web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Terkesan Kesusahan Penduduk, Suami Isteri Agih Sarapan Percuma

Kisah Kita Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2021 1:08PM

Mohd Hafizi bersama isteri, Nor Syakila (kanan) mengagihkan pek sarapan percuma kepada penduduk di perkampungan Sungai Isap, Kuantan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Sejak seminggu lalu, usaha pasangan suami isteri dari Indera Mahkota dekat sini yang mengagihkan pek sarapan percuma mula menjadi bualan dan perhatian penduduk sekitar bandar raya ini.

Sebelum pengisytiharan darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, pasangan muda ini sibuk menguruskan perniagaan kedai makan di Jalan Darat Makbar, dekat sini, namun berikutan prosedur operasi standard (SOP) ketat, mereka terpaksa menghentikan seketika operasi kedai makan berkenaan dan menumpukan sepenuhnya kepada inisiatif menyediakan serta mengagihkan sarapan percuma. 

Mohd Hafizi CM Hatta
Mohd Hafizi CM Hatta

Mohd Hafizi CM Hatta, 33 dan isterinya, Nor Syakila Azimi, 35, berkata, program itu memberi kepuasan berbeza kepada mereka, walaupun agak kepenatan kerana perlu menyiapkan antara 300 hingga 600 pek sarapan, enam hari seminggu. 

Mohd Hafizi berkata, mereka mula memasak sekitar jam 1 pagi bagi memastikan setiap menu yang disediakan dapat diagihkan kepada penerima tepat pada masa dijadualkan. 

"Semua persiapan daripada membeli barangan mentah, memasak dan kemudiannya membungkus makanan itu dilakukan saya dan isteri, selain dibantu abang dan kakak ipar. 

"Biasanya kami mula menyediakan bahan dan memasak sekitar jam 1 pagi bagi memastikan setiap pek makanan itu boleh mula diagihkan kepada penerima bermula jam 8.30 pagi, antara hari Isnin hingga Sabtu di lokasi terpilih,” katanya kepada media di sini hari ini.

Mohd Hafizi menyatakan demikian selepas pengagihan pek sarapan pagi percuma di sekitar Sungai Isap, dekat sini.

Katanya,  jumlah pek sarapan adalah bergantung kepada permintaan penduduk di kawasan terbabit, antara 300 hingga 600 pek sehari, dengan peruntukan lebih RM500 setiap hari, bagi menjayakan program berkenaan.

"Pada peringkat awal, kami gunakan modal sendiri dan apabila rakan tahu mengenai program yang kami buat, ramai yang tampil membantu dan memberikan sumbangan. 

"Bagi saya, ini adalah usaha kecil kami untuk bersama-sama membantu mereka yang memerlukan dan kita tahu masih ramai terkesan sejak (pandemik) COVID-19 melanda negara," katanya. 

Antara kawasan yang sudah diagihkan pek sarapan pagi percuma itu ialah di perkampungan Bukit Setongkol, perkampungan Sungai Isap, Permatang Badak, Kampung Jawa, Kampung Tiram dan Kampung Tengah. 

Menu disediakan pasangan suami isteri ini pula terdiri daripada nasi ayam cincang dan nasi lemak daun pisang. 

Selain mengagihkan pek sarapan pagi percuma, mereka turut menyediakan barangan keperluan asas kepada keluarga yang kurang bernasib baik. 

"Semua ini kami lakukan dengan kerjasama rakan dan orang ramai yang sudi menyalurkan sumbangan. Kami hanya mempermudahkan sedekah mereka untuk disampaikan kepada kumpulan sasar," katanya. 

Mohd Hafizi memberitahu, program pengagihan pek sarapan percuma itu mendapat kelulusan pihak berkuasa dan mematuhi setiap SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pahang. 

Beliau berkata, orang ramai yang ingin menempah pek sarapan untuk keluarga atau untuk diagihkan kepada penerima boleh berhubung melalui aplikasi WhatsApp di talian 014-901 5995 bagi memudahkan urusan. – Getaran, 5 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Tahan Suami Isteri Disyaki Dera 2 Kanak-Kanak Lelaki

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Ungu, Ratu Rock Ella Bakal Bersatu Dalam Satu Konsert

3

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

Sorotan

1

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

2

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

4

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

5

Keputusan Kes Syed Saddiq: Bella Astillah, Keluarga Hadir Di Mahkamah Persekutuan 

6

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin