Berita Terkini

20 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Trend Fesyen Kini Yang Bebas Jantina

Ada apa dengan trend 'genderless' atau 'gender fluid' sekarang? Perkataan 'trend' tidak hanya ada dalam konteks fesyen semata dan sedarkah anda bahawa trend fesyen adalah cerminan terus kepada keadaan sosioekonomi manusia.

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 26 Sep 2021 6:06PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Trend fesyen. Golongan yang bukan dari industri ini mungkin akan mengatakan yang ianya dengkel, tidak berguna, hanya untuk suka-suka dan buang masa. 

Mungkin bagi mereka, Minggu Fesyen itu sekadar sarkis stail di mana model-model berarak di dalam ciptaan terkini manakala tetamu glamor pula catwalk di hadapan kelompok jurugambar jalanan for their 15 minutes of fame

Tetapi trend fesyen yang bermusim inilah yang memacu minat dan kehendak manusia sejagat – sedar atau tidak. Ia membina model perniagaan, mencipta jutaan peluang pekerjaan dan menjana keuntungan berbilion ringgit saban tahun.

Jadi, ada apa dengan trend? Walaupun perkataan 'trend' tidak hanya diguna pakai pada fesyen semata, namun saya cukup gemar mengkajinya dari sudut itu kerana trend fesyen adalah cerminan terus kepada keadaan sosioekonomi manusia. 

Gambar Fail AFP
Gambar Fail AFP

Jika anda benar-benar teliti, kadangkala kita seolah-olah mampu menganalisa trend masa hadapan berdasarkan situasi kehidupan hari ini.

Situasi kehidupan yang saya maksudkan bukanlah gosip selebriti tetapi ianya merangkumi perkembangan politik serta ekonomi sehinggalah kepada inovasi teknologi. Setiap faktor ini saling bersangkut-paut.

Saya kongsikan beberapa contoh ringkas bagaimana keadaan sosioekonomi masyarakat dunia mempengaruhi trend fesyen. Menjengah tahun 1920-an melewati 1930-an, dunia Barat baru sahaja keluar dari Era Depresi dan wanita tidak lagi dipaksa menyarung korset.

Timbul trend flapper dress yakni helaian longgar yang sentengnya menghampiri lutut, simbolik kepada kebebasan serta kebangkitan era jazz yang seterusnya membuka jalan kepada sebuah revolusi modenisasi.

Masuk 1940-an, rumah-rumah fesyen Eropah mulai tampil dengan kunci-kunci gaya yang kemudiannya mengemudi minat dunia. Gaya New Look oleh Christian Dior pada 1947 antara yang paling signifikan dan ikonik, bersesuaian dengan kemasyhuran dunia perfileman Hollywood pada waktu itu.

Antara gaya yang dikeluarkan oleh Christian Dior pada tahun 1940-an
Antara gaya yang dikeluarkan oleh Christian Dior pada tahun 1940-an

Youth culture meletus pada sekitar 1960-an. Semua wanita berskirt mini, corak psychedelic hingga ke antem flower power pula menjadi kegilaan anak muda.

Kemuncak rebellion ini adalah pada ambang 1970-an, sewaktu berlangsungnya Perang Vietnam. Generasi hippie melaungkan suara kebebasan dan wanita-wanita Barat ketika itu berani berkempen burn the bra dalam usaha untuk mencetus kebangkitan feminisme. 

Masuk 1980-an, ekonomi dunia khususnya Amerika Syarikat sedang berada di puncaknya. Stail power suit menjadi simbol pengaruh dan kuasa si kapitalis. Wanita juga turut serta menyarung persalinan tailored dengan pad bahu lalu diperlengkapkan bersama solekan garang serta rambut perm kembang. The bigger the better

Siri televisyen seperti ‘Dynasty’ dan ‘Knots Landing’ antara cerminan fiksyen kepada budaya materialism yang mengungguli setiap aspek kehidupan ketika itu.

Dekad terakhir sebelum Y2K adalah era yang agak samar. Antara pengaruh grunge hingga ke minimalisme, trend fesyen agak moody. 

Pada pengamatan saya, 1990-an ibarat vakum. Mungkin dek suasana ekonomi yang sedikit meleset, aspirasi tampil mendatar. Dan mungkin kerana itu juga, kebanyakan rumah-rumah fesyen mulai mencedok kembali trend dekad-dekad lampau. 

