web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Suri Rumah Ukir Potret Pemimpin Negara Pada Tembikai

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2023 8:39AM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mengukir wajah seseorang pada sebiji tembikai dalam masa hanya 30 minit bukanlah satu tugas mudah, lebih-lebih lagi yang diukir adalah wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Tugas istimewa itu dilaksanakan dengan sempurna oleh suri rumah, Iswati Ishak, 52, dari Jenjarom, Banting, Selangor yang turut mengukir wajah dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof. 

Iswati turut mengukir wajah Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu; Timbalan Menterinya, Datuk Chan Foong Hin; Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Lokman Hakim Ali serta satu ukiran tanda pagar  #SatuTahunBersamaKerajaanMADANI. 

Ibu kepada enam orang anak itu berkongsi kepada BERNAMA pada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang berlangsung di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, bahawa beliau diminta membuat kesemua ukiran berkenaan oleh pihak KPKM semalam dan berjaya menyiapkannya dalam tempoh kurang 24 jam bersama seorang rakan, Muhammad Taufiq Mohd Halim, 33 tahun.

"Penglibatan lebih sedekad dalam bidang ukiran ini menjadikan saya mahir memilih saiz dan warna buah yang sesuai bagi menghasilkan seni ukiran yang lebih halus dan teliti persis potret sebenar individu," katanya. 

Iswati berkata, kesemua ukiran wajah itu menjadi penyeri di reruai KPKM dan sememangnya mendapat pujian daripada pengunjung. 

Menurut Iswati, selain majlis rasmi beliau juga aktif mengambil tempahan ukiran sayur-sayuran dan buah-buahan bagi majlis hari jadi, perkahwinan dan pertunangan, sekali gus menjana pendapatan sendiri.

Sementara itu, Muhammad Taufiq berkata, saiz dan kualiti tembikai adalah elemen penting dalam menghasilkan 'potret hidup'.

"Buah tembikai gred C atau D besar, isinya lebih merah dan cantik. Kulit tembikai yang agak gelap menjadi pilihan untuk menonjolkan ilustrasi potret," katanya.

Beliau yang juga tenaga pengajar bebas bagi seni ukiran turut aktif mengadakan latihan mengukir buah-buahan dan sayuran kepada komuniti seluruh negara dalam usaha menarik minat generasi baharu sebagai pelapis kesenian berkenaan.

Muhammad Taufiq berharap masyarakat memandang tinggi hasil kerja seni supaya karya ukiran berkenaan mampu pergi jauh setanding negara luar seperti Vietnam dan Thailand. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 3 bulan yang lalu

Kenaikan Kos Bahan Api: Kerajaan Perluas Bantuan Diesel

2

Semasa 10 bulan yang lalu

5 Beranak Manfaatkan Bantuan SARA Beli Barangan Dapur Untuk 2 Bulan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Kampung Sungai Baru: Kerajaan Jangan Tutup Mata – Khalid Samad

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan MADANI Rakam Takziah Kepada Keluarga Abdul Taib, Rakyat Sarawak - PM

Sorotan

1

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

2

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

3

Ibu Hamil Dituduh Mencuri: Lotus’s Mohon Maaf, Pekerja Dikenakan Tindakan Disiplin

4

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

5

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

6

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment