web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Restu Ibu Azimat Kejayaan Perniagaan Saya - Cikgu Non

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2023 8:57PM

Sebagai seorang guru, Cikgu Non amat dihormati, termasuk dalam kalangan generasi muda di Bukit Kayu Hitam

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT KAYU HITAM - Di sebalik keazaman untuk berjuang demi rakyat sebagai calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kayu Hitam pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, ada kisah menarik mengenai Zainol Abidin Mohamad, 65, yang boleh dijadikan tauladan, khususnya berkaitan restu serta keberkatan dalam menggembirakan hati ibu.

Setelah berpuluh tahun mengabdikan diri dalam dunia pendidikan, Tokoh Guru Kedah 2022 yang mesra dipanggil Cikgu Non itu cukup berjaya dalam bidang penternakan dengan memiliki ratusan lembu, kambing dan rusa, sekali gus membolehkannya menjadi antara pembekal daging di Kedah dan Perlis.

Ketika ditemui Getaran baru-baru ini, Cikgu Non yang memiliki kepakaran dalam subjek Matematik dan Matematik Tambahan mengakui, tidak mudah sebenarnya untuk menceburi bidang baharu, apatah lagi ia langsung tiada kaitan dengan kehidupannya sebagai pendidik selama 27 tahun sejak 1980.

"Segalanya bermula apabila saya menyantuni arwah ibu, Allahyarham Bibi Fatimah Abdul  di sebidang tanah kami di Jalan Sintok. Ketika sedang bersembang, ibu tiba-tiba menyatakan hasrat untuk melihat saya membela kambing di situ kerana setidak-tidaknya kata ibu, boleh juga dia bermain-main dengan haiwan itu jika datang ke tanah tersebut yang sebelum ini tiada apa-apa.

"Kejadian itu berlaku pada 2018 iaitu selepas ibu diserang penyakit angin ahmar. Bagi menyenangkan hati ibu, saya turuti juga kehendaknya walaupun tanpa ada pengalaman menternak, dengan membeli dua ekor kambing untuk dibela," katanya.

Tanpa disangka katanya, haiwan berkenaan membiak dengan cepat menyebabkan ibunya meminta beliau membina sebuah kandang yang lebih tersusun dan rapi.

Cikgu Non menyifatkan kejayaannya dalam sektor penternakan adalah kerana berkat restu Allahyarham ibunya
Cikgu Non menyifatkan kejayaannya dalam sektor penternakan adalah kerana berkat restu Allahyarham ibunya

Dalam masa sama katanya, beliau digalakkan pula oleh arwah ibu untuk membela lembu.

"Saya sekali lagi menuruti apa yang ibu hajatkan dengan membeli beberapa lembu yang dijual secara lelong oleh seorang kenalan. Daripada situ, saya tidak lagi menoleh ke belakang dan sentiasa mendalami ilmu penternakan, sebelum benar-benar menguasainya dalam tempoh setahun," katanya.

Bagi mengenang jasa, restu dan doa insan yang banyak berjasa dalam hidupnya itu, Cikgu Non mengambil keputusan mengabadikan nama wanita tersebut dalam syarikat miliknya iaitu Fatimah MZ Agro Farm Sdn. Bhd.

"Saya sentiasa percaya segala apa yang saya perolehi hari ini, merupakan berkat daripada doa dan restu arwah ibu yang tidak mampu saya balas.

"Disebabkan itu dalam setiap amalan dan kebaikan saya lakukan hari ini terutamanya melalui pendapatan hasil daripada bidang penternakan yang saya ceburi, saya sentiasa berdoa dan berniat agar pahala yang mengalir dapat sampai kepada arwah ibu dan ayah," katanya.   

Pada Sambutan Hari Raya Aidil Adha lalu, Cikgu Non menyumbangkan 25 ekor lembu kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak masjid dan surau serta pasukan beruniform termasuk anggota tentera dan polis yang mengawal perbatasan negara, untuk membolehkan mereka menjalankan ibadah korban.

Beberapa akhbar turut melaporkan mengenai kemurahan hatinya itu dan Cikgu Non sememangnya berniat agar pahala yang mengalir, dapat dihadiahkan kepada arwah ibunya.

Mengulas mengenai perkara itu, Cikgu Non berkata, beliau sudah lama menyimpan hasrat untuk memberi sumbangan sebegitu sebagai tanda kasih dan sayang buat arwah ibunya.

Walaupun bergiat dalam politik, dunia pendidikan masih menjadi cinta sejati Cikgu Non
Walaupun bergiat dalam politik, dunia pendidikan masih menjadi cinta sejati Cikgu Non

"Memang sudah lama saya menyimpan hasrat untuk berbuat demikian dan Alhamdulillah, tahun ini Allah memberi rezeki yang lebih untuk saya melaksanakannya. Saya tiada niat lain selain mengharapkan agar pahala yang mengalir, dapat dihadiahkan buat arwah ibu yang menjadi faktor utama mengapa saya menceburi bidang penternakan pada hari ini," katanya. 

Beliau bagaimanapun mengakui, sejauh mana dirinya melangkah dalam bidang penternakan, sektor pendidikan tetap tidak dapat dilupakan.

"Sebab itu hingga sekarang, saya masih mengendalikan pusat tuisyen serta memberikan ceramah dan motivasi kepada pelajar-pelajar terutamanya mereka yang berdepan masalah dalam subjek matematik," katanya. - Getaran, 10 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Jelajah 2 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

2

Semasa 4 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Semasa 4 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Ejen Hartanah Tikam Leher Wanita Diperintah Jalani Penilaian Psikiatri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan