Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Derita Anak Syurga, Lahir Tanpa Lubang Dubur

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2021 3:15PM

Muhammad Fayyadh, yang berusia 3 bulan dilahirkan tanpa lubang dubur, menyebabkan bayi itu tidak dapat membuang air dengan sempurna.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUBANG PASU - Sepasang suami isteri yang masih muda berdepan ujian hebat apabila bayi kedua mereka yang baru berusia tiga bulan dilahirkan tanpa lubang dubur, menyebabkan dia tidak dapat membuang air dengan sempurna.

Bapa bayi itu, Mohamad Faiz Abdul Halim, 25, berkata, anaknya itu telah pun menjalani pembedahan stoma di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sebelum ini bagi membolehkan najisnya dialirkan keluar melalui perut.

Pembedahan itu nyata bukan penamat, apabila Muhammad Fayyadh Zikri berdepan masalah membuang air kecil, yang menyaksikan sebahagian daripada air kencing akan keluar menerusi bahagian pusat, manakala selebihnya melalui kemaluan.

"Doktor memaklumkan selepas ini Muhammad Fayyadh mungkin perlu melakukan dua pembedahan lagi bagi membolehkan dia membuang air besar dan kecil secara normal.

"Tarikh pembedahan itu bagaimanapun belum ditetapkan kerana mereka mahu tunggu anak saya besar sedikit atau sekurang-kurangnya mencapai berat lima kilogram. Kosnya juga belum dapat dipastikan, dan saya dimaklumkan perkara itu mungkin hanya diketahui selepas pembedahan dijalankan," katanya kepada Getaran di sini, hari ini.         

Mohamad Faiz berkata, keadaan anaknya itu memaksa dia berhenti kerja sebagai pembantu kedai makan bulan lalu, bagi memberi tumpuan kepada Muhammad Fayyad yang perlu mendapatkan rawatan susulan di HSB serta Klinik Kesihatan Changlun untuk tempoh tertentu.

"Ketika ini saya meniaga biskut di beberapa tapak pasar malam selain menjual secara dalam talian. Isteri pula, Zakirah Ghazali, 25, tidak bekerja kerana perlu menjaga anak sulung kami, Nur Rabiatul Adawiyah yang baru berusia lima tahun.

"Dalam seminggu, biasanya saya akan berniaga empat atau lima hari. Pendapatan saya dianggarkan kira-kira RM30 sehari namun jika hujan, pendapatan itu akan terjejas," katanya yang menyewa sebuah rumah di Kampung Changkat Setol, Changlun dekat sini.

Bapa muda itu berkata, ketika ini dia perlu membelanjakan kira-kira RM300 sebulan untuk membeli peralatan bagi membersihkan najis anaknya.

"Selain itu saya juga perlu membeli susu formula khas berharga RM74 dengan kekerapan tiga kali sebulan untuk Muhammad Fayyadh. Bagi menampung semua itu, baru-baru ini saya ada memohon bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan dimaklumkan permohonan tersebut sedang diproses.

"Setakat ini ramai juga yang membantu termasuk dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta wakil rakyat yang bertanya khabar. Semua duit itu saya gunakan untuk membeli barang keperluan Muhammad Fayyadh selain membuat sedikit simpanan untuk dua pembedahan yang akan dilakukan nanti," katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Mohamad Faiz di talian 013-4513575 atau menyalurkan wang menerusi akaun Bank Islam bernombor 02011024350184 milik isterinya, Zakirah. - Getaran, 22 Oktober 2021.

Berita Berkaitan

1

Jelajah 5 jam yang lalu

Wau LED Hiasi Langit Malam Kampung Panchor 

2

Semasa 2 hari yang lalu

Cuaca Panas: Kedah Catat Jumlah Tertinggi Penyakit Berkaitan Strok Haba

3

Semasa 5 hari yang lalu

Malaysia Hantar 100 Kontena Bantuan Ke Gaza

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayi Cukup Sifat Ditinggalkan Di Tangga Pangsapuri

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 1 hari yang lalu

'Parang Tantari' Popular Dalam Kalangan Pendaki Luar Negara