web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Diberhentikan Kerja, Jurugambar Cari Rezeki Bertukang

Berita Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2021 2:27PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mentakrifkan seni sebagai karya yang dicipta bersandarkan kepada bakat atau kecekapan, dan ia mencakupi sajak, lukisan, muzik serta pelbagai medium lain. 

Turut diiktiraf sebagai cabang seni mengikut institut bahasa terkemuka itu adalah ukiran yang sarat keindahan tersendiri. 

Bekas jurugambar, Mohd Khairul Helmy Mohd Din antara yang bertuah, apabila dikurniakan Allah SWT bakat seni yang bukan sedikit. 

Siapa sangka tangan yang sebelum ini ligat memetik picu kamera mampu menghasilkan perabot rumah berasaskan kayu, sekali gus menjadikan ia sumber pendapatan selepas diberhentikan kerja, Mac tahun lalu. 

Khairul Helmy adalah antara ribuan petugas Media Prima Berhad yang terpaksa ‘dikorbankan’ apabila konglomerat media itu berdepan krisis kewangan, akibat pandemik COVID-19. 

 Ketika ditemui di bengkelnya di sini, anak muda berusia 31 itu mengakui tidak menyangka jodohnya sebagai jurugambar hanya bertahan selama sepuluh tahun, selepas sedekad berkhidmat tanpa jemu. 

Beliau bagaimanapun enggan bersikap pesimis atau menganggap ia sebagai satu pengakhiran kerana yakin ada hikmah yang tersembunyi. 

“Bagi saya, diberhentikan kerja ini membuka lembaran baharu, sekali gus menjadikan diri lebih berani untuk meneroka peluang dan bidang baharu. 

“Inilah masa yang tepat untuk saya keluar dari zon selesa dan menguji kebolehan diri sendiri,” katanya. 

Nekad menjadikan hobi bertukang sebagai kerjaya, Helmy menubuhkan Pallet Works pada Julai tahun lalu, berbekalkan pampasan pemberhentian sebagai modal. 

"Separuh daripada wang pampasan yang diperoleh iaitu sekitar RM10,000 hingga RM15,000 digunakan membeli peralatan bertukang , dan ia termasuk proses menyewa bengkel di Taman Medan untuk kerja-kerja bertukang,” katanya kepada Getaran. 

Menceritakan faktor yang mendorong beliau menjadikan pertukangan sebagai punca rezeki, pemuda kelahiran Selangor itu berkata, bidang itu sudah sebati dengan dirinya sejak dahulu. 

“Selama ini kemahiran saya digunakan untuk menghasilkan perabot di rumah dan Alhamdulillah, ia adalah satu pilihan yang tepat. 

“Setakat ini tempahan datang bertali arus dan walaupun pendapatan yang diterima tidaklah sebesar mana, ia cukup untuk menampung hidup kami sekeluarga,” katanya. 

  Khairul Helmy berkata, Pallet Works mengamalkan konsep perniagaan berbeza kerana tempahan dibuat berdasarkan kehendak dan bajet pelanggan. 

“Cara ini ternyata efektif kerana pelanggan tidak perlu ragu atau bimbang harga dikenakan melampaui kemampuan kewangan masing-masing, kerana semuanya disediakan mengikut poket sendiri. 

“Setakat ini saya banyak menerima tempahan perabot, kabinet dapur, rak, meja makan dan almari, malah ada juga pelanggan menempah rehal mengaji untuk kegunaan sekeluarga,” katanya.

Khairul Helmy menyembur cat pada rehal yang dihasilkannya
Khairul Helmy menyembur cat pada rehal yang dihasilkannya

Beliau memberitahu, harga ditawarkan juga amat berpatutan, bermula serendah RM50 mengikut rekaan dan jenis kayu pilihan pelanggan. 

Berkongsi perancangan masa depan Pallet Works, Khairul Helmy berkata, beliau berazam meluaskan pasaran perniagaan dengan menambah cawangan di negeri lain, supaya dapat menampung kapasiti permintaan yang lebih besar. 

 "Setakat ini, saya hanya memasarkan produk saya di sekitar Lembah Klang sahaja, namun melihat kepada permintaan dari luar kawasan,  saya berpendapat mengapa tidak perniagaan ini diperluaskan. 

 “Minat rakyat tempatan terhadap produk berasaskan kayu semakin meningkat, justeru Pallet Works dijangka mampu menghasilkan pulangan lumayan jika operasinya diperluaskan,” katanya. - Getaran, 3 Februari 2021 

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

PRN Johor: 3,500 Polis Johor Bertugas Untuk Undi Awal Esok 

2

Pasangan Warga Emas Maut Motosikal Dirempuh Kereta Di Tanjong Karang

3

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

4

Harimau Kumbang Di Lebuh Raya Berhampiran Tasik Kenyir, Orang Ramai Digesa Berhati-Hati

5

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

6

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Lagi Kes Tikam Pelajar: ‘Anak Saya Ditikam 14 Hingga 16 Kali’ - Bapa Mangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Video Tular Di Media Sosial, Wanita Benarkan Anak Berdiri Melalui ‘Sunroof’ Ditahan Polis

oleh Sophia Ahmad