web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


DevX: Perspektif Baharu Dalam Mengatasi Masalah Kemiskinan

Pelajaran menjadi aset utama untuk memperbaiki taraf kehidupan golongan B40 dan kadar kemiskinan negara.

Kisah Kita Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2022 2:30PM

Pengasas Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) DevX, Qarin Irfan (pertama dari kiri) dan Faiz Hadzim (ketiga dari kiri)

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sama seperti negara lain di dunia, Malaysia tidak terlepas menghadapi isu kemiskinan yang semakin meningkat ekoran penularan virus COVID-19 sejak dua tahun lalu. Ketidakstabilan ini telah menjejaskan pendapatan ramai pihak bahkan ada yang terpaksa dibuang kerja. 

Turut terkena tempias adalah kanak-kanak yang masih bersekolah apabila simpanan ibu bapa yang tidak mencukupi memaksa mereka untuk berhenti sekolah dan bekerja bagi membantu menampung keluarga.

Sudah tentu pandemik ini telah menunjukkan bahawa kemiskinan bukanlah sesuatu yang diminta malah boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. 

“Sehingga hari ini, terdapat banyak salah faham mengenai orang miskin. Ramai yang melabel mereka sebagai pemalas dan suka mengambil kesempatan.

“Isu kemiskinan adalah sesuatu yang sangat rumit dan susah diatasi dengan sumbangan ‘one-off’ sahaja. Ini kerana sumbangan dalam bentuk duit atau bekalan makanan hanya akan meringankan beban untuk jangka masa pendek dan tidak dapat membawa mereka keluar dari kitaran kemiskinan.  

“Oleh itu, penyelesaian holistik diperlukan untuk memperbaiki  taraf kehidupan golongan B40 sekali gus keadaan kemiskinan di negara ini.

“Kami percaya dengan ilmu dan pelajaran, seseorang itu boleh mengubah nasib mereka dan sosioekonomi keluarga,” kata Faiz Hadzim, pengasas bersama Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO), DevX.

Sudah berkecimpung dalam kerja amal dan kemanusiaan selama lebih tujuh tahun, Faiz Hadzim dan Qarin Irfan menyedari bahawa kadar kemiskinan akan menjadi lebih kritikal dengan jumlah pengangguran yang kian meningkat dalam kalangan golongan B40. 

Organisasi DevX yang ditubuhkan oleh dua anak muda ini bertujuan untuk menyediakan pembelajaran kemahiran insaniah yang dapat dimanfaatkan bagi memperoleh pekerjaan yang lebih baik. 

“Bagi kami ini adalah perspektif baharu dalam menyelesaikan ketidaksamarataan pendidikan isi rumah B40. Kami menyedari bahawa kebanyakan institusi pendidikan di Malaysia hanya memberi tumpuan pada akademik dan kemahiran teknikal sahaja. 

“Ramai kanak-kanak B40 tidak mempunyai akses untuk mempelajari kemahiran lain yang boleh membuka minda mereka. Justeru itu, kami berasa terpanggil untuk memperlengkapkan kanak-kanak ini dengan kemahiran ‘soft-skills’ agar dapat menanamkan keyakinan, kemahiran berfikir secara kritikal, berkomunikasi dan kemahiran kepimpinan,” ujar Qarin. 

Menariknya, DevX turut bekerja bersama tenaga pengajar yang berpengalaman dan berkemahiran dalam bidang berdebat, public speaking dan ‘Modul United Nations’.

“Kami beruntung kerana dapat bekerjasama dengan mereka yang pakar dalam bidang-bidang ini. Setiap modul latihan turut dihasilkan secara teliti bagi membekalkan ilmu yang terbaik buat pelajar kami. 

“Berlainan dengan sekolah, pelajar-pelajar DevX juga dilatih dalam kumpulan kecil untuk memastikan kesemua pelajar mendapat perhatian dan latihan yang menyeluruh. 

“Tambahan pula, kami juga menggunakan pelbagai perisian dan teknologi dalam proses pengajaran. Sebagai contoh, untuk mendalami konsep-konsep dan teori yang diajar, pelajar kami hanya perlu menggunakan aplikasi Ed Astra, di mana video dan modul latihan boleh diakses pada bila-bila masa. 

“Ibu bapa juga dapat memerhati prestasi anak mereka di dalam kelas melalui aplikasi Class Dojo,” jelas Faiz.

Terdiri daripada kanak-kanak dan remaja berumur 10 hingga 17 tahun, para pelajar kelas DevX dipilih berdasarkan ciri-ciri kesesuaian dan minat untuk menimba ilmu.  

“Kebanyakan kanak-kanak B40 kurang mendapat sokongan untuk meneruskan pelajaran mereka ke peringkat universiti. Justeru itu, kami berperanan untuk memberi dorongan dan membakar semangat mereka untuk kekal bermotivasi. 

“Setelah lebih setahun beroperasi, kami telah menerima banyak maklum balas positif daripada para pelajar dan ibu bapa mereka. Malah ramai pelajar yang pada mulanya pendiam dan gagap telah berubah menjadi lebih yakin, lancar bertutur dan mahir berdebat.

“Kami bermula dengan hanya 15 pelajar pada April 2021 dan jumlah pelajar terkini telah meningkat tiga kali ganda.

“Disebabkan sambutan yang positif ini, kami bercadang untuk menyediakan kelas-kelas baharu seperti seni, penulisan, fotografi, lakonan dan ada yang bakal menggunakan teknologi ‘Virtual Reality’ dalam proses pengajaran,” tambah Qarin

Menurut kedua-dua anak muda ini, kecemerlangan pelajar mampu membolehkan mereka memperoleh masa depan yang lebih cerah. 

“Kami berharap agar DevX dapat merapatkan jurang pembelajaran dengan memberi peluang kepada kanak-kanak B40 untuk memperoleh kemahiran yang mampu mengasah bakat mereka. 

“Selain itu, kami berharap agar pengalaman pembelajaran ini dapat membantu mereka menempuh alam pekerjaan pada masa depan sekali gus mengurangkan kadar pengangguran dalam golongan B40,” kata Faiz mengakhiri temu ramah. - Getaran, 8 Mei 2022

Semua gambar: Faiz Hadzim

Isu Pada

Sharifah Amani – Anak-Anak Kita, Masa Hadapan Kita

07 May 2022

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 1 minggu yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

2

Pendidikan 2 minggu yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

3

Pendidikan 3 minggu yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

4

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Lebih 12,000 Guru Bersara Setiap Tahun, Jurang Usia Antara Pendidik Cetus Kebimbangan 

Sorotan

1

Pasangan Warga Emas Maut Motosikal Dirempuh Kereta Di Tanjong Karang

2

Harimau Kumbang Di Lebuh Raya Berhampiran Tasik Kenyir, Orang Ramai Digesa Berhati-Hati

3

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

4

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

5

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

6

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan