.

Sebagai contoh, ahli yang mendapat pendapatan royalti RM10,000 akan mendapat 10 undi tambahan dan dicampur dengan satu undi asal; untuk menjadikan keseluruahnya adalah 11 undi.

Sistem durjana yang tidak adil itu sangat memberi manfaat kepada tiga international publisher gergasi, yang memperolehi pendapatan agihan berjumlah jutaan ringgit setahun. Justeru itu, memberi mereka tambahan nilai undi yang terlalu banyak yang menjadikan hampir mustahil untuk dikalahkan dengan nilai undi para pencipta.

Sistem itu dengan berkesan memberi para publisher gergasi antarabangsa kuasa  yang  keterlaluan untuk menentukan hala tuju badan itu dan melenyapkan kuasa para pencipta tempatan; iaitu pemunya hak cipta sebenar.

Bukan sahaja kepentingan para pencipta, malah kepentingan para publisher tempatan juga dengan sewenang-wenangnya diketepikan oleh publisher gergasi antarabangsa menerusi jumlah undi mereka.

Jika dianalisa jumlah undian yang dilakukan ketika Mesyuarat Agung Tahunan MACP; kita akan dapati bahawa jumlah undi majoritinya adalah terlalu besar. Sering kali  jumlah majoriti sesebuah pengundian adalah perbezaan sebanyak 90%, dan undian syarikat publishing gergasi milik antarabangsa mewakili lebih daripada 80% jumlah pengundian majoriti tersebut.

Apabila membicarakan Minority Rights; siapakah minoritinya di sini? 

4,000 ahli pencipta atau tiga syarikat gergasi?

Pembentangan usul untuk meminda Perlembagaan MACP kepada '1 Ahli 1 Undi' dengan mudah ditewaskan oleh mereka yang mendapat manfaat daripada sistem 'Weighted Vote' dengan majoriti undi melebihi 90% pada Mesyuarat Agung Tahunan MACP 2020.

90% majoriti yang menentang satu sistem yang lebih mudah, adil dan telus adalah suatu keanehan yang sangat luarbiasa.

iii) Lebih 50% hasil kutipan mengalir ke luar negara

Kuasa melampau publisher antarabangsa memberi kesan langsung kepada negara, khususnya dari segi ekonomi. 

Lebih daripada 50% pendapatan MACP yang berjumlah ratusan juta ringgit telah mengalir keluar negara sejak permulaan MACP 30 tahun yang lalu. Itu adalah satu kerugian kepada seluruh rakyat Malaysia.

Dan, jumlah aliran wang keluar itu adalah hasil daripada jumlah wang agihan royalti yang tidak pernah diaudit oleh juru audit profesional yang bertauliah!

Antara langkah yang boleh diambil bagi mengekang pengeluaran wang keluar adalah dengan meningkatkan bajet atau peruntukan terhadap Aktiviti Budaya atau Cultural Activity daripada 1% kepada 10% daripada pendapatan tahunan. Peruntukan tersebut dapat digunakan bagi membantu ahli tempatan dalam pelbagai cara, terutamanya ketika menghadapi wabak COVID-19.

Namun, usul itu dengan sepantas sepetik jari akan dicantas oleh ahli lembaga pengarah yang mewakili syarikat syarikat luar negara, kerana merasakan bahawa kejatuhan pendapatan syarikat tempat mereka bekerja akan menjejaskan Key Performance Index (KPI) mereka sebagai pekerja syarikat.

Terlalu banyak kepincangan yang berlaku dan wajib diperbetulkan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)  dan MyIpo mempunyai pelbagai cara dan kuasa untuk membantu membetulkan sebarang kepincangan di dalam perlembagaan atau undang-undang sesebuah organisasi yang melencong daripada tujuan asal penubuhannya.

Sayangnya, kepincangan yang disebut di atas tidak disedari oleh pihak-pihak yang berkuasa. Maka, diharap karangan ini dapat menjadi sebagai bahan pembuka mata.

Di dalam masyarakat yang buta mengenai Akta Hak Cipta dan tadbir urus yang baik; para kapitalis yang bermata satu saling tak tumpah seperti si Dajjal yang bermain silap mata memperbodohkan umat.

Badan badan pelesenan mestilah dipantau oleh pihak berkuasa dengan prosedur berkala dan berjadual untuk memeriksa semula dokumentasi daripada badan-badan pelesenan, terutamanya Audit Pengagihan Royalti. 

Itu bukan sahaja untuk menjaga kepentingan para penggiat muzik, tetapi juga demi menjaga kepentingan para pengguna yang telah membayar yuran perlesenan bernilai jutaan ringgit setahun.

Pengguna membayar yuran perlesenan in good faith bahawa bayaran tersebut akan sampai tepat kepada mereka yang berhak.

Sekiranya pihak pihak berkuasa tidak dapat melindungi pihak marginal seperti kami iaitu para penggiat muzik, sekurang-kurangnya pihak pihak yang berkuasa mestilah melindungi pihak pengguna daripada sebarang tirani kapitalis buas.

Kerana sesungguhnya, kita semua adalah pengguna. - Getaran, 13 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 bulan yang lalu

Pencipta Dragon Ball, Akira Toriyama Meninggal Dunia

2

Muzik 9 bulan yang lalu

KPDN Adakan Perbincangan Kaedah Pembahagian Royalti Artis

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Keunikan Malaysia Yang Membentuk Diri Saya Menjadi Sepertimana Hari Ini - Michelle Yeoh

4

Kolum 1 tahun yang lalu

Pembentukan Perbadanan Muzik Negara, Langkah Susulan Yang Perlu Fahmi Fadzil Laksanakan

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Budaya 16 jam yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 20 jam yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

Pelakon dan penyanyi itu memaklumkan Sarah Jasmine menghubunginya untuk memohon maaf kerana menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya. 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Adira Sah Bercerai

oleh Wartawan Hiburan Getaran