Sungguh, trend ini berputar. What comes around goes around.

Sepanjang meniti tahun 1990-an, saya menyaksikan bagaimana Prada mendahului trend semasa dengan aura retro yang dipinjam dari era 60-an.

Tahun berikutnya, Tom Ford yang mereka untuk Gucci melancarkan himpunan ala 70-an berinspirasikan koleksi-koleksi Yves Saint Laurent yang lepas-lepas. 

Trend fesyen semasa terus berpusing, mencedok ilham dari dekad 20-an sampailah 80-an.  

Melihat kerancakan trend lama kembali hangat agak mengujakan. Tetapi, what’s next?

'Empire Records', antara filem 90-an yang dikatakan 'trendy' pada waktu itu
'Empire Records', antara filem 90-an yang dikatakan 'trendy' pada waktu itu

Satu persoalan yang bermain di kotak minda saya pada waktu itu adalah, apakah yang bakal trending pada 2000 dan tahun-tahun seterusnya - sementelah trend fesyen setiap dekad sudah puas dikitar semula?

Saya masih ingat bagaimana sesetengah pereka cuba berimaginasi dengan idea futuristik yang penuh inovasi. Namun jelas sekali peminat fesyen dunia tidak begitu menggemari.

Manakala Ilham-ilham teaterikal pula lebih mencuri tumpuan. Sebagaimana di pentas adibusana Dior hasil buah fikiran John Galliano, pementasan haute couture ketika itu jelas mencetus gelombang fesyen yang cukup hangat.

Walaupun begitu, haute couture bukanlah pakaian hari-hari dan fesyen era 2000-an terus tampil mendatar.

Sekarang, trend teaterikal dan futuristik sudah dianggap jauh ketinggalan.

Sebagaimana persoalan saya tadi, what’s next? Bagaimana keadaan kehidupan masyarakat kini mempengaruhi trend fesyen semasa?

Generasi hari ini dan kebergantungan mereka terhadap media sosial telah membangkitkan suatu revolusi terhadap hak-hak asasi. 

Dengan teknologi tanpa batasan, golongan muda kini mulai mempersoalkan tentang ketidaksamarataan hak antara jantina atau bangsa, penerimaan terhadap warna kulit, saiz badan dan entah pelbagai macam isu lagi. 

Ramai juga yang kian celaru identiti dan apabila sudah diberi platform untuk bersuara, maka muncullah trend fesyen yang gender fluid

Gucci antara label yang galak menjual idea sebegini. Dan siapa sangka majalah Vogue akan memaparkan Harry Styles memakai dress sebagai hiasan muka depan?

Ya, kita sudah sampai ke sebuah zaman di mana banyak himpunan fesyen direka versatil untuk kedua-dua jantina serta ‘identiti lain’.

Wanita membeli pakaian di department lelaki dan lelaki membeli pakaian di department wanita. Melihat lelaki membeli jaket atau seluar wanita di Zara bukan lagi pemandangan pelik – at least in today’s context.  

Walaupun saya cukup gemar pada stail Hailey Bieber yang kerap kali menyarung sut lelaki, namun di sisi lain, ramai lagi selebriti yang tampil keterlaluan.

Acara glamor dunia khususnya menggalakkan trend sebegini. Aksi cross dressing di karpet merah oleh Billy Porter hingga ke Lil Nas X antara yang mencetus kontroversi dan tiada satu pun pihak berani tampil memberi kecaman.

Melihatkan perkembangan fesyen hari ini, hati ini agak berdebar.

Dalam masa sama, saya rasa amat lega kerana sudah lama meninggalkan kerjaya sebagai media fesyen. Kerana tentu sekali liputan Lil Nas X menyarung gaun Versace wajib dilaporkan secara positif dan seterusnya diterbitkan atas dasar memenuhi obligasi terhadap klien. 

Masa mematangkan kita dan saya tidak mahu lagi menjaja berita yang boleh menambahkan lagi rosaknya generasi anak bangsa.

Dan saya percaya, trend genderless ini cuma suatu permulaan kepada aliran fesyen yang lebih membimbangkan.

So, what’s next? Kita tunggu dan lihat. - Getaran, 26 September 2021

Isu Pada

Sisi Tersembunyi Daiyan Trisha

25 Sep 2021

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Kolum 13 jam yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan