web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cendawan Batu Hiasan, Rezeki Waktu PKP

Kisah Kita Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2021 8:29AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN : Terletak kira-kira tiga kilometer dari pusat bandar Kuantan, kawasan perkampungan Bukit Bayroute pernah menjadi antara lokasi tumpuan pencinta alam sekitar menikmati pemandangan seluruh bandar berkenaan. 

Kawasan hijau yang masih terpelihara dengan baik itu, tidak diganggu dengan proses pembangunan yang sedang rancak di sekitar perkampungan tradisional terbabit. 

Di perkampungan ini jugalah, seorang bapa kepada lima cahaya mata menggunakan kemahiran dimiliki dengan menghasilkan cendawan batu hiasan bagi meneruskan kelangsungan hidup, berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak tahun lalu. 

Syed Hamdan Syed Hamid, 54, yang sebelum ini terbabit dalam perniagaan kantin sekolah terpaksa mencari jalan untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga berikutan penutupan sesi persekolahan secara bersemuka. 

"Sejak wabak COVID -19 dikesan tahun lalu dan kemudiannya disusuli dengan PKP yang turut mengakibatkan sekolah ditutup, memang saya kehilangan sepenuhnya pendapatan. 

"Pada mulanya, saya agak tertekan memandangkan keadaan kewangan ketika wabak ini mula melanda negara yang tidak stabil, kehilangan sumber pendapatan dan simpanan yang tidak seberapa. 

"Jadi, saya fikir kena buat sesuatu untuk meneruskan hidup tambahan pula saya mempunyai keluarga dan anak-anak yang masih kecil," katanya kepada Getaran ketika ditemui, di sini. 

Syed Hamdan mengusahakan cendawan batu hiasan di perkarangan rumahnya di Kampung Bukit Bayroute, dekat Kuantan .
Syed Hamdan mengusahakan cendawan batu hiasan di perkarangan rumahnya di Kampung Bukit Bayroute, dekat Kuantan .

Syed Hamdan mula menjadikan hobinya menghasilkan cendawan batu hiasan sebagai sumber pendapatan sejak beberaa bulan lalu dan setakat ini hasil kerja tangan beliau mendapat sambutan baik daripada pelanggan dari dalam dan luar Pahang. 

Katanya, kemahiran menghasilkan cendawan batu hiasan itu dipelajari kira-kira 30 tahun lalu, ketika masih di bangku sekolah. 

"Seingat saya, kemahiran ini dipelajari ketika sesi mata pelajaran kemahiran hidup zaman sekolah menengah.. sekitar tahun 1980-an kalau tidak silap dan saya tambahkan lagi pengetahuan dan kemahiran dengan belajar melalui saluran YouTube. 

"Saya memang minat kerja seni seperti ini.. sebelum PKP dan COVID-19 datang, saya ada buat juga cendawan batu hiasan untuk dijual, tapi ketika itu, ia lebih kepada memenuhi masa lapang," katanya.

Dia menggunakan laman sosial Facebook untuk mempromosikan hasil seni cendawan batu hiasan dihasilkan dan pelanggan boleh memilih serta menempah reka bentuk (design) dan kombinasi warna yang disukai. 

Katanya, tempoh untuk menyiapkan tempahan adalah antara tiga hari hingga seminggu dan bergantung kepada jenis reka bentuk dikehendaki pelanggan. 

"Buat masa ini saya bekerja seorang diri dan memang mengambil masa untuk siapkan tempahan pelanggan. 

"Kebanyakan mereka tidak ada masalah untuk menunggu kerana saya maklumkan awal lagi mengenai anggaran tempoh untuk siap (tempahan), jadi bila mereka setuju dengan tempoh masa yang saya maklumkan, barulah saya buat tempahan mereka. 

"Setiap tempahan yang siap pula ada (pelanggan) yang datang sendiri untuk ambil dan ada yang saya pos (kurier), terutamanya yang berada di luar Pahang.. memandangkan sekarang pun kita masih berada dalam PKP, ada tempahan dibuat pelanggan yang tinggal di daerah lain di Pahang pun saya perlu pos kerana kita masih tidak dibenarkan merentas daerah," katanya.

Setiap cendawan batu hiasan itu dijual pada harga antara RM5 hingga RM150, bergantung kepada saiz, reka bentuk dan kombinasi warna. – Getaran, 17 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

2

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

Sorotan

1

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

2

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

4

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

5

Keputusan Kes Syed Saddiq: Bella Astillah, Keluarga Hadir Di Mahkamah Persekutuan 

6

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin