web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemuda OKU Bukti Mampu Jadi Jurugambar Walau Hidup Serba Kekurangan

Menurut Muhd Syafiq dia dilahirkan dalam keadaan sempurna, namun kemalangan jalan raya pada 2015 menyebabkan tangan kanannya tidak lagi mampu berfungsi akibat kecederaan saraf yang kritikal.

Kisah Kita Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2023 8:02AM

Pemuda Kelainan Upaya (OKU) Muhd Syafiq Meli, 24, berkemampuan mengendalikan dron menggunakan kudrat tangan sebelah kiri ketika ditemui di Kampung Penarik - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANDAR PERMAISURI - Kekurangan fizikal tidak melemahkan semangat Muhd Syafiq Meli dari Kampung Telaga Papan dekat sini untuk maju dalam bidang fotografi, malah bertekad untuk membuktikan bahawa dia juga mampu berjaya dalam karier diceburi.

Pemuda berusia 24 tahun itu berkata kekurangan tersebut dijadikan cabaran dan motivasi untuk menghasilkan karya yang terbaik serta berkualiti sama seperti jurugambar lain.

Menurut Muhd Syafiq dia dilahirkan dalam keadaan sempurna, namun kemalangan jalan raya pada 2015 menyebabkan tangan kanannya tidak lagi mampu berfungsi akibat kecederaan saraf yang kritikal.

Pada awalnya dia mahu melupakan sahaja hobi dan cita-citanya, namun sokongan kuat daripada ibu bapa dan keluarga mendorongnya bangkit daripada perasaan berputus asa.

"Mula-mula memang sedih dan kecewa sangat sebab tangan kanan memang tak boleh guna... Semua benda susah nak buat dengan sempurna.

"Tetapi nasihat berterusan daripada keluarga di samping kecintaan terhadap dunia fotografi menaikkan kembali semangat saya dan saya terus berusaha," katanya ketika ditemui di Telaga Papan, di sini.

Hasil kecekalan dan usaha gigihnya, bidang fotografi kini menjadi antara sumber rezeki utamanya selain tugas sebagai pencipta kandungan untuk akaun media sosial sebuah restoran di Penarik.

Menurutnya ramai pelanggan pada mulanya bersikap skeptikal terhadap kebolehannya, tetapi selepas melihat hasilnya, masing-masing amat berpuas hati dan tidak lekang dengan kata-kata pujian.

"Ramai yang tak menyangka video atau foto dirakam oleh orang kelainan upaya (OKU) menggunakan sebelah tangan kerana hasilnya setanding jurugambar profesional," katanya.

Muhd Syafiq berkata dia masih dalam proses mempelajari lebih dalam ilmu fotografi untuk mengejar cita-citanya menjadi jurugambar profesional suatu hari nanti.

Selain itu dia juga mahu menghasilkan kandungan media sosial yang memberi inspirasi kepada orang ramai untuk mengejar cita-cita. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa