Berita Terkini

21 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Terima Kasih Tuah, Jadikan Suamiku Seorang Abah

Kisah Kita Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2022 10:09AM

Sulaiman menziarahi pusara Muhammad Tuah Iskandar yang meninggal dunia sebaik dilahirkan pada 23 Januari lalu di Paroi, Negeri Sembilan. - Gambar oleh Amirah Abu Bakar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Tuah, dekat syurga boleh memancing tak,” dan ayat berkenaan membuatkan air mata aku tidak berhenti bercucuran. Suasana di tanah perkuburan menjadi sepi. 

Sejak pemergian anak sulung kami pada tanggal 23 Januari lalu, suamiku tidak pernah sekali pun bercerita mahupun meluahkan perasaan rindu terhadap anak kami.

Masih segar dalam ingatan, beberapa bulan sebelum melahirkan, suamilah yang paling teruja. Setiap bulan, tanpa culas pasti akan diketepikan wang untuk membeli segala kelengkapan anak kami.

“Sayang, jom shopping barang baby, saya dah gaji,” begitu katanya setiap kali.

Semua kelengkapan anak kami pasti akan ada elemen memancing dan perkhemahan, maklumlah, kata doktor anak kami nanti lelaki. Bolehlah jadi teman memancing abahnya nanti.

Amirah dan Sulaiman menziarahi pusara Muhammad Tuah Iskandar pada pagi Hari Raya Aidilfitri lalu.
Amirah dan Sulaiman menziarahi pusara Muhammad Tuah Iskandar pada pagi Hari Raya Aidilfitri lalu.

Namun tak siapa sangka, Allah SWT menguji kami dengan ujian paling berat. Sudah tertulis sejak di Loh Mahfuz, aku hanya diberi peluang merasai nikmat mengandung dan melahirkan tetapi tidak membesarkan.

Berat ujian untuk aku, berat lagi untuk suamiku. Selepas doktor memberitahu anak kami tidak dapat diselamatkan, kami diberi peluang untuk bersama dengan jenazah anak kami selama dua jam. Itulah saat yang paling memilukan dan tak akan pernah aku lupakan sampai bila-bila. 

Ketika itu, suami sempat mengazankan anak kami yang sudah tiada. Sayu sekali suaranya, tetapi sungguh merdu. Dikucup wajah anak syurga kami, diusap kepala anak lelaki kami, Muhammad Tuah Iskandar bin Sulaiman. Kuatnya hati seorang ayah. Besarnya jiwa seorang bapa!

Pusara Muhammad Tuah Iskandar Sulaiman, yang meninggal dunia pada 23 Januari lalu.
Pusara Muhammad Tuah Iskandar Sulaiman, yang meninggal dunia pada 23 Januari lalu.

Menerima takdir Allah SWT dengan hati yang tenang dan terbuka, tidak pernah sekalipun suami mengungkapkan rasa rindu, namun jauh di sudut hati, aku mengetahui dia insan paling terkesan dengan pemergian ini. 

Pernah sekali aku memohon maaf kerana belum berkesempatan memberikan zuriat, dengan bersahaja dia menjawab, ‘awak sudah menghadiahkan seorang anak buat saya, bezanya, dia tak ada di depan mata, tetapi dia dah ada di syurga’. 

Benarlah kata pepatah, kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah kekal selamanya. 

Suamiku, saya tahu awak rindu, saya tahu awak sayang. Saya sentiasa berdoa supaya Allah memberikan awak 1001 rahmat atas segala ujian yang awak lalui. 

Tuah sudah menanti di syurga. Anak kita diasuh oleh pengasuh yang paling baik, lebih baik dari kita. Kuatkan semangat, sampai nanti dapat kita bertemu putera kita di negara abadi.

Ketika itu, peluklah sepuasnya, lepaskan segala kerinduan yang menggunung di dada. Saya yakin, anak kita bangga dengan abahnya, dia pasti tunggu awak di pintu syurga. Di sana nanti, setiap hari merupakan Hari Bapa. 

Anakku sayang, terima kasih kerana telah menjadikan suamiku seorang Abah yang paling istimewa.

Tanggal 19 Jun merupakan tarikh keramat bagi setiap lelaki yang bergelar bapa, abah, papa, walid, abuya, daddy dan seangkatan dengannya. Ini kerana ia merupakan hari penghargaan buat kaum ayah yang telah bersusah-payah berbakti demi keluarga dan anak-anak mereka.

Jika dilihat di media sosial, berjuta-juta foto anak bersama bapa tersayang dimuat naik dengan kata-kata puitis sebagai penghargaan buat si ayah. Namun, seringkali kita terlupa bahawa ada insan bergelar ayah yang tidak berkesempatan menjaga dan membesarkan anak mereka. 

Jazimin Abdul Jalil
Jazimin Abdul Jalil

Mengimbau kenangan bersama anak perempuan tercinta, Jazimin Abdul Jalil, bapa kepada Nurin Jazlin yang dilaporkan hilang sekitar tahun 2007, masih berharap agar ada keajaiban walaupun sudah 15 tahun tragedi ini berlaku.

Katanya, walaupun masih terkilan dengan cara pemergian anak keduanya itu, dia berharap supaya tiada bapa lain akan melalui perkara yang sama.

“Kehilangan itu amat menyakitkan, saya harap perkara seperti ini tidak akan berlaku kepada masyarakat di luar sana. Bila anak hilang semua salahkan bapa, sedangkan bapa juga mempunyai perasaan yang sama seperti ibu.

“Bapalah yang berhempas pulas mencari rezeki membesarkan anak-anak. Tiada bapa yang inginkan pengakhiran yang tidak baik untuk anaknya.” katanya.

Nurin Jazlin
Nurin Jazlin

Jazimin turut berharap agar semua bapa di luar sana akan menjadi lebih tabah sekiranya berhadapan dengan perkara seperti ini.

“Apa yang orang kata, jangan hiraukan kerana mereka tidak berada dalam situasi yang sama seperti kita. 

“Kuat dan terus tabah demi anak-anak dan keluarga, bapa adalah ketua keluarga. Saya yakin, kedudukan bapa itu sama seperti kedudukan ibu di mata anak-anak,” katanya. - Getaran, 19 Jun 2022

Sorotan

1

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

2

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

3

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

4

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

5

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

6

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

7

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 15 jam yang lalu

MH17 Dorong Dr Rabi’ah Adawiyah Sertai Forensik Pergigian