Berita Terkini

8 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Pesakit Strok Buka Perniagaan, Bukti Diri Mampu Berdikari

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2021 10:32AM

V Veladuyum menjual jeli kelapa kepada seorang pelanggannya di Jalan Ng Weng Hup, Ipoh.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Satu ketika dahulu, dia hanya berjalan di sekitar Taman Pertama di sini tanpa hala tuju dan meminta bantuan ihsan orang ramai selepas dibuang keluarga.

Itu nasib seorang pesakit strok, V Veladuyum,52, yang masih belum mampu bercakap sepenuhnya dan menggerakkan tangan akibat lumpuh separuh bahagian kanan badan.

Selain menerima bantuan kewangan bulanan RM500 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Veladuyum sebelum ini akan melakukan kerja-kerja di beberapa gerai berdekatan untuk memperoleh pendapatan tambahan harian.

Bertekad menghadiahkan joran dari sekadar memberi ikan, kehidupan Veladuyum bagaimanapun berubah selepas dibantu anak kepada seorang pengusaha gerai makan di Jalan Ng Weng Hup, di sini.

R Samuel, 26, yang juga seorang ahli perniagaan berkata, dia mengambil keputusan untuk membantu memberikan modal serta mengajar Veladuyum teknik-teknik berniaga.

Katanya, dia kemudiannya memberikan modal untuk medapatkan stok pencuci mulut iaitu jeli kelapa daripada pengusaha di Kuala Kangsar dan mengajar Veladuyum untuk berniaga di tepi jalan.

“Saya mahu dia mempunyai perniagaan sendiri untuk menjana pendapatan hariannya dan kini, dia sudah mampu berdiri atas kaki sendiri.

“Berbekalkan bantuan modal yang saya berikan buat kali pertama, Veladuyum sudah berjaya membuat pusingan modal sendiri untuk mendapatkan stok jeli kelapa," katanya, tersenyum bangga.

Pemuda berhati emas itu memberitahu, beliau tidak mengharapkan sebarang perkongsian keuntungan atau menuntut Veladuyum membayar semula modal diberikan.

“Saya tidak mengharapkan apa-apa keuntungan dan tidak mengambil semula modal yang diberikannya kepadannya,” saya menganggapnya seperti abang sendiri,” katanya.

Samuel berkata, Veladuyum berjaya menjual 40 cawan jeli kelapa sehari sebelum menambah beberapa makanan lain di gerainya sejak beroperasi sebulan lalu.

Veladuyum menunjukkan jeli kelapa dijual di gerai tepi jalan.
Veladuyum menunjukkan jeli kelapa dijual di gerai tepi jalan.

Katanya, beberapa makanan baru yang dijual Veladuyum adalah nasi lemak dan panipuri (makanan masyarakat India).

Menurutnya, kesemua makanan yang dijual bermula jam 11 pagi di gerainya di Jalan Ng Weng Hup, di sini, kian laris selepas cerita mengenai Veladuyum viral di laman Facebook.

Sementara itu, Veladuyum yang masih belum mampu bercakap dengan sempurna berkata, dia berterima kasih dengan Samuel yang membantunya membuka perniagaan sendiri.

Katanya, dia gembira kerana sudah mampu menjana pendapatan sendiri dan akan terus berusaha bagi membuktikan dirinya mampu untuk berdikari. - Getaran, 2 Oktober 2021

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok