web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Usia Bukan Penghalang, Pesara Kerajaan Aktif Urus Jenazah

Kisah Kita Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2021 12:33PM

Abdullah Muji (kiri) aktif menguruskan jenazah bersama pasukan Sukarelawan Pengurusan Jenazah Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) di Cheras.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mati itu pasti.

Hakikat ini adalah fitrah kehidupan yang mula terbentang saat manusia lahir ke dunia.

Sebagai seorang Islam, sejauh mana kita bersedia menghadapi ketentuan Ilahi ini apabila insan yang tersayang ‘pergi’ buat selama-lamanya?

Harus diakui tidak ramai yang sanggup menjadikan bidang pengurusan jenazah sebagai kerjaya pilihan kerana tanggapan masyarakat selama ini yang cepat berasa gelisah dan tidak selesa apabila berhadapan dengan jasad tidak bernyawa.

Perasaan pasti akan bercampur-baur. Sememangnya, itu memang menjadi fitrah seorang manusia apabil menatap sekujur mayat di hadapan mereka.

Hal itu tidak menjadi penghalang buat pesara kerajaan, Abdullah Muji, 60, untuk aktif menguruskan jenazah bersama pasukan Sukarelawan Pengurusan Jenazah Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) di Cheras, di sini.

Ujarnya, meskipun jenazah yang diuruskan bukan dalam kalangan ahli keluarga sendiri, namun peranan tersebut wajib dilunaskan sebaik mungkin sebagai saudara seagama.

“Menjadi tanggungjawab saya dan pasukan sukarelawan HCTM menguruskan jenazah orang Islam tidak berwaris supaya dapat dikebumikan dengan sempurna. Bagaimanapun, sebelum kami menguruskannya, beberapa prosedur perlu dilakukan terlebih dulu.

“Pihak forensik hospital terlebih dahulu akan mengenal pasti identiti mayat sama ada rakyat tempatan atau warga asing serta agamanya melalui proses bedah siasat (autopsi),” katanya ketika ditemui Getaran, hari ini.

Pasukan Sukarelawan Pengurusan Jenazah Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) bertugas menguruskan jenazah.
Pasukan Sukarelawan Pengurusan Jenazah Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) bertugas menguruskan jenazah.

Abdullah yang lebih mesra disapa sebagai Pak Lah turut mengendalikan urusan jenazah mangsa kemalangan.

"Cara pengurusannya sama sahaja seperti jenazah yang normal, cuma kesusahan untuk menguruskannya memerlukan pengalaman.

“Jika jenazah sudah terlalu lama dan berulat, sukar untuk kita pegang kerana sudah reput, ia agak susah dikendalikan apatah lagi dengan bau yang kurang menyenangkan. Pun begitu, ia tetap perlu dikendalikan sebaik mungkin,” katanya.

Jelas Pak Lah, ramai beranggapan mereka yang menguruskan jenazah pasti berhadapan dengan mimpi atau situasi pelik seperti yang kerap dibaca di majalah dan novel seram.

Bagaimanapun sepanjang pengalamannya, Abdullah yang bersama pasukan sukarelawan tersebut sejak 2010 tidak pernah terjumpa kes pelik seperti kehadiran haiwan di sisi jenazah, atau jenazah bertukar menjadi haiwan seperti seringkali dimomokkan dalam kaca televisyen.

“Kebanyakan pengalaman datang dalam pelbagai bentuk, tetapi kami menerimanya sebagai ujian yang perlu dihadapi ketika menguruskan jenazah. Walaupun saya tahu latar belakang jenazah atau sebab kematiannya, sebagai orang Islam kita perlu yakin semua itu kehendak Allah.

“Keyakinan itu bergantung kepada kesabaran, ketabahan dan amanah kami dalam menunaikan tanggungjawab sepatutnya sebagai orang Islam,” katanya.

Tegas beliau, jenazah bukan untuk ditakuti.

"Sebenarnya, menurut pandangan Islam, apabila Allah hendak ambil hambaNya, sudah semestinya Dia ambil dengan cara terbaik waima dosanya bagaimana sekalipun. Kalau ada dosa, itu dosa si mati dengan Allah.

"Sebab itulah kelebihan kita orang Islam. Kita telah bersyahadah dengan mengakui 'Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruhNya'. Bila Allah hendak ambil orang Islam itu, percayalah, Dia akan ambil dengan cara yang terbaik,” katanya.

Ketika diwawancara, Abdullah juga sempat menegur sikap sebilangan masyarakat yang jarang memandikan jenazah suami atau isteri sendiri.

“Sedangkan dalam Islam, kita digalakkan berbuat demikian dan saya akan menggalakkan jurumandi untuk mengajak waris memandikan jenazah ahli keluarga mereka,”katanya.

Pada masa sama, beliau mengakui, tidak ramai anak muda yang mahu bekerja sebagai jurumandi jenazah dan mendalami ilmu Fardu Kifayah.

"Sebenarnya, seronok untuk melihat lebih ramai golongan muda sudah pandai mengurus jenazah.

“Diharapkan agar lebih ramai daripada mereka dapat menyertai kursus pengurusan jenazah yang sangat penting khusus untuk menguruskan jenazah ahli keluarga,” katanya. – Getaran, 9 Disember 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Jenazah Abdul Taib Tiba Di Demak Jaya

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Jenazah M Daud Kilau Selamat Dikebumikan 

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Motaz Azaiza Tersenarai Men Of The Year GQ Middle East

Sorotan

1

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

2

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

3

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

4

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

5

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

6

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq