Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Seni Grafiti 'Mile09' Semakin Dikenali Di Persada Antarabangsa

Permintaan menggalakkan dari dalam dan luar negara berjaya tepis tanggapan seni grafiti adalah contengan bersifat vandalisme

Kisah Kita Dikemaskini 3 minggu yang lalu ยท Diterbitkan pada 13 Apr 2024 12:08PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Lebih satu dekad dalam dunia seni kreatif, Muhamad Fakhrul Akmal Shamsurrijal kini boleh berbangga apabila berjaya menempa nama sebagai seorang artis grafiti yang bukan sahaja dikenali di persada tempatan, tetapi juga antarabangsa.

Menempa nama sebagai Mile09, anak muda berusia 37 tahun itu kini telah melakukan banyak lakaran grafiti di dalam dan luar negara, sekali gus menepis tanggapan bahawa grafiti adalah satu contengan bersifat vandalisme.

Tidak sekadar contengan dinding biasa, menariknya, kreativiti graduan Institut Kemahiran MARA Sungai Petani, Kedah dalam bidang Pengiklanan Grafik ini berjaya mendapat kepercayaan untuk menyiapkan pelbagai projek grafiti dengan entiti gergasi seperti PETRONAS, Perbadanan Putrajaya (PPj), selain beberapa projek di luar negara antaranya di Jakarta, Indonesia; Bangkok, Thailand and Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

 Muhammad Fakhrul Akmal Shamsurrijal menyiapkan lakaran grafiti pada dinding di laluan pejalan kaki di Presint 8 baru-baru ini. gambar BERNAMA
Muhammad Fakhrul Akmal Shamsurrijal menyiapkan lakaran grafiti pada dinding di laluan pejalan kaki di Presint 8 baru-baru ini. gambar BERNAMA

"Seni grafiti kini dilihat sebagai platform pendapatan baharu kepada golongan muda yang ingin menjana pendapatan dan memperoleh keseronokan bekerja tanpa terikat dengan waktu kerja pejabat atau majikan kerana ia boleh dilakukan pada bila-bila masa.

"Bahan pentingnya dalam lakaran seni grafiti adalah spray (penyembur), istilahnya ada spray, seni grafiti itu boleh dihasilkan mengikut kehendak pelanggan," kata Muhammad Fakhrul Akmal ketika ditemui BERNAMA baru-baru ini.

Mengimbau permulaan karier sebagai artis grafiti, dia yang mempunyai kepakaran dalam semi wildstyle lettering graffiti with pop colours dan semi architecture structure pattern ini berkata, karya grafiti yang dihasilkannya adalah cetusan ideanya sendiri, selain turut mendapatkannya melalui perkongsian idea bersama rakan-rakan grafiti dan juga melalui YouTube.

Beliau berkata, untuk membiasakan diri dengan semburan spray dan pemilihan warna, dia menjadikan zink-zink yang menutup kawasan pembinaan di sekitar Putrajaya sebagai tempat berkarya pada peringkat awal menceburkan diri dalam bidang itu.

"Zink kawasan pembinaan memang akan dibuang, dari situ saya belajar seni grafiti dan akhirnya berada pada tahap sekarang. Nama 'Mile09' itu gabungan nama saya dengan kawasan Presint 9 iaitu lokasi saya belajar dan dibesarkan," katanya.

Bapa kepada tiga anak itu berkata, bahan asas untuk melakukan seni grafiti adalah penyembur khusus untuk artis grafiti yang diimport dengan harga kira-kira RM25 hingga RM35 untuk satu tin.

Muhammad Fakhrul Akmal Shamsurrijal (kiri) melayani orang ramai yang menyapanya semasa menyiapkan lakaran grafiti untuk Perbadanan Putrajaya di kawasan laluan pejalan kaki di Presint 8. gambar BERNAMA
Muhammad Fakhrul Akmal Shamsurrijal (kiri) melayani orang ramai yang menyapanya semasa menyiapkan lakaran grafiti untuk Perbadanan Putrajaya di kawasan laluan pejalan kaki di Presint 8. gambar BERNAMA

"Proses melaksanakan seni grafiti ini bergantung kepada keluasan dinding, kalau dinding kecil sekejap sahaja. Projek grafiti ini boleh dilakukan bila-bila masa kecuali waktu hujan," katanya dan menambah waktu bekerjanya untuk menyiapkan satu projek adalah hampir 12 jam sehari.

Beliau berkata, seni grafiti telah diterima dalam masyarakat umum, malah hasil karyanya turut diiktiraf oleh jabatan kerajaan seperti PPj, Majlis Bandaraya Johor Bahru, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) apabila lakaran grafitinya menghiasi aset TUDM sepanjang 300 meter di Pangkalan Udara Subang, TUDM pada 2010 serta di bangunan sembilan tingkat di Jalan Sultan Ibrahim, Johor Bahru tahun lalu.

"Pada awal Ramadan, PDRM turut menggunakan khidmat saya untuk membuat lakaran di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur.

"Saya juga siapkan projek lakaran grafiti untuk PPj di kawasan laluan pejalan kaki di Presint 8 berdekatan padang. la menunjukkan seni grafiti telah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia," katanya, yang turut berpandangan seni grafiti di Malaysia adalah terkawal berbanding luar negara apabila ramai pemainnya lebih agresif.

Memperoleh pendapatan bermula daripada RM5,000 bergantung kepada projek grafiti yang dihasilkan, Muhamad Fakhrul Akmal juga pembekal cat penyembur khusus untuk artis grafiti di Malaysia melalui kedai miliknya 'Backalley Shop' di Cheras.

"Pendapatan dalam bidang ini tidak menentu bergantung kepada projek, namun arena grafiti ini beri kepuasan berlainan, terutama apabila grafiti yang dihasilkan dihargai ... hal ini memberi kepuasan kepada saya untuk terus berkarya," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG

2

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

3

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

4

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

5

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

6

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 4 jam yang lalu

Ipoh White Coffee, Antara Kopi Terbaik Dunia