Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Gadai Barang Kemas, Tolak Kereta Sorong, Detik Sukar Peniaga Pulau Perhentian

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2021 8:56PM

Nur Kamira menolak kereta sorong untuk menjual sarapan dari rumah ke rumah demi menyara keluarga.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BESUT - Gadai barangan kemas dan terpaksa menolak kereta sorong untuk berjualan dari rumah ke rumah adalah antara kepayahan terpaksa ditanggung peniaga di medan selera Pulau Perhentian di sini, demi kelangsungan hidup.

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) nyata membebankan, apabila pulau pelancongan itu ditutup kepada pengunjung luar.

Siti Kartini A Ghani, 49 berkata, jika sebelum COVID-19 pendapatan kasarnya boleh mencecah sehingga RM2,000 sehari namun ketika ini dia hanya dapat meraih kurang dari RM100.

Beban itu semakin bertambah apabila suaminya tidak lagi bekerja, dan pada masa sama, perlu menyara 10 anak.

“Hanya saya seorang yang bekerja (dalam keluarga). Sebelum COVID-19, 25 kilogram tepung digunakan untuk membuat kuih dan jualan tidak pernah bersisa.

“Dalam jam 9 atau 10 saya sudah boleh menutup kedai, kerana semua kuih habis dibeli. Tapi sekarang, kuih dari enam kilogram tepung pun belum tentu terjual kerana pulau tidak lagi dikunjungi pelancong,” katanya ketika ditemui di sini.

Kesukaran hidup yang kian menghimpit katanya, memaksa dia menggadaikan barang kemas yang ada, termasuk cincin perkahwinan untuk mendapatkan wang.

“Memang kena gadai emas, tak boleh nak buat apa, kalau kita tidak buat begitu, macam mana nak bertahan. Saya rasa sudah tiga kali saya gadaikan barang kemas tahun lepas dan tahun ini untuk perbelanjaan harian.

“Dengan suami tidak bekerja, anak pula masih ada tiga yang masih kecil ditambah kos sara hidup tinggi di pulau, semuanya memerlukan wang, termasuk komitmen hutang yang perlu dibayar setiap bulan.

“Bil elektrik pun dah berapa bulan tidak dapat dibayar,” keluhnya yang sudah berniaga sejak 20 tahun lalu.

Seorang lagi peniaga, Nur Kamira Rizami, 31, yang mengusahakan kedai sarapan bersama ibunya di medan selera itu berkata, dia terpaksa menutup perniagaan itu kerana pulau terbabit tidak lagi dikunjungi pelancong, malah penduduk juga enggan keluar ke mana-mana akibat ancaman pandemik COVID-19.

Nur Kamira, yang menghidap asma, akan ambil masa dua jam sebab saya akan pergi semua rumah yang ada di kampungnya.
Nur Kamira, yang menghidap asma, akan ambil masa dua jam sebab saya akan pergi semua rumah yang ada di kampungnya.

Demi meneruskan hidup mereka anak beranak, dia terpaksa mengerahkan keringat dengan menjaja sarapan dari rumah ke rumah menggunakan kereta sorong biarpun mengidap asma.

Setiap hari bermula dari 7.30 pagi, Nur Kamira akan mengagahkan dirinya untuk berjalan sambil menarik kereta sorong dan menjual sarapan dari rumah ke rumah demi menyara keluarga.

“Biasanya saya ambil masa dua jam sebab saya akan pergi semua rumah yang ada di kampung ini. Memang penat tambah saya ini ada penyakit asma, sebab itu saya ambil masa jalan perlahan-lahan.

“Orang kampung sekarang ini risau untuk keluar rumah kerana penularan COVID-19. Mahu tidak mahu, saya ambil keputusan menjaja makanan menggunakan kereta sorong ini,” katanya.

Usaha itu jelasnya, membolehkan dia menjual antara 50 hingga 60 bungkus makanan setiap pagi.

“Walaupun pendapatan diperolehi cuma lima peratus daripada apa yang pernah diterima sebelum PKP, saya tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya boleh membantu menyara keluarga,” katanya.

Pada masa sama Nur Kamira yang baru menerima dos pertama vaksin COVID-19 amat mengharapkan kesemua penduduk pulau itu dapat diberikan suntikan imunisasi pada kadar segera supaya sektor pelancongan dapat dipulihkan.

“Memang itu harapan kita sebab penduduk kampung bergantung kepada sektor pelancongan sebagai sumber pendapatan,” katanya.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Terengganu, Ariffin Deraman yang ditemui semasa program Outreach COVID-19 di Pulau Perhentian berkata, 972 penduduk dan pengusaha pelancongan di pulau peranginan itu sudah menerima dos pertama vaksin.

Menurut beliau, kesemua empat pulau peranginan di Terengganu iaitu Pulau Perhentian, Redang, Kapas dan Tenggol dijangka mencapai imuniti kelompok pada akhir bulan ini.

“Kita amat berharap Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan dapat membenarkan sektor pelancongan di semua pulau peranginan ini dibuka semula seawal bulan September.

“Ini membolehkan mereka termasuk pengusaha resort yang terjejas teruk dengan pelaksanaan PKP beroperasi sebelum ketibaan musim tengkujuh pada penghujung tahun ini,” katanya. - Getaran, 8 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 jam yang lalu

Perubahan Iklim, Musim Tengkujuh Punca Kemusnahan Terumbu Karang - Pakar

2

Semasa 20 jam yang lalu

Terumbu Karang Musnah, Jejas Pelancongan Di Pulau Perhentian

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Peniaga Dipenjara 15 Hari, Denda RM3,500 Lakukan Kekerasan Terhadap Penguatkuasa MBAS

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Kecoh Depan Masjid Zahir, 2 Lelaki Ditahan Halang Tugas Penguatkuasa 

Sorotan

1

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

2

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

3

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

4

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

5

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

6

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

7

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 16 jam yang lalu

Sekolah, PIBG Kerjasama Wujudkan Tandas Pintar Bagi Keselesaan Murid