web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nurmelissa Buktikan Graduan OKU Mampu Berjaya

Kisah Kita Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2022 3:01PM

Nurmelissa bergambar bersama pelajar lain di Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA Kali Ke-14. - Gambar dari Facebook UniSZA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA NERUS - Kesukaran dan keperitan seorang pelajar Orang Kurang Upaya (OKU), Nurmelissa Mohd Yadi mengharungi sesi pembelajaran berbaloi apabila beliau berjaya menamatkan pengajian di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Graduan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Bahasa Arab itu mengalami masalah saraf sejak berusia 11 tahun menyebabkan beliau tidak dapat berjalan dan terpaksa berkerusi roda sejak di Tingkatan Tiga.

Menurut Nurmelissa, 24, beliau berbangga kerana dapat membuktikan bahawa golongan sepertinya juga mampu berjaya walaupun terpaksa menggandakan usaha dan mengerah lebih keringat berbanding orang biasa.

“Keluarga adalah pencetus motivasi untuk saya belajar bersungguh-sungguh dan tabah menghadapi apa jua rintangan terutama ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19.

“Selain itu sokongan rakan dan para pensyarah juga amat dihargai kerana banyak membantu saya menyelesaikan masalah ketika ketiadaan keluarga di sisi,” katanya ketika ditemui pada Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA Kali Ke-14 di sini, hari ini.

Nurmelissa bersama bapa dan ibunya selepas menerima Ijazah Sarjana Muda di Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA Kali Ke-14. - Gambar dari Facebook UniSZA
Nurmelissa bersama bapa dan ibunya selepas menerima Ijazah Sarjana Muda di Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA Kali Ke-14. - Gambar dari Facebook UniSZA

Nurmelissa yang bercita-cita untuk menjadi seorang penterjemah berkata beliau berazam untuk memberikan kesenangan kepada ibu bapanya yang telah banyak berkorban wang, tenaga dan masa untuk memastikan beliau berjaya menamatkan pengajian.

“Bapa saya, Mohd Yadi Taib bekerja sebagai pemandu lori manakala ibu, Saripah Abu Bakar bekerja di kedai makan dekat rumah di Kampung Losong (Kuala Terengganu).

“Saya harap kejayaan kecil ini dapat membanggakan dan menyenangkan mereka selepas sekian lama kami hidup susah,” katanya yang sedang menjalani kursus penterjemahan di Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) secara dalam talian.

Beliau berkata kejayaannya itu juga diharap dapat dijadikan sebagai pencetus semangat kepada semua golongan OKU agar sentiasa berusaha memajukan diri dan tidak sesekali berputus asa walaupun berada dalam keadaan serba kekurangan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 bulan yang lalu

Mengapa Pendidikan Pengurusan Di Malaysia Ketinggalan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Belum Ada Perkembangan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan – Peguam

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kertas Siasatan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan Dirujuk Ke AGC

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan