Berita Terkini

1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Antara Keselamatan Diri Dan ‘Survival’ Ekonomi

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2021 11:37AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Banyak tempat dibuka semula kerana sebab ekonomi, bukan kerana ia selamat.”

Ini peringatan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, melalui ciapan di Twitter baru-baru ini.

Peringatan beliau susulan semakin banyak sektor ekonomi dan sosial dibuka semula dalam keadaan COVID-19 masih mengganas. Sehingga 24 Ogos, kes keseluruhan mencecah 1.593 juta. Kes jangkitan harian ialah 20,837 dengan kes sembuh baharu 18,613 kes. Jumlah kes sembuh keseluruhan ialah 1.316 juta.

Jumlah kes aktif pula 262,713 dengan 1,063 masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), 511 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. Jumlah kematian harian 211 orang, menjadikan jumlah kematian keseluruhan 14,553 orang.

Dengan angka yang menakutkan ini, tepat sekali peringatan Dr Noor Hisham agar orang ramai sentiasa waspada. Pembukaan semula pelbagai sektor ekonomi dan sosial bukan kerana keadaan sekeliling sudah benar-benar selamat, tetapi lebih kerana tuntutan dan survival ekonomi. 

Namun sektor ini terpaksa dibuka secara perlahan-lahan berteraskan Pelan Pemulihan Negara (PPN) kerana ia antara sektor paling terjejas teruk akibat tempias COVID-19. Banyak sektor ekonomi terpaksa gulung tikar atau ditutup sementara sehingga keadaan menjadi lebih baik.

Kesan rantaiannya ialah ramai kehilangan kerja yang bermakna putus sumber pendapatan, seterusnya boleh menimbulkan pelbagai masalah sosio-ekonomi lain. Ini tidak harus dibiarkan kerana bimbang kesan lebih teruk terhadap ekonomi negara.

Dengan sokongan rakyat, dijangka pembukaan semula sektor ekonomi dapat merancakkan sektor tersebut sambil berharap ia dapat menghasilkan lebih banyak peluang pekerjaan.

Membuka sektor ekonomi dalam keadaan COVID-19 masih belum reda memang berisiko. Namun keadaan ekonomi yang meruncing juga perlu perhatian serius. Justeru langkah terbaik ialah menyeimbangkan keselamatan rakyat dengan kepentingan ekonomi.

Sekali pun kelonggaran diberi, jangan lalai melindungi diri. Terus amalkan operasi prosedur standard (SOP) seperti pemakaian pelitup muka, sebaik-baiknya dua lapis. Amalkan penjarakan fizikal dan membasuh tangan dengan sabun atau sanitizer. Jauhi kawasan sesak atau tertutup. Risiko jangkitan lebih tinggi dalam kawasan seperti ini.

Keadaan dijangka lebih meyakinkan apabila negara mencapai sasaran imuniti kelompok pada Oktober, apabila lebih 80 peratus penduduk lengkap divaksin. Untuk itu, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) wajar diperhebat. Dengan kadar vaksinasi negara antara terpantas di dunia, InsyaAllah sasaran imuniti kelompok dicapai pada waktunya.

WP Labuan menjadi wilayah pertama berada pada Fasa 4 PPN dengan kadar imunisasi mencapai 92.4 peratus. Kadar kes positif COVID-19 menurun kepada satu digit secara konsisten selama 12 hari berturut-turut sehingga 24 Ogos.

WP Kuala Lumpur dan Putrajaya mencapai imuniti kelompok bulan ini. Malah WP juga dalam proses menyediakan rangka aktiviti pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai road map menghidup dan menyemarakkan aktiviti ekonomi, sosial dan budaya di WP.

Program vaksinasi perlu memfokus untuk memvaksin seramai mungkin dalam waktu secepat mungkin. Pastikan mereka yang belum mendaftar berbuat demikian. Mereka yang sengaja enggan mendaftar akibat terpengaruh dengan kempen anti vaksin perlu diberi kesedaran.

Jika masih enggan, tindakan perlu diambil terhadap mereka. Jangan sampai ada kelompok yang seolah-olah sengaja mahu mensabotaj program vaksinasi dan mendatangkan risiko jangkitan kepada orang lain.

Di sebalik peringatan agar orang ramai berwaspada, sebenarnya ramai yang sedar keselamatan diri apabila tidak terlalu teruja dengan pelbagai kelonggaran pergerakan yang diberi. Mereka masih bimbang untuk keluar dan bercampur dengan orang ramai walau pun dengan mematuhi SOP.

Mereka masih memilih ‘duduk di rumah’, kecuali ada hal mendadak atau penting. Bagi kebanyakan mereka, bersantai di restoran bukanlah perkara penting. Malah menurut laporan media, ada restoran yang belum bersedia menerima pelanggan kerana bimbang dengan risiko yang mungkin ditanggung. Hanya take away diteruskan.

Juga terdapat laporan walau pun sektor pelancongan sesama negeri sudah dibuka, belum ramai yang mengambil kesempatan untuk melancong. Mereka mungkin masih menunggu sehingga keadaan bertambah baik sebelum berani pergi bercuti.

Benar, orang ramai diingatkan sentiasa berwaspada. Namun untuk memastikan sektor ekonomi rancak, sokongan mereka diperlukan agar kedua-dua pihak beroleh manfaat. Yang penting semua berusaha gigih mengekang COVID-19 agar rakyat dan negara kembali kepada kehidupan normal. Lagi cepat, lagi subur pertumbuhan ekonomi.

Sehingga itu, sentiasa waspada keselamatan diri. Ingat pesan Dr Noor Hisham, jaga diri dan patuhi SOP. Jangan alpa dengan ancaman COVID-19 kerana ia tidak pernah lupa dengan kita, apatah lagi jika kita sendiri mudah lupa. - Getaran, 26 Ogos 2021

Bekas Penolong Ketua Pengarang Kumpulan akhbar keramat Melayu, Utusan Malaysia. Masih sarat dengan jiwa dan naluri kewartawanan, menulis tanpa jemu, berkarya tanpa ragu. Graduan Sarjana Sains (Kewartawanan) Universiti Boston, lewat 1984.

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 3 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

2

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

3

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

4

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

5

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

6

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi