Berita Terkini

3 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Status OKU Tidak Pudar Semangat Guru Beri Pendidikan Terbaik

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2021 5:30PM

Mohd Huzaire pernah dihina rakan sekerja kerana OKU.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Berdepan pengalaman dihina dan menerima sindiran hanya disebabkan status sebagai orang kelainan upaya (OKU), tidak mematahkan semangat seorang guru yang kini bertugas di Sekolah Kebangsaan (SK) FELDA Mempaga 2, dekat Bentong. 

Mohd Huzaire Ahmad, 45, bukan sahaja tidak terkesan dengan sindiran diterima bahkan menjadikan perkara itu sebagai pembakar semangat untuk membuktikan kemampuannya mendidik pelajar sebaik mungkin. 

Beliau mengalami kecacatan kekal ketika berusia 18 tahun, selepas terjatuh dari pokok rambutan setinggi kira-kira dua meter yang mengakibatkannya lumpuh dari paras pinggang ke bawah. 

“Kejadian itu banyak mengubah kehidupan saya dan tidak dinafikan pada awalnya saya rasa tertekan, namun sokongan dan kata semangat dari kedua orang tua saya banyak membantu membina semula keyakinan diri. 

“Ketika saya buntu memikirkan perancangan untuk masa depan selepas insiden itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi peluang kepada saya menyambung pengajian di Maktab Perguruan Persekutuan di Pulau Pinang dan saya tidak menunggu lama untuk merebut peluang itu bagi membuktikan kebolehan yang ada walaupun berstatus OKU,” katanya kepada Getaran ketika ditemui di sini, baru-baru ini. 

Anak jati Pahang yang mengajar subjek muzik itu sudah meraih tujuh anugerah perkhidmatan cemerlang sejak menceburi bidang perguruan lebih 20 tahun lalu. 

Ketika diminta berkongsi antara kenangan sepanjang terbabit dalam profesion berkenaan, Mohd Huzaire berkata, kekurangan infrastruktur bagi guru berstatus OKU menjadi cabaran terbesar perlu dihadapinya yang terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak. 

“Tidak mahir berkerusi roda, kekurangan kemudahan untuk OKU dan dihina rakan sekerja adalah antara tekanan dihadapi ketika mula memasuki maktab perguruan dan saya hampir mengalami kemurungan disebabkan perkara tersebut. 

“Akhirnya saya nekad (untuk) berfikiran positif dan menganggap semua itu (hinaan) sebagai motivasi untuk lebih kuat, jika mahu berjaya.

“Berkat kesabaran, saya mendapat pelbagai pengiktirafan daripada semua pihak termasuk menerima anugerah kecemerlangan dalam perkhidmatan,” katanya yang kali pertama mengajar di SK Jabor pada tahun 2003.

Anak sulung daripada enam beradik itu pernah menerima Anugerah Khas Hari Guru 2005; Anugerah Guru Inovatif 2007, Anugerah Khidmat Cemerlang Pendidikan 2008 dan 2018, Anugerah Cenderawasih Pahang 2009, Anugerah Guru OKU Cemerlang 2010 serta anugerah khas sempena Majlis Konvokesyen Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, pada 2015.

Menurutnya, sebagai insan istimewa, terlalu banyak cabaran dan dugaan terpaksa dihadapi yang ada kala menguji kesabaran.

Katanya, antara kata-kata yang masih mekar dalam ingatannya sehingga kini adalah persepsi bahawa pekerja OKU boleh diberhentikan kerja kerana kekurangan dimiliki mereka.

“Kata-kata ini memberi saya semangat untuk bekerja bersungguh-sungguh bagi membuktikan kepada masyarakat bahawa OKU juga mampu melakukan apa sahaja tugas diamanahkan,” katanya.

Selain mengajar, Mohd Huzaire juga bergiat sebagai penasihat kumpulan muzik dan juri pertandingan nyanyian peringkat daerah, di samping aktif dalam Kelab Kembara Sejarah.

Beliau berkata, sokongan isteri, Siti Nor Azizah Mohd Noor Yusoff, keluarga dan rakan setugas banyak membantu meningkatkan keinginannya memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua pelajarnya. - Getaran, 16 Mei 2021 

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 3 hari yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

2

Kisah Kita 6 hari yang lalu

Butik TAPAi Ketengah Produk Batik Buatan OKU

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Guru PASTI Dakwa Ditindas: ‘Berikan Hak Kami!’

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Pendidikan Perlu Disertai Disiplin, Akhlak Dan Adab - PM

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart