Berita Terkini

6 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Membenih Kaca Bercambah Bunga

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2021 6:29PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lepas dibuang kerja dan memerap di rumah dalam PKP saya sendiri terjebak dan mula bercucuk tanam pokok di halaman rumah. Mungkin kerana bisikan grup-grup petani di FB. Setakat ini pokok kacang bendi dan selasih paling berjaya sehingga dah tak termakan hasilnya.

Banyak sekali saya belajar dalam jangka masa ini, misalnya jika tanam benih adakala menjadi, adakala mati. Untung saya tidak terlalu bebal dan pandai memilih biji benih. Kalau hendak kacang buncis atau daun sup, tanamlah bijinya. Jika tanam kaca, tiada yang akan tumbuh melainkan membahayakan diri jika terluka.

Dalam tempoh kurang 100 hari Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri dan membawa slogan Keluarga Malaysia, berlaku satu rusuhan di Cheras tempoh hari. Mengikut kenyataan polis, ianya berlaku bila mesin jentolak datang untuk membina pengadang jalan, pada masa yang sama ada khabar angin mengatakan jentolak itu datang untuk merobohkan tokong cina. Saya tidak mahu terlibat dengan spekulasi dan yakin ada salah faham berlaku dalam kes ini. Apapun kita serahkan kepada pihak polis untuk menyiasat.

Namun apa yang penting ialah peristiwa ini telah terjadi dan menunjukkan betapa rapuhnya perpaduan kaum di Malaysia. Kurang sebulan lepas kita baru menyambut hari kebangsaan dan hari Malaysia; dengan simbol kepelbagaian kaum dan cerita-cerita yang mengharukan. Saya bukan hendak melaga-lagakan kaum, jangan silap. Saya nak cerita yang kita ada masalah yang dah terlalu lama disapu masuk bawah tikar. Kegagalan komunikasi adalah kesan hilangnya rasa yakin rakyat kepada pemerintah. Saya huraikan.

Disebalik cogan kata Keluarga Malaysia, tindakan seperti mewajibkan pemilikan ekuiti 51 peratus bumiputera dalam syarikat penghantaran dan cadangan untuk membenarkan syer bumiputera bertukar tangan hanya sesama bumiputera sangat mengelirukan. Sepatutnya Keluarga Malaysia ini  lebih rapat dan adil berbanding idea Bangsa Malaysia namun sebaliknya berlaku. Kebolehpercayaan jenama Keluarga Malaysia ini mirip jersi cetak rompak gred tinggi. Cantik diluar tapi tiada kualiti.

Sewajarnya kita merawat prejudis antara kaum di Malaysia setelah diracun dari kes Adib, penjualan TH kepada orang Cina dan banyak lagi penipuan yang direka untuk memecahbelahkan kaum. Modal politik dengan menanam syak wasangka sepatutnya diharamkan terus seperti haramnya rasuah, atau haramnya Sajad memakai telekung memasuki masjid di Perlis.

 Namun ia bukan diganti dengan iklan keharmonian yang palsu seperti perpaduan berasaskan berkongsi makanan kegemaran. Prejudis hanya boleh dihapuskan dengan dialog jujur dan dasar yang adil. Ini masa depan kita yang harus kita corakkan bersama. Rasa sangsi antara kaum hanya boleh dihapuskan dengan kejujuran. Kemudian barulah kepercayaan dan kebersamaan dibina. Ini resepi keluarga bahagia.

Kita boleh jangkakan perdebatan hangat dan keputusan yang tidak popular; tapi seperti menanam pokok, kita bukan harap hasil yang serta merta.

Namun jika kita terus membenih kaca seperti apa yang berlaku sekarang, janganlah mengharap bunga yang akan tumbuh darinya. - Getaran, 30 September 2021

Zulfadzli Halim ialah seorang bekas jurutera sebelum COVID. Kini berkicau di Twitter menggunakan nama @bumilangit kerana tak cukup kacak untuk TikTok

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Dana RM700 Juta: 'Ya, Kami Ambil Keterangan Ismail Sabri' - SPRM

2

Politik 1 tahun yang lalu

RoS Perlu Tangguh Pemilihan UMNO Hingga Siasatan Selesai? Ini Pandangan Pakar

3

Politik 1 tahun yang lalu

Tidak Bersara, Ismail Sabri Akan Terus Aktif Politik Walaupun Bukan Lagi Naib Presiden

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Penjenamaan Keluarga Malaysia 341 Kali Ganda Lebih Mahal Berbanding Keluarga Prihatin

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok