web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dulu Hantar Anak Ke Pejabat Agama, Kini Ibu Ayah Terbuka Hati Peluk Islam

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2024 12:36PM

Firdaus Hong sering menjadi imam solat kepada ibu dan ayahnya yang baru memeluk Islam setiap kali pulang ke rumah dari asrama - Gambar LZNK

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUBANG PASU - Pada Mac 2018, seorang tukang perabot, Lim Hun Kheng berlapang dada untuk menghantar anak sulungya, Lim Chin Hong yang ketika itu baru berusia 11 tahun, ke pejabat agama bagi melafazkan dua kalimah syahadah.

Hun Kheng dan isterinya, Wandee Sandaesa ketika itu langsung tidak membantah setelah melihat anaknya tertarik dengan Islam melalui rakan-rakan sekolah, malah turut berusaha mengasingkan segala peralatan memasak dan makanan untuk anak mereka. 

Kisah mereka juga pernah disiarkan di media apabila pasangan tersebut tidak canggung untuk bangun seawal empat pagi, bagi menyediakan makanan sahur buat Chin Hong yang menukar namanya kepada Firdaus Hong setiap kali kedatangan Ramadan. 

Gambar kenangan sewaktu CEO LZNK berkunjung ke rumah Firdaus Hong, ketika remaja itu mula-mula memeluk Islam sewaktu berusia 11 tahun pada 2018 - Gambar LZNK
Gambar kenangan sewaktu CEO LZNK berkunjung ke rumah Firdaus Hong, ketika remaja itu mula-mula memeluk Islam sewaktu berusia 11 tahun pada 2018 - Gambar LZNK

Kini selepas enam tahun berlalu, banyak perubahan telah berlaku dalam keluarga itu. Firdaus yang kini sudah berusia 17 tahun, belajar dan tinggal di asrama Maahad Dini Sultan Abdul Halim di Alor Setar yang merupakan sekolah agama kelolaan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).  

Selain itu, Hun Kheng, 51 dan Wandee, 45 juga sudah memeluk agama Islam baru-baru ini serta menukar nama mereka kepada Abdul Rahman Kheng dan Nur Wandee. 

Menurut Abdul Rahman, dia bersama isteri membuat keputusan berhijrah kepada Islam setelah kedua-duanya mengalami mimpi yang dianggap sebagai petunjuk kira-kira dua minggu lalu. 

"Pada mulanya saya bermimpi pergi ke pejabat agama untuk mengucap dua kalimah syahadah. Keesokan malamnya pula, isteri saya bermimpi yang dia didatangi lelaki berjubah putih seperti imam masjid. 

"Kami pada mulanya tidak menceritakan kisah mimpi tersebut kepada satu sama lain. Sampailah pada satu ketika iaitu sewaktu bersembang mengenai kesihatan isteri, tiba-tiba kami saling bercerita mengenai mimpi yang dialami. 

"Selepas itu kami terfikir, ini mungkin petanda bahawa kami juga perlu mengikut jejak Firdaus untuk memeluk ajaran Islam. Berikutan itu, saya dan isteri memaklumkan hasrat tersebut kepada bapa angkat Firdaus yang dikenali sebagai Ehsan," katanya ketika dihubungi Getaran. 

Abdul Rahman (kiri) ketika menerima kunjungan Zakaria Othman di rumahnya dekat Pekan Tunjang, baru-baru ini - Gambar LZNK
Abdul Rahman (kiri) ketika menerima kunjungan Zakaria Othman di rumahnya dekat Pekan Tunjang, baru-baru ini - Gambar LZNK

Menurut Abdul Rahman, Ehsan kemudiannya menghubungi jawatankuasa masjid Pekan Tunjang bagi proses selanjutnya.

"Alhamdulillah, saya dan isteri akhirnya melafazkan syahadah pada 26 Mei lalu. Perasaan saya merasa lebih tenang sebaik memeluk Islam. 

"Anak kedua kami, Lim Eveen, 13, bagaimanapun masih belum mengikut jejak kami untuk memeluk Islam. Saya tidak akan memaksa sebaliknya kami perlu menunjukkan contoh yang baik seperti dibuat Firdaus sebelum ini," katanya. 

Mengulas mengenai tahap kesihatan isterinya, Abdul Rahman berkata, Wandee yang merupakan warganegara Thailand perlu mendapatkan rawatan berkala di Hospital Satun berikutan masalah jantung. 

Selain itu katanya, isterinya juga perlu menjalani pembedahan segera dengan kos dianggarkan lebih RM10,000. 

"Ketika ini ramai yang datang membantu malah Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Datuk Zakaria Othman juga banyak menghulurkan bantuan dari pelbagai sudut. Kami sudah beberapa kali bertemu terutamanya sejak Firdaus mula-mula memeluk Islam secara sendirian.

"Malah sehari selepas saya dan isteri melafazkan syahadah, beliau datang menziarah ke rumah dan memberi bantuan awal. Saya juga berterima kasih kerana ramai kenalan yang sudi membantu," katanya. 

Mana-mana pihak yang mahu berhubung dengan keluarga Abdul Rahman boleh menghubunginya di talian 014-2541444. - Getaran, 9 Jun 2024.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

3

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

4

Jelajah 3 minggu yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

Sorotan

1

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

2

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

3

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

4

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

5

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

6

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi