web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Santuni Komuniti Setempat, YAS Jalin Kerjasama Dengan PPIM

Kisah Kita Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2021 1:32PM

Datuk Afdlin Shauki (kanan) menyerahkan sumbangan kepada penerima semasa Program Sumbangan barangan keperluan asas Yayasan Afdlin Shauki dan PPIM di Rumah Pangsa Keramat Ampang. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yayasan Afdlin Shauki (YAS) bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) buat julung kalinya bekerjasama dalam program Infaq Rezeki Ramadan bagi menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Melalui program tersebut, seramai 400 penduduk di PPR Sungai Bunus Keramat dan penduduk Rumah Pangsa Keramat, Gombak, menerima sumbangan barangan keperluan asas.

Pengasas YAS, Datuk Afdlin Shauki Aksan berkata, program tersebut merupakan satu bentuk bantuan bagi meringankan beban golongan yang terkesan akibat COVID-19, selain meneruskan kebajikan kepada komuniti setempat, tanpa mengira sama ada mereka beragama Islam atau tidak.

“Ini merupakan minggu pertama Ramadan, jadi saya dan pasukan YAS tidak mahu melepaskan peluang untuk memberikan sumbangan melalui program Infaq Rezeki ini.

“Kita sedia maklum, bahawa ramai orang yang terkesan dan susah di kawasan perumahan ini, jadi diharapkan bantuan yang kami hulurkan pada hari ini sedikit sebanyak, dapat membantu mereka,” katanya kepada Getaran selepas memberikan sumbangan kepada penduduk setempat.

Sementara itu, Pengerusi PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, inisiatif Infaq Rezeki ini akan diteruskan sekiranya mendapat sokongan daripada ramai pihak.

Datuk Afdlin Shauki menyapa Pengerusi PPIM Datuk Nadzim Johan. - Gambar oleh Syeda Imran
Datuk Afdlin Shauki menyapa Pengerusi PPIM Datuk Nadzim Johan. - Gambar oleh Syeda Imran

“Kami di PPIM melihat usaha murni ini satu langkah yang sangat bagus. Walaupun bantuan yang diberikan tidak banyak, tetapi untuk permulaan ini ia sangat memadai,” ujar Nadzim.

Dalam perkembangan sama, Nadzim turut memuji kesungguhan Afdlin yang dilihat sebagai satu usaha amat terpuji, dan berharap agar jalinan kerjasama itu, dapat menarik orang muda untuk meneruskan misi kebajikan serta membantu golongan yang memerlukan.

“Ini merupakan kali pertama kami bekerjasama, namun semangat yang ditampilkan oleh Afdlin sangat bagus.

“Sekiranya dipermudahkan, kami di pihak PPIM, akan menjadikan beliau ikon kepada generasi muda untuk meneruskan kerja-kerja amal seperti ini,” katanya lagi.

Program hari ini membabitkan penyertaan 20 sukarelawan YAS yang turut sama turun padang bagi menyampaikan bantuan.

Selain memberikan bantuan, program ziarah penduduk turut diadakan bagi menyantuni beberapa keluarga yang terlantar sakit.

Bekas tentera, Masom Kamal, 86, dia berasa sangat teruja dan berbesar hati dengan bantuan yang diberikan.

“Saya mahu mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi memberikan bantuan kepada kami. Rasa seronok apabila ada yang sudi datang ziarah saya dan keluarga di rumah. Saya doakan agar usaha murni ini dipermudahkan dan berterusan,” katanya ringkas ketika ditemui di rumahnya di Rumah Pangsa Keramat, Gombak.

YAS ditubuhkan Afdlin Shauki pada 2015 bagi menjayakan misi kemanusiaan di dalam dan luar negara.

Ia lahir hasil pengalaman yang diraih selepas bekerjasama dengan pelbagai yayasan lain dalam misi bantuan ke atas gelandangan, anak yatim, pesakit kronik dan Orang Kelainan Upaya (OKU). - Getaran, 17 April 2021

Berita Berkaitan

1

Rencana 5 bulan yang lalu

Ramadan: Waktu Menyemai Disiplin Jiwa, Pembebasan Hati

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

3

Semasa 6 bulan yang lalu

YSIJ Hulur 1,000 Bakul Makanan, Baiki Rumah Mangsa Banjir Di Batu Pahat

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

UK Beri Amaran Kebuluran Di Gaza, Hantar Kapal Tentera Laut Bawa Bantuan

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa