Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Personal Shopper, Kerjaya Moden Tawar Pendapatan 5 Angka

Karier Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2021 1:01PM

Nurul Syazana mengusahakan perniagaan ini sepenuh masa selepas kehilangan pekerjaan sebagai jurugambar. - Semua gambar dari Nurul Syazana

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Apabila berbicara tentang karier, pastinya bidang konvensional seperti peguam, doktor, jurutera dan beberapa lagi meniti di pemikiran golongan belia atau kanak-kanak yang masih di bangku persekolahan.

Senario ini bukanlah sesuatu yang baharu, sebaliknya sejak dulu lagi kerjaya seumpama itu menjadi pilihan lebih-lebih lagi jika mahu mencari calon menantu.

Ia disebabkan kerjaya seumpama itu bukan saja membawa kepada pendapatan yang stabil, malah sering dipaparkan di dada akhbar dan televisyen.

Bagaimanapun, peredaran zaman sejajar dengan perkembangan dunia teknologi membuka lembaran baharu kepada masyarakat untuk menjana pendapatan asalkan bijak mengambil peluang yang terhidang.

Nurul Syazana mengaku dia seorang 'shopaholic' yang lemah bila melihat iklan jualan murah.
Nurul Syazana mengaku dia seorang 'shopaholic' yang lemah bila melihat iklan jualan murah.

Itulah yang dilakukan bekas jurugambar, Nurul Syazana Rose Razman, 33, apabila menukar hobi membeli belah kepada kerja hakiki yang dikenali sebagai Personal Shopper untuk meneruskan kelangsungan hidup di zaman serba mencabar ini.

Ibu kepada dua cahaya mata itu mula berkecimpung dalam bidang tersebut sejak tahun 2018 lagi, namun ketika itu beliau hanya menjadikan kerjaya terbabit sebagai sumber pendapatan sampingan.

Nurul Syazana pada mulanya meyediakan khidmatnya secara sambilan.
Nurul Syazana pada mulanya meyediakan khidmatnya secara sambilan.

Bagaimanapun, kerjaya yang pada asalnya hanya suka-suka berubah menjadi pendapatan utama, selepas meniti hari gelap sebagai jurugambar apabila terbabit dalam program pengecilan kakitangan di syarikat lamanya.

“Saya ini sebenarnya seorang ‘shopaholic’ yang akan menggigil setiap kali melihat iklan jualan murah.

“Namun pada satu hari, dek terlalu kerap membeli, datang idea untuk memuat naik gambar jualan murah itu di media sosial dan mendapatkan pesanan rakan-rakan jika mereka berminat,” katanya kepada Getaran.

Nurul Syazana memfokuskan khidmatnya kepada beberapa jenama, termasuk Smiggle yang mengeluarkan produk peralatan kanak-kanak.
Nurul Syazana memfokuskan khidmatnya kepada beberapa jenama, termasuk Smiggle yang mengeluarkan produk peralatan kanak-kanak.

Katanya, ketika itu pesanan diterima masih terlalu sedikit, namun ia cukup membuatkan dia berasa seronok dan meneruskan aktiviti tersebut.

“Keseronokan itu membuatkan saya terus mengambil pelbagai pesanan daripada rakan-rakan,” katanya sambil tertawa kecil.

Nurul Syazana memberitahu, platform media sosial adalah tempat terbaik untuk memulakan kerjaya sebegini dan ia berkembang dari sehari ke sehari apabila menerima maklum balas atau testimoni pelanggan,  yang secara tidak langsung berfungsi sebagai satu promosi.

Antara barang yang dipesan oleh pelanggan Nurul Syazana.
Antara barang yang dipesan oleh pelanggan Nurul Syazana.

Anak jati Kuala Lumpur itu berkata, walaupun bidang kerjaya ini masih agak baharu di Malaysia, namun menurutnya, beliau boleh memperoleh pendapatan sehingga lima angka.

“Sebenarnya pendapatan bulanan sebagai Personal Shopper ini bergantung kepada tahap kerajinan, jika kita konsisten ia boleh mencapai lima angka setiap bulan,” katanya.

Menurutnya lagi, keuntungan seseorang Personal Shopper itu terletak kepada caj yang dikenakan terhadap pelanggan untuk membelikan barangan dikehendaki.

“Caj perkhidmatan itu adalah sebagai upah untuk Personal Shopper keluar membelikan barangan, duit minyak dan pengangkutan. Itulah hasil yang diraih sebagai pendapatan bulanan,” katanya.

Perniaagan Nurul Syazana telah berkembang hingga boleh mengupah pekerja.
Perniaagan Nurul Syazana telah berkembang hingga boleh mengupah pekerja.

Nurul Syazana menarik perhatian, caj perkhidmatan yang dikenakannya bermula dengan RM10 untuk barangan pertama dan RM5 untuk barangan seterusnya.

“Sebelum keluar membeli pesanan pelanggan setiap hari, saya akan pastikan sekurang-kurangnya ada tempahan sehingga 100 barangan,” katanya yang memfokus kepada beberapa jenama, termasuk Smiggle yang mengeluarkan produk peralatan kanak-kanak.

Siapa sangka selepas hampir empat tahun berkecimpung dalam bidang ini, beliau berupaya mengupah empat pekerja untuk membantunya berhubung dengan pelanggan, membungkus barangan dan mengendalikan media sosial.

“Semua kerja itu saya lakukan sendiri pada awal dahulu, seperti mengambil pesanan, membeli, membungkus barangan dan menghantarnya ke kurier, namun apabila sudah semakin ramai menggunakan perkhidmatan ini, saya mengambil pembantu untuk turut menjana pendapatan bersama.

“Melihatkan ramai rakan yang memerlukan bantuan kewangan akibat terjejas dek pandemik COVID-19, saya mengambil keputusan untuk membantu dengan memberikan mereka upah setiap kali menghantar barangan kepada pelanggan mengikut kawasan,” katanya.

Akibat kekangan pandemik COVID-19, Nurul Syazana kini mengembangkan cabang perkhidmatan dengan turut menawarkan khidmat membelikan barangan penjagaan badan, makanan seperti coklat antarabangsa jenama luar negara dan mainan kanak-kanak. - Getaran, 18 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Siti Nurhaliza Tidak Halang Anak Ikut Jejak Langkahnya Jadi Penyanyi

2

Refleksi 1 tahun yang lalu

Golongan Melayu B40 Perlu ‘Fasih Mandarin’ Untuk Kerjaya!

3

Karier 1 tahun yang lalu

Kena Langgar 6 Kali, Tulang Terkeluar, Ubai Amir Dedah Cabaran Sebagai 'Stuntman'!

4

Karier 1 tahun yang lalu

“Ramai Tak Percaya Saya Doktor Gigi” – Dr Surendran

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini