Berita Terkini

15 jam yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Anne Mukhtar: Bekerja Dengan Produk Manusia Adalah Suatu 'Adventure' 

Memegang jawatan sebagai Pengurus Promosi dan Pemasaran Domestik Universal Music Malaysia, Anne Mukhtar bertanggungjawab menyediakan pelan strategi setiap keluaran produk  untuk sasaran pendengar yang tepat.

Karier Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2021 8:24PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tugas dan peranan pegawai perhubungan awam (PR) di sesebuah label muzik bukanlah semudah yang disangka. Lebih-lebih lagi jika label muzik itu memiliki ramai penyanyi atau bakat baru yang hendak diketengahkan di pasaran. 

Dengan persaingan sengit daripada label muzik lain sama ada antarabangsa mahu pun tempatan, pasti pegawai perhubungan awam itu memerlukan strategi promosi dan pemasaran yang efektif untuk memastikan produk lagu dan artisnya diterima serta menjadi hit dan popular. 

Memegang jawatan sebagai Pengurus Promosi dan Pemasaran Domestik Universal Music Malaysia, Anne Mukhtar berkata, dia bertanggungjawab menyediakan pelan strategi setiap keluaran produk agar ia menepati sasaran pendengar dan pada masa sama mencari cara paling efektif untuk mempromosikan serta memasarkan sesebuah lagu dan artis di pasaran tempatan. 

“Setiap hari saya perlu meneliti laporan dan melihat data. Kita perlu menilai semula, apakah strategi yang kita lakukan itu menjadi atau tidak. 

“Jika tidak menjadi, mungkin kita harus ubah strategi. Malah, saya juga perlu memantau tugas-tugas kakitangan bawahan saya (pegawai perhubungan awam) serta mendapatkan perkembangan terkini kerja yang mereka laksanakan. 

“Saya juga perlu ambil tahu apa yang berlaku dengan radio, TV serta media cetak dan digital. Begitu juga perkembangan dunia hiburan serta apa yang berlaku di sekeliling. 

“Selain itu, saya juga perlu menghadiri mesyuarat dan ada waktunya pula saya terpaksa anjurkan mesyuarat dengan rakan strategik Universal Music Malaysia untuk memaklumkan mereka tentang keluaran produk baharu atau projek terkini yang sedang diusahakan atau berbincang tentang kolaborasi yang boleh dilakukan bersama,” katanya kepada portal Getaran. 

Dalam pada itu, kata Anne lagi, untuk mengadaptasi dunia digital hari ini, dia sentiasa dilengkapi dengan kajian kes kejayaan artis luar negara daripada pejabat serantau Universal Music. 

“Setiap kajian kes ini saya guna dan cuba adaptasi dalam pasaran muzik kita. Ia boleh jadi betul atau tidak. Ia boleh jadi berjaya atau tidak. Ini kerana, pasaran muzik kita tidak sama dengan pasaran muzik luar,” katanya. 

Anne yang sudah lebih 10 tahun bergelar pegawai perhubungan memberitahu, penglibatannya dalam bidang itu bermula apabila diminta bekas suaminya untuk menjadi pengurus kepada sebuah band muzik. 

‘Kebetulan, band itu bernaung di bawah Broadway Music dan mereka tidak punya PR. Dan, bermulakan karier saya sebagai PR walhal saya tidak ada pendidikan formal dalam bidang ini.

“Saya juga pernah bekerja dengan Metrowealth tetapi sekejap sahaja. Ketika itu saya jadi pengurus artis untuk Fabulous Catz dan Intan Ladyana. Saya jua pernah bekerja dengan Fauziah Ahmad Daud. 

“Daripada situ, saya ditawarkan bekerja dengan Warner Music Malaysia. Selepas 11 tahun berkhidmat di label muzik tersebut, saya cuba kembangkan kerjaya di Universal Music Malaysia. Kini, sudah setahun tujuh bulan saya berkhidmat dengan label muzik ini,” katanya. 

Anne mengakui adakalanya pegawai perhubungan awam perlu menangani pengurusan krisis dalam tugas harian mereka. 

“Namun, jika sudah lama bekerja dalam bidang ini, kita sendiri sudah lali dengan setiap krisis yang datang. 

“Bagi menangani setiap krisis ini, selalunya saya berjumpa dahulu dengan bos untuk melaporkan apa yang terjadi dan masa sama saya dan pasukan akan menyediakan solusinya. 

“Jika krisis itu melibatkan artis kami, saya minta dia bertenang. Kami akan menghubungi media untuk bertanya apa yang terjadi serta cuba mencari penyelesaian terbaik bagi menangani krisis tersebut.

“Kalau perlu untuk buat sidang media, kami akan buat. Adakalanya krisis-krisis yang datang ini tidak punya SOP tertentu yang boleh membantu kita untuk menanganinya dengan cara mengikut buku. 

“Ia bergantung kepada keadaan kerana produk kami adalah manusia. Untuk menangani manusia, ia melibatkan emosi dan perasaan. 

“Sesuatu krisis itu juga boleh ditangani secara baik jika dibantu pasukan dan syarikat yang bagus,” katanya lagi. 

Mengenai cabaran yang perlu dihadapi sebagai pegawai perhubungan awam, Anne berkata, memandangkan tugasnya memerlukan dia bekerja dengan produk manusia, maka penting baginya mengenali setiap perwatakan dan keperibadian mereka. 

“Mereka ini adalah manusia yang sangat kreatif, artistik dan sentiasa mahu berkarya. Kita perlu memahami jiwa dan pemikiran mereka. 

“Bagi saya, ia bukan satu cabaran tetapi lebih kepada adventure. Bila kita anggap ia satu adventure, pasti akan jadi satu pengalaman yang menyeronokkan dan membuatkan kita lebih bersemangat dengan tugas dan kerjaya kita,” katanya lagi. 

Mengenai kejayaan yang dikecapi sepanjang menjadi pegawai perhubungan awam pula, Anne berkata, ia terlalu banyak untuk dirungkai. Apa yang penting setiap kejayaan itu adalah hasil daripada kerjasama di antara artis dan PR. 

“Kita bergerak sebagai satu pasukan. Setiap projek yang dilaksanakan tidak akan berjaya tanpa bantuan daripada orang lain. 

“Antara projek yang berjaya adalah apabila Jinbara menjadi artis pertama meraih 1 juta muat turun untuk RBT (ringback tone) pada tahun 2008-2009. Ia satu kenangan manis. 

“Lebih syahdu apabila mereka bermula tanpa apa-apa dan kemudian menjadi sesuatu.  Melihat kejayaan mereka itu membuatkan saya bangga dan terharu. Tanpa sedar air mata mengalir tanda syukur.  

“Selain itu Laskar Pelangi yang mencetuskan kejayaan serentak sewaktu ia dilancarkan di pasaran. Terbaharu adalah Dolla. Mereka muncul ketika negara dilanda pandemik dan single pertama dilancarkan di pasaran beberapa hari selepas PKP pertama dilaksanakan. 

“Dalam keadaan yang tersekat untuk membuat promosi dan pemasaran, Dolla tetap berjaya di pasaran.  Lihatlah Dolla pada hari ini, mereka semakin dikenali dan punya ramai pengikut,” katanya. - Getaran, 28 Julai 2021.

Gambar: Koleksi peribadi Anne Mukhtar


 

Berita Berkaitan

1

Muzik 5 bulan yang lalu

Aura, Naskhah Terbaharu Ernie Zakri Untuk Peminat Setianya

2

Selebriti 7 bulan yang lalu

Teruk Dikecam, Netizen Masih Sokong Perniagaan Zul Yahya  

3

Selebriti 9 bulan yang lalu

Senarai 10 Selebriti Yang Sedang Mendahului Undian ABPBH-35

4

Selebriti 10 bulan yang lalu

2023 Tahun Tuah Buat Ernie Zakri? - Kini Wajah Hiasi Papan Iklan Digital New York Times 

Sorotan

1

Belanjawan Pertahanan Beri Impak Penganjuran DSA, NATSEC Asia Untuk Kekal Relevan

2

Piala Asia B-23: Kesilapan Hukum Harimau Muda Berdepan Uzbekistan

3

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri

4

Tiada Keperluan Pemindahan Pulang Rakyat Malaysia, Keadaan Stabil Di Timur Tengah

5

Mangsa Banjir Di 3 Negeri Meningkat Sedikit Kepada 748 Orang Malam Tadi - NADMA

6

Aktiviti Gunung Berapi Cetus Pemindahan Ratusan Orang Di Sulawesi Utara Indonesia

7

Kerajaan Tetap Kurangkan Subsidi Minyak Tahun Ini – Rafizi

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 1 hari yang lalu

Tiada Halangan MMC Jual Saham MMC Port, Namun Perlu Patuhi Dasar - Menteri

Usahawan 1 hari yang lalu

Kraftangan Rotan Bantu Suri Rumah Jana Pendapatan

Bekas graduan Institut Kraf Negara ini sedia berkongsi ilmu, kemahiran bagi memastikan seni anyaman rotan tidak pupus ditelan zaman

Ekonomi 1 hari yang lalu

Rasionalisasi Subsidi Mampu Tangani Isu Ketirisan, Seludup Diesel - Pakar Ekonomi