web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Deepavali Kembali Bercahaya Untuk Muniamah

Kisah Kita Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2021 6:29PM

Muniamah (tengah) menerima bantuan daripada pasukan khidmat DUN Semambu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Nasib warga emas dikenali sebagai Muniamah yang hidup sebatang kara sejak lebih setahun lalu akhirnya terbela selepas pasukan khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu membawanya ke pusat jagaan lebih sempurna.

Muniamah yang berusia sekitar 60-an menjadikan kaki lima rumah pangsa di kawasan Setali, dekat sini, sebagai tempat tinggalnya sejak Mac tahun lalu.

Pegawai khas ADUN Semambu, Chan Chun Kuang ketika ditemui berkata, Muniamah menetap di rumah pangsa berkenaan sejak lima tahun lalu bersama anak saudaranya.

“Kalau ikutkan cerita, anak saudaranya itu diarahkan untuk mengosongkan unit kediaman disewa oleh pihak pengurusan rumah pangsa tersebut berikutan tunggakan sewa dan bil elektrik.

“Sejak Mac tahun lalu, makcik Muniamah terus tinggal di situ, tapi di kaki lima sahajalah. Anak saudaranya itu berjanji untuk membawanya berpindah, namun sehingga sekarang, dia (anak saudara Muniamah) tidak muncul,” katanya.

Chun Kuang berkata, pihaknya juga berdepan masalah untuk mengemukakan permohonan bantuan buat Muniamah kerana dia tidak mempunyai kad pengenalan dan dokumen lain.

“Nama penuhnya juga kami tidak pasti, dia hanya memperkenalkan diri sebagai Muniamah dan berusia 60-an. Jadi, YB (ADUN Semambu), Lee Chean Chung minta kami cuba selesaikan masalah ini dan mencari tempat yang sesuai untuk dijadikan tempat tinggal sementara.

“Kalau ikutkan ceritanya, dia ada tujuh anak dan suaminya sudah meninggal dunia kira-kira 10 tahun lalu. Kita akan cuba kesan ahli keluarganya yang lain bagi memastikan hubungan antara mereka kembali terjalin, lagi pun tidak lama lagi mereka akan sambut Deepavali,” katanya.

Sementara itu, Penyelaras Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Indera Mahkota, Zuraidi Ismail berkata, pihaknya akan meminta bantuan kenalan mereka di Maran untuk mengesan keluarga warga emas itu.

“Dia ada cakap mempunyai saudara di Tong Kiat, dekat Kuil Maranthandavar, Sungai Jerik, Maran. Kalau keadaan (kesihatan) mengizinkan, kita akan bawa dia ke sana untuk cuba mencari saudaranya.

“Buat masa ini, kita tempatkan dulu dia di rumah jagaan orang tua dekat Jalan Haji Ahmad dan pemilik rumah (jagaan) itu juga bersetuju untuk menjaganya sementara kita berusaha mengesan anak dan saudaranya,” katanya.

Muniamah ketika ditemui turut merakamkan ucapan penghargaaan kepada semua yang mengambil berat dan menguruskan tempat tinggal baharu untuknya.

“Ini adalah hadiah paling bermakna menjelang sambutan Deepavali.  Saya hanya mampu ucapkan terima kasih dan semoga kebaikan ini menjadi permulaan kepada hidup yang lebih baik untuk kita semua,” katanya. – Getaran, 21 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

2

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

Sorotan

1

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

2

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

4

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

5

Keputusan Kes Syed Saddiq: Bella Astillah, Keluarga Hadir Di Mahkamah Persekutuan 

6

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin